~resepi pavlova~

By kin - July 05, 2012

Sebenarnya, aku tak tahu pun kewujudan kek pavlova until aku tengok siri Masterchef Ostolia.....Wah! Macam menarik dan tertarik!!! Lantas mengambil keputusan nak buatlah kan. Tapi omong² kosong jer. Tak buat pun sehinggalah kawanku memberi idea untuk membuat Pavlova sempena our anniversary yang ke 8 tempoh hari. Plan asal nak wat rainbow cake tapi biasalah kan....Penyakit M..hehehehehehe

pavlova

So, ini bahan-bahan yang perlu disediakan.


  •  4 biji putih telur (disejukkan terlebih dahulu bagi memudahkan proses menceraikan antara putih dan kuning)
  • 3/4 cawan gula ( erk, tengok jugakla korang guna cawan apa, aku guna cawan plastik utk budak dari  Ikea)
  • 1 sudu kecil cuka makan atau 1 sudu kecil  jus lemon atau 1 sudu kecil cream or tar tar 
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla


 Hiasan

  • Buahan yang masam contoh macam buah strawbery, berry atau kiwi.
  • 1 cawan (240ml) Whipped cream (non dairy)
  • 1 sudu besar gula 
  • 1 sudu teh esen vanilla

 

 

 

Cara-caranya ialah :

  1. Pastikan putih telur tersebut berada di dalam suhu bilik. Pukul putih telur pada kelajuan perlahan sehingga kembang dan putih gebu  dan masukkan gula menggunakan sudu; sedikit demi sedikit dan tukar pada  kelajuan tinggi.


      2. Agak² dah berkilat, cuba try  tengok....Jadi tak bertanduk or kalo berani telangkupkan sahaja.

bertanduk
     3.  Pukul lagi untuk 2-3 minit dan masukkan esen vanilla sehingga putih berkilat.

     4.Kemudian,  gaulkan tepung jagung dan cuka dengan menggunakan spatula.

     5. Buatkan garisan bulat atas kertas minyak.Bentukkan meringue tadi mengikut bulatan tersebut.


      6. Panaskan oven dalam 150'C at least 15 minit. Masa memukul tuh dah boleh panaskan oven.

      7. Sebelum masukkan meringue, turunkan suhu kepada 130'C dan setkan masa selama 1 jam.

      8. Warna meringue akan bertukar coklat keemasan apabila masak nanti.




Cara² untuk hiasan

  1. Pukul  whipped cream sehingga kental. Untuk jimatkan masa, masukkan sahaja ke dalam freezer terlebih dahulu sebelum proses memukul.
  2. Masukkan gula dan esen vanilla.
  3. Masukkan ke dalam peti sejuk beku sementara nak tunggu meringue masak.
      4. Hias dengan potongan buah selepas whipped cream diletakkan di atas meringue dan jadilah pavlova.

 


Ok, dah siap!!! Simple dan senang jer. ^_^


 warning!!!! tiong-tiong

  •  pastikan tiada lanngsung kuning telur erkkk...nnt tak jadik tanduknya (then baru aku teringat kenapa dan kenapa marshmallow aku wat sampai dua kali tak jadik!)
  • pastikan alatan bebas daripada sebarang kesan minyak dan titisan air....haaa ini pun punca takde tanduk!
  • untuk memudahkan menceraikan antara kuning dan putih telur, masukkan ke dalam peti sejuk supaya mudah TETAPI pastikan telur berada di dalam suhu bilik semasa proses memukul.

Ok, all the best! Selamat mencuba...yummmmmyyy...


  • Share:

You Might Also Like

0 comments