My 5th Operation |

Pada 7 Oktober 2011, aku dijadualkan untuk membuat satu minor operation iaitu Prosedur Hysteroscopic Directed Biopsy - Diagnosa Menorrhagia 2ndary to Uterine Fibriod & DNC (option). Sebenarnya Hysteroscopic ini adalah suatu prosedur yang dilakukan untuk melihat bahagian dalam rahim. Alat yang digunakan kelihatan seperti teleskop tipis. Alat ini dimasukkan ke dalam vagina, melalui leher rahim, perlahan-lahan bergerak melalui saluran leher rahim ke dalam rongga rahim. Erk...scary? Entahla, sebab aku ambil GA (General Anestetik) . hehehehe... Umumnya, aku sangat takut nak ambil GA sebab takut nanti doktor wat prosedur, aku terasa sakit (badan kebal? hohohoho). Yang keduanya ialah; mabuk + loya berpanjangan. Kalau setakat lepas prosedur tu, mabuk awal ² masih ok lagi. Aku takut macam first operation aku. Mabuk dan loya berlanjutan sampai 2 minggu. hehehehe..


at Day Care Ward with Syasya

erkk..another dot scar....

Ok, kenapa aku perlukan prosedur ni? Sebab utamanya ialah aku mempunyai masalah fibriod.Memula ingat hasil daripada pemakaian implanon but since Mei, pendarahan makin heavy dan  tidak berhenti-henti..macam pass baton lak yea....Akhirnya doktor  ambil sampel tisu rahim. Aduhai...Dah la time posa, and also...the most scary is doc pula lelaki. Nasib la ko hensem!!! Selepas sebulan, sampel sangat tidak memuaskan dan memerlukan aku untuk membuat  Prosedur Hysteroscopic Directed Biopsy - Diagnosa Menorrhagia 2ndary to Uterine Fibriod.

Ada banyak jenis fibriod. Erkkk..aku tak sure which one was mine.Yang dok luar kut tuh...


yang mana satu?


Sebabnya, selepas operation and aku masih mabuk-mabuk..Time tuh la plak doc nak bagitahu mine was _________  ___________  _____________. Erk...aku dah tak ingat la plak...Cumer yang pasti ada 3 nama. hehehehehe. Dan yang sangat pasti bila doc bagitahu yang ini.

Doc: " Puan, menerusi pemeriksaan, saya dapati rahim puan dalam keadaan elok cumanya rahim puan bersaiz seolah puan mengandung 12 minggu..."


Aku terkedu. Wah..! No wonder la perutku muncit giler! Kalau orang bertanya, aku jawab jer..Haah..tengah pregnen nih! hehehehehe..bohong sunat. Malu weh....Paling best, naik train, aku semestinya dapat tempat duduk..Yela, mengandung la konon... :P. Orang bagi tempat duduk, amik jer...Tapi ada orang lebih memerlukan, aku bagi la....hehehe

Aku : "ooooo..uhmmmmm " nak cakap apa..ye ajelah kan?

Doc : " Tapi puan, kami tak jumpa fibriod puan"

Cesss...Ini sudah jadi kes masa Doktor Harris menyambut Sara masa c-sect dolu. Beriya-iya dia cari tapi fibriod tak jumpa sampai kene marah ngan doktor pakar dia...cian time nih sebab kena marah depan aku..hhuhuhu. Tapi scan, wah..hebat yea ko fibriod landing tutup pintu rahim.

Doc :" Kami dapati fibriod puan nih jenis tumbuh di luar rahim. Dan rahim pula seolah membekalkan bekalan darah kepada fibriod puan untuk membesar/ hidup"

Aku :"ooOOOooooo".

Patut la time doktor Harris tak jumpa. erhmmmm...No wonder juga lapisan endometrium aku tebal gilos dan pendarahan (heavy bleeding )  aku non stop since Mei 2011. Kesian kepada my hubby. Takpe, you got strong minded! I love you.Aku memang dah bleeding sokmo since pakai inplanon but heavy sejak bulan Mei lepas.Nasib baik suami sangat sporting.....

Doc: "Puan ada apa-apa perancangan untuk menambah anak lagi?"


Aku :"erk.....Tak pasti  lagi. Tapi rasanya cukup dah 3orang ni..."

Padahal takut nak bersalin lagi.hehehehe..Dah 2 kali di ambang maut.

Doc: " Saya cadangkan puan jalani prosedur hysterectomy "


Aku : "aaaaaa...Tapi perlu fikirkan dahulu"

So, aku berkemas dah nak balik  sebab lagi 2 bulan aku akan dapat keputusan penuh hasil pengambilan sampel tisu rahim aku. Lagipun day care sahaja. Pening-pening lalat jugakla. Nasib baik suami dan Syasya sudi menunggu dan menjemputku pulang. huhuhuhuh. Kesian akak sebelah katil aku.Dia wat dnc sebab heavy bleeding macam aku juga tapi takde fibriod. Pelik...rupanya akak tuh drive sensorang. Wah, bawa kereta elok-elok kak..,pesan aku la kat dia.

Sepatutnya, lepas DNC tuh..Aku takkan berdarah algi. Tapi masih berdarah. Wah..harus ke emergency O&G. Sudahnya doc hanya bagi ubat antibiotik. Seminggu selepas operation, aku masih bleeding dan heavy jugak. Macam takde apa² pas wat dnc. Kacau betul.

pucuk dan buah mengkudu


But, (sehingga entri ini ditulis - 1 Nov 2011 ) pendarahan aku terus stop selepas aku amalkan makan pucuk mengkudu. Ya Allah pahit giler! Tapi bila dah selalu makan ok kut. Cumanya dah lama² makan baru aku perasan... Lor!!!! Patut la pahit semacam... Itu bukan pucuk, itu daun tua maaa....ekekekekekekekeke...takpe, belajar dari kesilapan. hahahaha....

Tapi at the same time, macam² jugak aku telan..antaranya ubat homopati. Cuma aku noticed bila/sejak makan pucuk megkudu ini, pendarahan aku drastik terus stop. Alhamdulillah.........Pucuk susah nak cari, sudahnya aku makan pati mengkudu. Janji aku telan daripada takde langsung kan?



Sedikit info tentang fibriod :


"Fibroid, atau nama lainnya 'Leiomyoma' atau 'Myoma' adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus). Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive). Kira-kira 20 % wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda sebelum haid. Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas menopaus.

Terdapat beberapa jenis fibroid iaitu:
  1. Fibroid submukus - Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim kebahagian dalam rahim
  2. Fibroid Intramural - Membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding.
  3. Fibroid Subserus - Membesar di luar dinding rahim
  4. Fibroid Pedunkal - Membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari serviks (pangkal rahim)




Gejala/ Tanda
Kebiasaannya, kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom yang nyata. Namun, bergantung kepada saiz dan lokasi fibroid di dalam rahim, serta jarak fibroid daripada servik; ia mungkin akan menyebabkan gejala seperti berikut:

  1. Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang
  2. Sengugut (dysmenorrhoea)
  3. Masalah pendarahan yang abnormal
    •   Pendarahan antara kitaran haid (intermenstrual bleed)
  4. Masalah pendarahan yang abnormal
    • Pendarahan antara kitaran haid (intermenstrual bleed)
  5. Tempoh haid yang panjang (prolonged menses)
  6. Darah haid yang banyak (menorrhagia)

************************************************************


Dan pada 16 Disember 2011.....Aku datang berjumpa doktor pakar untuk mengambil keputusan daripada sampel rahimku. Syukur......Alhamdulillah ya Allah...Aku didapati normal dan bebas daripada kanser rahim.....This is second time aku disahkan bukan terjebak daripada kanser. First assumption was on my second operation....... and another relieve was I do not need to do hysterectomy. Thanks Allah!




  • Share: