~Taman Buaya Melaka~

By kin - October 11, 2012


Entri lambat macam biasa. Maklumlah orang sibuk sokmo....ekekekeekekke...Kalau balik kampung, kompem kitaorang akan singgah mana-mana tempat menarik di Melaka. Well, Melaka adalah salah satu tempat yang ada banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi......Cewah promote!

taman buaya melaka
 Kali ini kami singgah ke Taman Buaya Melaka....Hahahahah..bukan setakat buaya kepala hitam je..ada macam² jenis buaya pun ada di sini.

harga tiket di Taman Buaya Melaka

Entri kemasukan ke Taman Buaya. Dewasa RM10.00 manakala kanak² RM6.00. Perghhh harga boleh tahan. Yela, makanan buaya pun dah meningkat. Mana ada barang murah. Kami sampai sini pun lagi sejam nak tutup. Redah ajelah kan?

 Sini pun ada Stesen Keretapi Jurassic Park? Ingatkan free tapi sekali kena bayau sorang RM3.00. Terus kansel tak jadi naik. huhuhuhu


Buaya ni sejenis spesis kalau dah duduk diam style mulut nganga...Nganga ajelah...Memang patung betul!

Taman Buaya Melaka

See...?Ada buaya bongkok la....Buaya kontot la..macam²....Lawak pun ada tapi hakikatnya memang ada

Taman Buaya Melaka


Ini adalah sejenis Labi...Time nak ambil gambar ajer, mesti labi nih berpusing.....Malu kut?



Budak² suka tengok kura-kura besar nih.... Bagi makan daun pun makan juga.


Laju tau kura-kura ini berjalan..Aktif betul. Ke sebab nak tunjukkan terror pada kami nih?


Aksi Sara....................Lupa nak bagitahu, masuk je entrance Taman Buaya nih ade monumen² kecil yang popular di Malaysia. 




Bangunan Putrajaya, kut?

Replika Reffesia

Tugu Negara
Tugu Negara


Masjid Negara
Masjid Negara

Taming Sari
Man with keris Taming Sari?

A Farmosa
A Farmosa......

Muzium Negeri Melaka
Muzium Negeri Melaka


 Aksi kami sekeluarga....Geram plak dengan Sara yang buat hal tetiba...huhuhuhuhuhuhu







Kami adalah orang yang terakhir keluar. Maklumlah masuk pun dah lewat petang. Sebelum pulang ke KL, kami pekena Mc Dolands di sebelah Taman Buaya ini. Thanks Mak Teh kerana belanja.....! (^_____^)

Aksi budak² di playground McD.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments