Friday, April 20, 2012

~Apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya~

Cerita ini nak aku berkongsi bersama-sama semasa aku mendengarnya di radio IKIM.fm pada frekuensi 91.5 (Lembah Klang). Setiap pagi, tepat jam 7.30 pagi ketika memandu ke tempat kerja, pasti aku akan tune ke IKIM. Sebab seronok mendengar slot motivasi di pagi hari. Memberikan ketenangan dan santapan rohani. Untuk makluman, siaran ulangan motivasi pada jam 7.30 malam.

Kali ini nak berkongsi antara motivasi yang terpahat di minda ku. Cerita yang agak simple dan menarik. Sambil mendengar aku membayangkan cerita Merlin. Chewah...Apa kaitannya?

Begini ceritanya....................................

Merlin Castle

Di sebuah kerajaan, ada seorang Bendahara yang suka berkata "Apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya" sekiranya rakyat jelata atau sesiapa pun yang datang mengadu masalah kepada beliau.

Pada suatu hari, Raja sedang berlatih bermain pedang bersam-sama adindanya. Sedang bermain pedang, adinda Raja tersebut telah melukakan betis Raja tersebut tanpa disengajakan.


Luka di betis Raja itu agak dalam. Raja tersebut mengadu kepada Bendaharanya. Bendahara seraya berkata;

"Apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya Tuanku"

Raja pun bingkas bangun dan membengis. Ujar raja itu bahawa adindanya mungkin ingin merampas takhtanya. Pada fikiran Raja itu, adindanya mahu membunuh dia. Tanpa berfikir panjang, Raja mengurung Bendahara tersebut. Meringkukla bendahara itu di dalam penjara di bawah tanah.


Keesokkan harinya, Raja memutuskan ingin berburu di hutan. Entah macam mana, Raja tersebut terpisah dengan rombongannya ketika di dalam hutan.


Ketika itu Raja sudah jauh tersasar masuk ke dalam hutan. Entah ke mana. Tak semena-mena, Raja tersebut ditangkap oleh satu puak yang tidak kenal siapakah Raja mereka. Puas Raja itu memberitahu bahawa dia adalah Raja mereka tapi tidak diendahkan oleh puak tersebut.

Raja itu diikat di sebatang pokok. Keesokkan harinya, Raja tersebut dibawa untuk berjumpa dengan ketua puak tersebut. Rupa-rupanya raja tersebut perlu dikorbankan untuk santapan dewa mereka. Sebelum itu, ketua puak tersebut memerintahkan pembantunya untuk memeriksa sekali Raja tersebut sebelum menjadi hamba korban.

Pembantu tersebut menunjukkan luka di betis Raja tersebut. Ketua puak itu pun berkata;"Celaka kamu, kamu telah cacat untuk dijadikan korban!"

Ketua puak itu menyuruh Raja itu pergi sebelum malam menjelma. Sekiranya puak mereka dapat menangkap sekali lagi, Raja tersebut tetap akan dijadikan korban tanpa mengira kecacatan (luka) yang dialami oleh Raja tersebut.

Raja itupun lari menyelamatkan diri sehinggalah ditemui oleh ahli rombongan Raja. Sesampai sahaja di istana, Raja terus meminta maaf kepada Bendaharanya. Sekarang barulah Raja faham akan maksud yang selalu disampaikan oleh Bendaharanya itu.

Seraya tersenyum, Bendahara berkata: "Hamba pun ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuanku"

Raja kaget dan pelik dan bertanya kenapa. Bendahara berkata, "Tuanku, sekiranya hamba tidak dipenjarakan, sudah tentu hamba akan menemani Tuanku berburu. Dan sekiranya kita berdua sesat dan dijumpai oleh puak tersebut, sudah tentunya hambalah yang akan menjadi mangsa korban mereka kerana hamba sudah tentu tiada cacat celanya". Begitulah ujar Bendahara dengan panjang lebar.

Begitulah kisahnya. Ada sedikit olahan ayat aku gubah.....


Motif kisah ini:

  • Sentiasa bersangka baik kepada Allah sekiranya ditempa musibah kerana apa yang berlaku pada ketika itu mungkin ada hikmahnya disebaliknya.
  • Kadang-kadang kita ingat sesuatu yang berlaku pada kita itu sangat teruk bagi kita, walhal ianya baik untuk kita
  • Allah turunkan hujan, ribut petir sebelum kita mendapat pelangi yang indah.
Renung-renungkan wahai sahabatku....


Erk..motif letak gambar Merlin?
  • Sambil mendengar pakar motivasi tuh bercerita, aku terbayangkan kisah Merlin nih
  • Aku peminat cerita ini. Dulu gila bangat  dengan si Arthur..hahahahha (bengong)

ok, sekian terima kasih. >_<

*pix adalah hasil dari Google*

2 comments:

  1. :) em, buleh lah kau gi jadi pencerita motivasi kat IKIM pulak... cepat cepat telefon Pyan dan Siti! :)

    nice one!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku shared ajer cerita...

      masa sekolah dulu berangan nak masuk pertandingan bercerita, tapi aku nih pemalu orangnya...hahahahah

      Delete