Entri Lambat : Ganu Kite ~ Part 5

By kin - August 25, 2012

Hari Keempat

Pada hari terakhir kami di bumi Ganu, Nyzal dah bekerja dan anak²nya sudah bersekolah. Nak buat macam mana sebab hari Ahad adalah permulaan berbanding kami di KL. Sempat lagi Nyzal membekalkan kami kek marble. Thanks dear......


Selepas sarapan di Restoran AZ Selera Timur (pagi dan time supper memang kami gemar ke sini; sedap woooo) dan memulangkan kunci homestay, kami bergerak perlahan² meninggalkan bumi Terengganu. Kami memutuskan untuk mencuba jalan balik menggunakan jalan Bukit Besi.

 Sesambil tuh, kami menyinggah sebentar ke beberapa buah tempat. Masjid Terapung ini sangat cantik. Dari jauh sudah nampak kesucian warna putihnya itu.

Masjid Terapung

 Nampak jer tempat menarik, kami berhenti singgah. Kami rasa gambar pulau di belakang kami itu adalah Pulau Kapas. Hehehehehhe.....

pantai kelulut


 Di sini juga kami berhenti menyinggah...Hehehehhe...Angin yang sangat kuat dengan hempasan ombak. Pemandangan yang sangat² cantik. Bestnya kalau duduk di sini. Boleh hilang stress!!!

pantai kemasik

Sudahnya, kami decided ikut jalan 'hutan' melalui Sungai Bukit Besi. Ok, perjalanan yang sangat tidak menarik berbanding jalan pantai dan agak bosan pemandangan. Hendak berhenti makan ke atau berhenti berehat pun tiada apa². Kehijauan sahaja kiri kanan. Kalau memandu malam² rasanya tidak disyorkan. Apatah lagi banyak bas ekspress dan lori kelapa sakit. Lori kelapa sawit ini betul² membuatkan perjalanan menjadi semakin perlahan dan jalan pula dalam keadaan yang tidak seberapa elok.

Ok, selepas ini kami ikut jalan pantai la. Selain pemandangan yang menarik dan boleh berhenti makan misalnya, takdelah terasa mengantuk sangat. Unless kalau lebuhraya sudah siap sepenuhnya.

Ada sekali tuh, kami nampak signboard ke Kuala Lumpur, mula masuk ke ajalan dan tetiba jalan ke arah KL ditutup dan arah Kuala Terengganu dibuka. Nak tak nak kami teruskan juga perjalanan mengikuti lebuhraya ke KL sehingga jumpa hutan(tak siap lagi ler tuh). Sebabnya kami nak u-turn tak jumpa².Hoohohohhohohohohohohoho......

Patah balik dan dalam hati sudah menyumpah². Kalau belum siap, jangan la naikkan papan tanda. Sealkan dulu ke. Rupanya selepas kami berpatah balik, kami belum lagi sampai menuju ke Bukit Besi. Aiyooooooooooo.....terasa sangat jauh. Sampai di KL, matahari sudahpun melabuhkan tirai dan badan pun terasa penat. Apa²pun, ini adalah antara perjalanan jauh kami sekeluarga dan berhasrat untuk mengunjungi lagi bumi Terengganu. Tidak lupa juga kepada Nyzal sekeluarga, terima kasih daun keladi.........Jasamu ku kenang..........



  • Share:

You Might Also Like

0 comments