Friday, September 20, 2019

Get your vitamin D and sea !!!


Assalamualaikum dan salam ceria..

Kali ni aku shared cerita berkaitan my journey dalam mencari vitamin D dan sea. Hahaha..Episod perjalanan ini bermula selepas empat (4) hari aku berkelana ke Lingga, Riau baru² ini. Trip kali ini sebenarnya adalah untuk meraikan hari ulang tahun my bff since kat Mozac. Plan dah lama, kononnya ala² a little gathering for our batch (girls) sebenarnya. Tapi macam biasalah, masing² ada komitmen sendiri yang tidak dapat dielakkan.

Perjalanan diteruskan dengan kami bertiga iaitu aku, Izan dan Ajoy dengan  menjamu nasi lemak homemade. Aku masak dengan penuh kasih sayang sebab ni adalah minggu ke-2 aku tak bersama keluarga. Hahaha, ada rasa bersalah kat situ.

#kepulauanmersing #mersing #pulau #travel #bercuti #kinseven #johor


Alhamdulillah, our journey smooth and selepas check in di bilik hotel, kami decided untuk mengambil angin laut di pantai Papan bersebelahan dengan Jeti Mersing. Beruntung sungguh orang Mersing ni sebab taman rekreasi hanya bersebelahan pantai. Best betul. Kami sempat juga mengambil  gambar berlatarbelakang view hampir seluruh bandar Mersing di Masjid Jamek Mersing. Masjid ini memang berkedudukan nun di atas bukit.

#kepulauanmersing #mersing #pulau #travel #bercuti #kinseven #johor

Aku sebenarnya rasa terkejut melihat bandar Mersing yang sangat bersih. Memang hats off to them. Serius takde satu sampah pun kelihatan. Selang 4 buah kedai, mesti ada tong sampah yang disusun dan terletak elok sahaja. Tahniah kepada orang² Mersing. Saya bangga dengan kebersihan bandar ini.


Hari kedua

Trip kami bermula dengan berkumpul di Jeti Mersing. Sepatutnya jam 9 am kami dah bertolak, tapi terpaksa menunggu empat (4) orang lagi yang masih belum kelihatan. Adehhhhh...Akhirnya, hampir jam 10 am baru kami bergerak menuju ke destinasi. Yahuuu....

#kepulauanmersing #mersing #pulau #travel #bercuti #kinseven #johor


Our first stop kat Pulau Seri Buat. Disebabkan terlalu teruja, aku and the geng terus turun untuk mengambil gambar. Posing tak ingat dunia betulla. Selepas tu baru perasan, perut kelaparan and yang kelakarnya, aku tak dengar langsung pengumuman yang adik boatman ni habaq. Patut turun kita breakfast dulu then baru bolehlah bergambar . Hahaha...Yang lawak, tak sampai 5 minit aku makan nasi dagang ni, depa ajak daki puncak pulau ni. Fuhhhh, mula la aku nak jampi serapah..Perut kenyang lagi dah kena hiking mencanak 45 darjah dengan beban keberatan badan plus badan tak fit. Aku orang ketiga yang naik, so nak tak nak, kena kuatkan semangat. Kalau aku slow, cian pada orang kat belakang aku. Hahaha.. kalau aku plak yang jadi sweeper, kompem aku rasa mau dekat 45 minit kemudian baru aku sampai. Well, tak sampai 20 minit, berkat aku kesiankan orang belakang aku..  aku sampai jugaklah. Hahahaha..minta nyawa..minta nyawa. Tapi, pemandangan tu, sangat cantik. Ada satu port tu, ala² macam di Kelinking Beach. Hahaha. Dari puncak, kita boleh nampak Pulau Tioman yang tak seberapa jauh pun dari sini.

#kepulauanmersing #mersing #pulau #travel #bercuti #kinseven #johor

Our trip diteruskan dengan menyinggah di hutan paya bakau. Airnya yang jernih kehijauan sampai boleh nampak di dasar. Sempatla kami posing as usual dan bergambar secara berkumpulan di boat. Perjalanan diteruskan dengan menyinggah lagi di sand bank. Putih, tulus mulus dengan air yang kebiruan. Pada mulanya, aku je malas nak turun. Hahaha, poyo je . Lagi 5 minit nak bergerak ke next destination, barulah aku terhegeh² nak turun. Ingatkan dalam, tapi tak. 

#kepulauanmersing #mersing #pulau #travel #bercuti #kinseven #johor


Lebih kurang lima (5) pulau yang akan kami lalu sahaja iaitu antaranya adalah Pulau Harimau, Pulau Rawa, Pulau Mensirip, Pulau Goal. Sepatutnya, ada satu pulau yang boleh kami cliff jump tapi disebabkan arus deras, adalah sangat tidak digalakkan. Kang hanyut ( macam aku hanyut kat Phuket..ehh). Baru nak padan dengan muka. 

