~Salam Aidilfitri & Salam Merdeka!~

By kin - August 29, 2011

Salam Aidilfitri....

Dikesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua dan Maaf Zahir Batin di dunia dan akhirat. Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata...Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Dan tidak lupa juga, Salam Penuh Kemerdekaan kepada semua warga Malaysia...







Tahun nih, aku ada sedikit kerajinan nak buat kuih raya. Ala yang simple-simple ajer. Janji boleh diterima tekak. Jadi, Sabtu lepas (27 Ogos 2011), aku telah memperuntukkan sepanjang hari itu untuk membuat kuih raya. Ehmm....dengan rasa badan yang tidak sihat ini, ku gagahi juga membuatnya sebab dah berjanji dengan budak-budak. Depa nak tolong. Tapi yang sorang lagi tolong makan....Iya, tolong makan...Sabo ajelah yea....hehehehehe.



anak-anak dara aku yang rajin

bentuk kuih ada macam-macam

muka selepas tolong makan...hehehe

Sebelah malam, aku dah rasa makin tak larat. Tapi alhamdulillah, Syasya setia membantuku sampai tengah malam. Kalau takde Syasya rasanya dah give up nak tidur dah. Keesokkan harinya, baru ku perasan, satu balang dah licin. Siapa punya kerja nih. Satu lagi tinggal separuh. Ehmmmmm nampak gayanya habis sebelum raya. Tak apalah, kuih dibuat pun untuk dimakan juga. Tapi yang penting, ada 2 balang aku sorokkan untuk diberikan kepada parents aku. Baru rasa best bagi orang tua kuih yang kita buat sendiri.hehehehehhe. Takda tunjuk-tunjuk.hehehehehehe.

Apa-apa pun, enjoy membuat kuih raya bersama-sama anak-anak. Kuih dapat, spending quality time pun dapat. Harap pengalaman membuat kuih raya bersama mama yang garang nih ( baru nak masuk dalam balang, kuih dah masuk dalam mulut) meninggalkan kenangan manis buat anak-anakku...hehehehehe.

Selamat Hari Raya ...Hati-hati memandu... Jaga perut anda semasa beraya. ^_^

  • Share:

You Might Also Like

0 comments