Cameron Highlands ~Part 3~

By kin - May 03, 2012

~Pekan Brinchang~

 Masih di Pekan Brinchang, kereta kami sudah kami bawa perlahan-lahan menuju ke Shell, betul-betul di pekan Brinchang ini. Sementara nak tunggu suamiku solat Maghrib, aku tunggu sahaja di kereta berteman nyamuk - nyamuk gatal ni. Cuaca agak sejuk pada waktu malam. Masa nih, otak aku berligat memikirkan samada nak terus balik jugak atau tidur sahaja di kereta. Eh eh Lupa, aku ada anak. ahhahahahaha. Kalau bujang, kompem aku tidur sahaja di dalam kereta atau di masjid.

Setelah berbincang, En Syawal mencadangkan kami bermalam sahaja di sini. Hendak tak nak, terpaksalah mencari dan mencari bilik-bilik hotel yang hendak disewa. Bermulalah episod panjat tangga dan hampa. Hampir 2 jam panjat tangga dan hampa, aku cadangkan kembali ke plan asal iaitu balik terus ke KL atau tidur sahaja di dalam kereta. Tapi En Syawal berkata kita cuba satu lagi hotel. Sekali jawapan yang sama, full vacancy. So, kitaorang nak lepak sekejap di lobi hotel tuh. Sekali manager dia panggil daaaa.



 Manager : "kami ada bilik emergency kalau encik mahu"

Aku dalam hati, haaaaa bilik emergency ke bilik hantu? wakakakakaka. En Syawal bersetuju untuk tengok bilik tuh before nak ambil. Sekembalinya, dia kata kat aku, ok set. Cun. Padahal dah terdesak yang amat. kesian kat budak-budak. Yelah 2 jam menapak mencari hotel/bilik sekitar Pekan Brinchang. Giler apa!

So, inilah bilik emergency yang kami dapat! Dipanggil emergency sekiranya bilik lain sudah penuh, depa open bilik meeting yang dijadikan bilik tidur ini. Before ni, dapat gak satu offer bilik dalam rm350 tapi rumah kedai. Luaran macam erkkkk...macam Hotel Kelana di Jb jer..Masa mencari tuh memang tak fikirla. Sebab dok fikirkan anak-anak nak tidur sahaja. Dan bukan kami jer yang dok naik dan hampa, ada juga sorang dua damily macam aku, dok mencari bilik yang mana -mana masih vacancy lagi.




Bilik yang agak besar. Budak-budak terus hilang mengantuk Siap main berlari-lari. En Syawal kata, tawakal sahajalah. Lagipun jam dah pukul 10.30 mlm. Perghh, lama mencari bilik yang vacant ni. Masa ini, barulah terasa perut berkeroncong.



pemandangan dari luar bilik pada waktu malam


pemandangan dari luar bilik pada waktu siang


 Alhamdulillah, syukur. Memang sangat aman damai kami tidur. Lena dan rasa best dengan udara yang sejuk-sejuk ekon tuh. Memang berbaloi harganya. RM200 termasuk sarapan pagi untuk 4 orang.

 Menu yang banyak dan sangat sedap. Memang berbaloi-baloi la.


Well, inilah hotel yang menawarkan kami bilik emergency. Not bad. Hantu? Erk... Samada perasaan aku sahaja atau entahla. Aku bajet bilik hujung takde orang tapi En Syawal kata, ada. Mana satu nih? Lantaklah, kalau betul pun depa pun makhluk Allah. Janji tak kacau wa sekeluarga sudah.



 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments