Hari Sukaneka

By kin - November 18, 2011

              10 November lepas, satu sukaneka Tabika Kemas 1RAMD diadakan di padang hoki. Asalnya, aku plan tak menjoinkan diri atau menghadiri sukaneka anak aku tuh sebab malas nak apply cuti. Tapi disebabkan pagi tuh Hamizan tak seberapa sihat dan perlu ke klinik, aku menyinggahla. Alang-alang dekat kan antara klinik dan padang hoki tuh.

antara hadiah yang dipertandingkan

Sesampai sahaja, Syasya dah lead students untuk senamrobik... Bersungguh bebenau anak aku sorang nih. Takpelah, memang kesukaan dia. Then acara dimulakan dengan sukaneka murid 5 tahun dan diikuti oleh murid 6 tahun. Syasya ambil bahagian individu lari belon dan pecahkan belon dengan duduk. Ehmmmm...tak sempat duduk penuh, belon dah meletup. Dapat la no 1. Tajam laks montot dia nih..hahahahahha.... 
acara berkumpulan

pecah belon

Then, diikuti oleh sukaneka berkumpulan. Syasya dan geng dapat no 2. Acara apa ntah tak ingat. huhuhuhu. Then, ada acara sukaneka untuk parents. So, satu kumpulan terdiri daripada parents dan seorang anak. Kami masuk acara baling dadu dan mengisi air dalam botol.

Ok, bagi acara baling dadu; kalau baling dapat nombor ganjil...kene jalan mengundur but for starting..statik ajelah. Dan kalo dapat nombor genap, maju ke depan mengikut bilangan. Yang lawaknya, time no genap, masing-masing cuba melangkah sepanjang yang boleh untuk ke depan manakala bilamana dapat nombor ganjil, tak sampai setapak pun ke belakang. Sabar ajelah....Dan yang pastinya, kumpulan aku statik sampai sudah. Hahahah... Tangan takde ONG la....Baling aje mesti dapat nombor ganjil. Sudahnya kumpulan lain dah ke depan kami masih statik.hohohohohohoho......
Sara pun nak menyelit gaks

isi air dalam botol

Another game, isi air dalam botol lak, ada miss communication. Ehmm....takpelah kalau tak menang pun. At least, we all enjoyed. hehehehehehe....

Lepas sukaneka parents, sukaneka untuk ahli jawatankuasa pula. Oklah...Enjoy jugak melihat. Orang besor-besor main game budak-budak.hehehehehe

turn ahli jawatankuasa pulak
Acara sukaneka diakhiri dengan penyampaian hadiah sukaneka dan juga penyampaian hadiah untuk kelas. Ehmm... Syasya dapat nombor 2 dalam kelas. Rasa tak percaya sebab tahun lepas dapat nombor belas-belas juga la. Paling best, dapat hadiah sepasang baju sekolah. Syukur...Jimat satu...hehehe.. And as usual macam tahun-tahun lepas, setiap murid akan mendapat hadiah sebuah beg sekolah. Alhamdulillah, jimat lagi.




mari angkat khemah....
 Oh yea, sebelum acara penyampaian hadiah dimulakan, para bapa kene mengalihkan  khemah dari nun hujung ke hadapan khemah utama. Lawak jer aku tengok time nih. takpelah, hehehehe...


penyampaian hadiah

dapat hadiah lagi
 So far, seronok juga tengok sukaneka tuh. Petang tuh cepat-cepat bersiap nak pergi keje. Anyway, congrats yea Syasya! Mama always love you.....




Congrats Syasya!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments