Apam Polkadot In The Making..................

By kin - September 19, 2011

Kali nih, the same request from my sis, Huda. Memula nak muffin again but I think why not we try The Apam Polkadot??? hehehehe. So, bermulalah episod mencuba apam polkadot ni malam tadi. Kalo ikut plan asal, nak wat petang Ahad but kami sekeluarga terpaksa memenuhi undangan perkahwinan kenalan dan berhari raya di rumah bos, Dato' Aman.

Jadi, ini adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 biji telur gred A ( disejukkan dalam peti sejuk)
  • 275gm tepung gandum
  • 220gm gula halus
  • 150ml susu segar/susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh ovelette
  • untuk inti/filling; any perisa but I'm using mango and blueberry flavors
  • pewarna; any colors..I'm using blue and red colors
  • Paper cup (semestinya)
Cara - cara:
  1. Masukkan semua adunan ke dalam mixer kecuali filing dan pewarna. Pukul sehingga kembang atau 8-15 minit pada kelajuan tinggi.
  2. Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian. Saya bahagikan kepada 2 sahaja sebab nak buat 2 warna sahaja.
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  4. Picit adunan ke dalam paper cup sehingga setengah cawan sahaja.
  5. Masukkan filing di tengah-tengah adunan dalam paper cup. (Nak lg senang, filing nih juga masukkan ke dalam piping bag)
  6. Picit dan masukkan adunan ke dalam baki tadi sehingga hampir penuh. ( Nak sama warna pun boleh, nak lain-lain warna pun boleh. Ikut suka ^_^ )
          7. Dot-dotkan dengan pantas ikut warna kesukaan (kontra). Macam saya pakai 2 pewarna, jadi ambil warna kontra sahaja.
apam polkadot

            8.  Kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak dengan api yang sederhana.

Siap sudah. Tengah rileks-rileks tengok tv sambil menunggu apam polkadot siap, aku bersms ngan kawanku; Ida. Sekali aku terus melompat bila Ida mentioned that dia salah letak serbuk penaik. Dia terletak soda bikarbonat. Hahaha..Aku lagi kelakar, langsung tak letak!!!! Aduh......

Ehmm...Bila tengok, naik ciput jer. Oklah kut...hehehehehehehee..So, inilah hasilnya. Takpe, belajar dari kesilapan..... ^_^


apam polkadot
apam polkadot
Tips:
  • Better pakai acuan lompang supaya naik comel, bulat dan cantik. See, my polkadot apam ku tidak membulat dengan comelnya.Terpaksa cari alternative lain, pakai paper cup yang keras sedikit.
  • Tutup  periuk kukus ngan kain atau aluminium foil supaya air yang menitis tuh tidak terkena pada adunan apam tadi. Tapi pastikan juga, bila apam sudah naik, tidak terkena pada kain/aluminium foil tuh.
Selingan jap.................
Semasa beraya di rumah bos, anak-anakku teruja dengan kereta ini.......

depan rumah Dato' Aman
Jadi, silalah mencuba resepi ini. Resepi yang aku bagi ini pun, ambil daripada hasil google...hehehehehe...Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments