Cameron Highlands ~Part 2~

By kin - May 01, 2012

 ~ Cameron Bharat Plantation ~

Hohohoho....Another tea plantation. Alang-alang di tepi jalan, kami singgah jua. Tempat menjamu teh yang menarik. Tapi kitaorang singgah untuk ke toilet. hehehehehe... Bersih dan bersih.

peace Hamizan!

bharat tea plantation
time is tea time!
Another story about Bharat Tea Plantation will be coming soon.



~ Strawberry Farm ~

Selepas round sekitar Ladang Teh BOH dan Bharat, kami bertolak untuk ke Strawberry Park. Kami ke Health Strawberry Farm.


sedap tak? aku basuh dulu
Kira agak ramai la jugak orang ke sini. Sambil -sambil tuh snap pix la...Apalagi....

Jom cuci-cuci mata...

strawberry park


 Rasa nak beli je bunga - bunga nih. Tapi kang sampai rumah, kompem layu. Cuaca tak sesejuk ekon macam di Cameron.huhuhuhuhuhu..



 Di ladang strawberi ni kita  boleh beli produk-produk  yang berasaskan buah strawberi dengan harga yang murah.Bolehla... Sekotak strawberi dalam RM12, kalau tak silap aku. Kalau nak  memetik buah strawberi sendiri pun boleh dengan kadar bayaran mengikut berat.

Ini antara ladang strawberi yang popular di Cameron Highlands:

- Big Red Strawberry Farm
- Healthy Strawberry Farm
- Kasimani’s Strawberry Farm
- KHM Strawberry Farm
- Raju’s Hill Strawberry Farm


~ ke Brinchang ~

Selepas ke Strawberry Farm, kami bertolak ke Brinchang. Sebaik sahaja keluar dari simpang, kereta sudah mula beratur. Aiikkkk...Tadi masa mai, tak cenggini pun. Mulalah episod gear satu and neutral berulang kali. Sehinggalah, tetiba terbau tayar tengik (masa nih aku masih cool lagi) dan apabila nampak kepulan asap hitam mula keluar dari enjin, aku sudah nak gelabah ayam tapi masih cool. Tepat-tepat masa tuh keretaku di kaki bukit di Pekan Brinchang.

Apalagi, belok ke kanan untuk mencari parking. Cepat-cepat aku ajak semua keluar. Aku tak mahu peristiwa Pathma berlaku. huhuhuhuhhu.


 Al maklumlah kereta sudah berusia hampir 9 tahun. Begitulah keadaannya. hohohoho. Hendah dijadikan cerita juga, bukan kereta ku sahaja yang tersangkut dek berasap enjin, ada dekat 20 ketul kereta juga la.

tunggu ajalah yea


Nak tak nak, kenalah menunggu sementara bau tengik kereta hilang. Ada la dua tiga orang menyapa pasal kereta sangkut nih, depa kata paling koman kene tunggu 2 jam baru betul-betul pulih sedikit untuk berjalan. nak tunggu another 2 hours, jam dah tunjuk pukul 7 malam. Aduh, En Syawal tak kompiden nak bawa kereta balik dengan jalan macam ulau kene palu tuh. So, nak tak nak, kene bermalam jugak nih.


* cerita Pathma

Al kisahnya, Pathma nih rakan sevendorku di Serdang. Orangnya jenis datang awal pagi, seawal 6.30 pagi sudah terpacak di opis. Pada suatu pagi yang hening, ketika Pathma sedang membawa kereta berdekatan bulatan Uniten, pak lori satu tan dok hon -hon dia. Dia wat derk jer, rupernya ada cas-cas api di bawah enjinnya. Sebaik sahaja Pathma memberentikan kereta dia, pak lori pun menarik dia keluar. Dengan beberapa saat jer, kereta Pathma pun hangus terbakar. Nasib bawa kereta pagi-pagi buta, kalau siang-siang buta, kompem tak nampak nyalaan / percikan api di bawah kereta. Nanti rentung ko Pathma.... hehehehe..Syukur, ko tak rentung.


 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments