Amazing Sabah!! ~Kundasang War Memorial~

By kin - September 05, 2013


Salam Semua,

Beberapa jam sebelum bertolak ke Kudat, kami berkesempatan melawat ke Kundasang War Memorial. Dokat je sebenarnya tapi sebenar-benarnya dah 2 kali pergi Kundasang tak pernah perasan tempat ni. Hahahahaha.....Dok asyik nampak Gunung Kinabalu aje bah.

Ada kawan aku cakap, tempat ni berhantu. Entahla, sebab kami pi di awal pagi kan....Sangat menarik dan tertarik tempat macam ni. Aku rasa hantu pun takut tengok aku. Hahahahaha......Opppssss....


War Memorial ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang mati di Sandakan. Dibina pada 1962, taman ini memperingati perjalanan maut ke Ranau dan memperingati rakyat tempatan yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan tahanan perang tersebut. Ya la dulu-dulu sinikan hutan....Sebab tu kut kawanku kata tempat ni berhantu......

Memorial ini terbahagi kepada empat bahagian, dan setiap bahagian mempunyai keunikannya sendiri. Taman ini juga dihiasi dengan pelbagai spesies bunga dan sudah tentulah aku merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan dengan berlatar belakangkan gunung.

So, please enjoy the photos... ^_^



kundasang war memorial 

*sila abaikan 2013..ekeekekekekee*

kundasang war memorial

kundasang war memorial


kundasang war memorial


kundasang war memorial

kundasang war memorial



kundasang war memorial

Info:
Terletak kira² 90km atau lebih kurang 2jam perjalanan dengan kenderaan dari Kota Kinabalu atau 10 minit daripada Kinabalu Park.

Kalau menaiki bas dari Terminal Bas Jalan Padang ke Kundasang/Ranau, bayaran dikenakan adalah RM17.00. Manakala dengan menaiki teksi pula dari Padang Merdeka/hotel, bayaran dikenakan adalah di antara RM160.00 hingga RM300.00

Waktu
Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Kadar bayaran
Warganegara RM2.00
Bukan Warganegara RM10.00


  • Share:

You Might Also Like

0 comments