Monday, November 11, 2019

Keindahan yang tersembunyi di Pulau Benan Kabupaten Lingga - Kepulauan Riau

#lingga #benan #wonderfulindonesia #pesonaindonesia #sailtoindonesia
Kepulauan Riau mempunyai banyak pulau-pulau yang indah yang wajib dikunjungi. Antara yang wajib dikunjungi adalah Pulau Benan iaitu sebuah pulau sepanjang empat (4) kilometer ini mempunyai keindahannya yang tersendiri iaitu terletak di Kabupaten Lingga yang tidak jauh dari Kota Tanjungpinang (hanya 1.5 jam dengan menaiki feri). Pulau Benan memiliki keindahan pantai yang menakjubkan dengan air lautnya yang biru kehijauan, begitu jernih dengan hamparan pasir yang lembut bak sutera. Keindahan pulau ini juga tidak kurang indahnya jika dinikmati pada waktu pagi dengan langit yang berwarna kuning keemasan.
#benan #lingga #kepri #wonderfulindonesia #pesonaindonesia #sailtoindonesia
Perjalanan kami setelah menginjakkan kaki di pelabuhan disambut dengan baju menggelembung diterpa hembusan angin laut yang begitu mengujakan kami, dengan pemandangan air jernih kehijauan. Tidak lama kemudian, kumpulan kami disambut mesra oleh Pak Edi Sutrisno selaku event organizer Wonderful Sail To Lingga. Biarpun kami terlewat sehari, namun kedatangan kami ke Pulau Benan begitu mengujakan kami.



#benan #lingga #kepri #wonderfulindonesia #pesonaindonesia #sailtoindonesia


Seusai makan tengah hari, kami dibawa menuju ke penginapan kami di kotej. Melewati sebahagian rumah di kawasan ini dengan senyum manis mereka menjadikan kami yang datang ke pulau ini berasa diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat di sini. Sepanjang perjalanan menuju ke kotej, persekitarannya yang sangat kemas dan mendamaikan, pantainya begitu bersih dengan pokok kelapa yang rapi berjajar di pinggir pantai. Penduduk di pulau ini hanya menggunakan motosikal atau basikal/speda sebagai pengangkutan darat yang utama selain feri sebagai penghubung di antara kepulauan yang lain.

#benan #lingga #kepri #wonderfulindonesia #pesonaindonesia #sailtoindonesia

Pada sebelah petang,  acara bagi peserta ‘Wonderful Sail to Indonesia’ diadakan dengan pertandingan kayak bersama penduduk setempat dalam kategori wanita, lelaki dan campuran. Pertandingan ini mendapat sorakan gemuruh dari para penonton yang menonton di sepanjang tepian jeti. Sementara itu, pemandangan sepanjang di jeti pulau ini juga dihiasi dengan layang-layang pelbagai bentuk dan warna yang menarik minat terutamanya bagi kanak-kanak di pulau ini.

#benan #lingga #kepri #wonderfulindonesia #pesonaindonesia #sailtoindonesia

Berakhirnya pertandingan berkayak tersebut dan sementara menunggu program pada sebelah malamnya, kami mengambil kesempatan untuk menyelusuri tepian pantai nan bersih dengan tebaran batu-batu karang yang menghiasi pantai. 

#benan #lingga #kepri #wonderfulindonesia #pesonaindonesia #sailtoindonesia

Pada sebelah malam, kami dihidangkan dengan makanan tempatan yang istimewa serta enak selain pelbagai juadah kuih-muih tradisional dengan diiringi kugiran muzik dari penduduk tempatan.  Kesemua hidangan makanan yang enak ini telah dimasak secara bergotong-royong oleh kaum wanita  penduduk setempat. Acara dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada peserta cilik  yang telah memenangi dalam acara pertandingan gasing dan  menarik upih. Acara kemuncak pada malam ini diserikan dengan persembahan tarian Joget Dangkong Jerambang, iaitu tarian khas oleh Kumpulan Sanggar Langgam Selatan yang berasal daripada Dabo dengan diiringi muzik Melayu. Sebelum majlis melabuhkan tirai, kami juga berpeluang untuk menyumbangkan suara dalam nyanyian secara berkaraoke. 
#benan #lingga #kepri #wonderfulindonesia #pesonaindonesia #sailtoindonesia
Bagi Kepala Dinas Pariwisata Pemuda dan Olahraga Kabupaten Lingga, Pak Raja Fahrurrazi adalah menjadi satu harapan yang sangat luar biasa untuk menyambut kedatangan para pelancong untuk berkunjung ke Lingga terutamanya di Pulau Benan yang penuh dengan keistimewaannya tersendiri. Pulau Benan merupakan pulau yang terbersih di Kepulauan Riau dan pernah dinobatkan pada tahun 2018. Jadi tidak hairanlah jika sepanjang kami di sini, kami disajikan dengan pemandangan yang sangat mendamaikan dengan kebersihan yang sangat tinggi nilainya beserta pula dengan keramahan para penduduk tempatan. 

#benan #lingga #kepri #wonderfulindonesia #pesonaindonesia #sailtoindonesia


Setinggi-tinggi ucapan syabas dan terima kasih kepada Pak Raja Fahrurrazi, Kepala Dinas Pariwisata, Kepemudaan dan Olahraga Kabupaten Lingga dan Pak Edi Sutrisno beserta tim event organizer dalam menjayakan dan penajaan famtrip Wonderful Sail to Lingga 2019 dengan penuh kewibawaan dan komitmen yang tinggi. Kalian memang luar biasa!




Nota : terima kasih kepada Pak Bams Sanca Nektar di atas sumbangan gambar. 



Sunday, November 10, 2019

“Wonderful Sail to Abang Island”



#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland

Buat julung-julung kalinya, pada tahun ini Gugusan Kepulauan Abang telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi salah satu tempat pilihan para pelayar bertaraf dunia untuk berlabuh. Dengan cogankata  “Wonderful Sail to Indonesia”, Gugusan Kepulauan Abang telah menyambut seramai 51 orang pelayar antarabangsa yang membawa 51 buah kapal layar bermula pada 1- 4 November 2019.

#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland


Kumpulan ini terdiri dari pelayar-pelayar dari negara Australia, New Zealand, Jerman, Sweden, United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali  dan Netherlands telah memulakan pelayaran mereka di Gugusan Kepulauan Abang di Lingga dan seterusnya ke Tanjungpinang dan bergerak mengakhiri perjalanan ke Bintan sebagai tiga (3) daripada 20 mandotory anchorage points WS2I.

#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland

Selain memperkenalkan Batam sebagai destinasi pelayaran yang mampu menarik kedatangan pelayar-pelayar dari seluruh dunia, ia juga secara tidak langsung mempromosikan Batam sebagai salah satu hab kapal layar serta destinasi pelancongan. Sejajar dengan Batam Bahari Festival 2019, yang merupakan anjuran serta koloborasi oleh Batam Tourism Promotion Board (BTPB) dan Kepri Coral dalam mempromosikan Batam yang disokong sepenuhnya oleh Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Batam.


Ketibaan para pelayar disambut dengan penuh kemeriahan dan diringi dengan paluan kompang yang diikuti dengan acara pertunjukan pencak silat oleh penduduk setempat yang datang dari perkampungan Pulau Abang Kecil. Bunga dikalungkan kepada tiga (3) orang pelayar sebagai tanda penghargaan dan simbolik selamat datang kepada para tetamu.

#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland
Para tetamu diraikan dengan tarian tradisional “Persembahan” yang dipersembahkan oleh kumpulan Sanggar Melati Abang Island dan tarian diakhiri dengan pemberian sirih kepada Pak DR Marsetio, Advisor of Ministry of Tourism dan beberapa orang tetamu pelayar sebagai satu bentuk penghormatan kepada tetamu yang hadir.

#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland

Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pak Harmanto Ahak, pemilik Kepri Coral dan diikuti dengan ucapan kata aluan oleh Pak DR Marsetio serta wakil daripada peserta pelayar. Seusai ucapan aluan dan pembukaan, dua (2) wakil pelayar telah dipakaikan tanjak/destar yang masing-masing dipakaikan sendiri oleh Pak Harmanto  Ahak dan Pak DR Maesetio. Pemakaian tanjak/destar ini merupakan simbolik adat dan budaya bagi masyarakat di Indonesia khususnya masyarakat Melayu - Riau.  Sebelum itu, Pak DR Maesetio juga telah memberikan empat (4) keping syiling kepada empat (4) orang pelayar (dari Sweeden, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom) sebagai tanda orang maritim berjumpa dengan kawan baharu dengan harapan dapat bertemu lagi pada masa akan datang.

#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland



Para tetamu disajikan dengan tarian oleh kanak-kanak cilik dengan iringi lagu tradisional bertajuk ‘Nirmala’ dan diteruskan dengan tarian Bujang Terlajak  yang penuh meriah oleh kaum wanita dari Perkampungan Pulau Abang Kecil. Tarian Bujang Terlajak ini disertai dengan penglibatan para pelayar untuk mencuba tarian masyarakat di sini.

#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland

Seterusnya, Pak Edi Sutrisno selaku pengacara majlis telah memanggil tiga (3) wakil daripada pelayar (Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom) untuk berkongsi dan bertukar-tukar pendapat tentang sepanjang keberadaan mereka di Gugusan Kepulauan Abang.