#kepulauanmersing #mersing #pulau #travel #bercuti #kinseven #johor


Kemudian, kami semua singgah di Pulau Babi Hujung atau sekarang lebih dikenali sebagai Pulau Hujung setelah singgah sebentar di Pulau Rawa untuk adik boatman kami mengambil bekalan makanan (lunch box). Di sini, kami akan berehat dalam dua (2) jam, untuk snorkeling, makan, solat dan aktiviti bebas. Aku seperti biasa akan mencari port² menarik untuk mengambil gambar. Serius, pulau ni selawa seperti dalam gambar. Macam mana korang tengok dapam gambar, macam tu la kejadiannya. Subhanallah. Serius cantik!!!  Aku tak berapa minat nak snorkeling, lebih kepada untuk chill². Air laut yang sejuk walaupun terik dimamah matahari, dengan hembusan ombak yang mendamaikan. Legam tu perkara kedua, yang penting..You feel it, nikmati dengan sepenuh jiwa raga atas kurniaan tuhan terhadap keindahan yang dikurniakan.

#kepulauanmersing #mersing #pulau #travel #bercuti #kinseven #johor


Tapi kan, alang-alang boleh snorkeling, aku snorkeling la juga untuk beberapa minit. Sempat la juga aku paw sorang ni sedikit roti untuk bagi makanan kepada ikan-ikan di situ. Ala, padahal ada je bekalan roti aku tapi ada kat boat. Selepas tu, kami menuju ke satu lagi tempat snorkelling. Tapi tak sure pula nama tempat tu. Masa tu ramai dah terjun kat port snorkelling tu tapi ramai dok mengaduh sakit-sakit. Terus tak jadi terjun. Dan aku ingatkan budak-budak ni sengaja je buat havoc, tapi selepas beberapa pengunjung lain dari another boat pun mengalami masalah yang sama, memang kompem la aku takmo turun. Selepas bertanya dengan adik boatman, berkemungkinan ada sejenis agas laut yang menyerang. Kulit akan menjadi sakit-sakit dek gigitan dan gatal-gatal. Siap ada yang berdarah kerana luka gigitan. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk tidak snorkelling ke situ tapi terus menuju ke Pulau Besar.

#kepulauanmersing #mersing #pulau #travel #bercuti #kinseven #johor


Di Pulau Besar, kami akan berehat dan membuat aktiviti bebas untuk selama dua (2) jam. Masa ni kami cuma chill-chill sahaja sambal berehat. Konon nak alas perut makan kat pulau ni eventhough memang tahu kompem tempat ni mahal, tapi memang dah takde rezeki, semuanya kehabisan. Berhuhuhu ajelah lapar. Hahahhahaha….Dengan persinggahan kami di Pulau Besar ni, maka berakhirlah pengembaraan kami islands hopping di Kepulauan Mersing. Satu pengembaraan yang sangat bernilai. Siapa sangka, pantai kepulauan Mersing ni setanding dengan pulau-pulau yang terkenal di dunia.


#kepulauanmersing #mersing #pulau #travel #bercuti #kinseven #johor

Hari Ketiga

Kami beransur pulang dari bandar yang bersih ini. Sempat juga kami singgah untuk makan malam seafood di Restoren Brother Joe Ikan Bakar dan Seafood. Walaupun ramai pengunjung, servis makan di sini sangat efisien. Pantas dan cepat dengan harga yang berpatutan. Saya bagi lima (5) bintang! Selain itu, kami sempat jugalah singgah makan durian kampung di tepi jalan di Muadzzam Shah. Fuhhh, aku sebenarnya lama dah tak makan durian. Asyik lalu je gambar durian kat wall facebook aku. Dapat belasah makan dua (2) biji pun jadilah. Perjalanan kami diteruskan dengan makan tengah hari itik salai di tepi jalan Kuala Pilah. Ok done for food hunting. Alhamdulillah, kami selamat sampai di Kuala Lumpur pada jam 4.00 petang. Nak ootd kat Muzium Melawati, selagi masih belum dibuka lagi kerana masih lagi dalam pembaikpulih. 

Ok guys, untuk sedikit maklumat trip ke Kepuluan Mersing ni :

1. Kepulauan Mersing ditutup dari pertengahan Oktober - Pertengahan Mac setiap tahun bagi memberi laluan kepada angin monsun. (kan kita dah pernah belajar subjek Geografi..huhuhu). Jangan pula korang book nak ke sini masa cuti akhir tahun! 

2. Kebanyakan pakej ke Kepulauan Mersing ini adalah day trip sahaja. Tapi kalau korang nak bermalam di Pulau Rawa ke, Pulau Tinggi ke or Pulau Besar, ada je penginapan di sana. Cuma sediakan duit lebih skit yea.

3. Kalau korang nak book pakej ni, jangan segan-segan whatsaap kat  kin


Ok, itu sahaja perkongsian buat kali ini.