#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland
Duduk dari kiri : Pak Edi Sutrisno, Executive Director Batam Tourism and Promotion Board, Pak Raymond T Lesmana, anggota Tim Percepatan Wisata Bahari Kementerian Pariwisata Indonesia, Pak Harmanto Ahak, pemilik Kepri Coral, Pak DR Marsetio, Advisor of Ministry of Tourism, dan Ibu Ramina, Represantative Officer of Ministry of Tourism.

Acara ini berhenti sebentar dengan memberi laluan kepada para tetamu untuk menikmati hidangan makanan tengah hari yang sangat lazat. Sebelum program diteruskan, satu sesi sidang akhbar secara ringkas bersama pihak media (Malaysia) telah diadakan. Menurut Pak DR Maesetio, pada mulanya pendekatan perairan yang diamalkan selama ini merupakan satu pendekatan secara keselamatan namun begitu mulai tahun 2015, pihak Indonesia telah mengubah manifesto pendekatan itu kepada wisata/mesra pelancongan dengan melaksanakan digital wisata bagi navigasi laluan kapal layar. Selain itu, pemberian visa mulai tahun 2016 telah menarik minat para pelancong luar sebanyak 169 negara juga dapat membantu era pelancongan di Indonesia khususnya di Batam jika dibandingkan hanya pemegang visa sebanyak 14 sahaja dikeluarkan sebelum ini. Menurutnya lagi, adalah menjadi satu harapan yang besar buat pihak Indonesia khususnya di Batam untuk meraih lambakan pelancong seramai 60 -70 ribu mulai tahun depan dan menjadikan Batam sebuah destinasi wisata yang wajib dikunjungi di Indonesia.

#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland

Majlis diteruskan lagi dengan pertunjukan fesyen Batik Batik oleh Duta Wisata Batam dalam mempromosikan batik Batam kepada para tetamu. Pertunjukan ini juga telah disertai oleh tiga (3) pelayar perempuan dengan memakai batik Batam yang pastinya meninggalkan kenangan manis buat mereka.

#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland

Kemeriahan majlis ini disambut dengan sorakan oleh para tetamu apabila kanak-kanak cilik bertanding dalam pertandingan Engrang dalam melestarikan permainan tradisional yang tidak asing lagi di Indonesia. Engrang merupakan satu alat permainan tradisional yang diperbuat daripada dua (2) batang kayu yang menguji daya ketahanan keseimbangan badan. Antara nama lain bagi Engrang adalah Tengkak-tengkak, Ingkau, Jangkungan, Batungkau ataupun lebih dikenali dengan Terompah Pancung. Pihak media juga dapat merasai sendiri permainan ini yang dilihat sebagai sangat mudah namun begitu hakikatnya adalah sukar jika tidak mengetahui teknik yang betul.

#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland

Majlis diteruskan lagi dengan pertandingan Gasing yang juga merupakan salah satu permainan tradisional popular semenjak zaman Kesultanan Lingga yang telah diwartakan sebagai Warisan Budaya Tak Benda (WBTB) Indonesia pada tahun 2019. Wakil media juga tidak ketinggalan untuk bertanding sesama sendiri dengan dibantu oleh kanak-kanak cilik ini.

#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland

Kemeriahan majlis diteruskan dengan pertandingan kanu oleh wakil media dan para pelayar. Mereka harus bertanding dengan bantuan orang tempatan yang akan berkayuh terlebih dahulu sebelum bertukar pedal kanu untuk kembali ke pantai. Sementara pertandingan kanu ini berlangsung, para tetamu juga dibawa ke gerai jualan batik Batam. Para tetamu juga merenggangkan otot-otot dengan menyertai tarian zumba  yang sangat mengujakan. Acara diakhiri dengan aktiviti bebas pada sebelah petangnya dengan aktiviti snorkeling, menyelusuri pantai dan berkanu di pantai.

#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland

Pada sebelah malamnya, para tetamu disajikan dengan makanan makan malam seafood yang sangat lazat dengan iringi persembahan live band daripada kumpulan The Groove Syndicate yang merupakan salah satu kumpulan yang terkenal di Batam.

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Batam Tourism Promotion Board (BTPB) dan Kepri Coral dalam penajaan famtrip Wonderful Sail to Abang Island 2019 dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi. Anda semua sangat luar biasa!


#BatamBahariFestival #sailabangisland #kepricoral #batamtourismboard #pesonaindonesia #wonderfulsail2abangisland


Nota : Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang gambar terutamanya kepada Mr. Alfie, jurugambar dari Singapura.