Tinggal Kenangan : Siapakah di koridor itu..

By kin - May 12, 2020




Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Kali ini aku nak berkongsi cerita tentang perkara mistik semasa aku bersekolah dahulu. Kejadian ini semasa aku form 5 kalau tak silap. Biasalah kadang-kadang datang perangai gila, memang aku buat jer. Hihihi...

Ada suatu malam tu, aku malas nak pergi prep malam. Ala, kelas persediaan malam kalau dok kat asrama ni. Sebab setiap malam, semasa di prep malam biasanya aku akan tidur jer, takpun copy homeworks. Eh!! Hahahha...

Aku tak ingat cara aku escaped dari pengawas semasa checked di dorm; samada aku sembunyi di toilet atau aku sembunyi di loker atau aku baring sahaja di katil. Tapi rasanya, ingat-ingat lupa, aku temberang je aku demam dan baring je di atas katil dengan alasan takmo pi prep. (eh, tu macam escaped prep petang...) Selepas aku lepas semua tu, aku pun study di meja di sebelah katil aku. (mana aku dapat meja sekolah dan kerusi tu, sebab aku pergi cari kat tempat pelupusan meja dan kerusi dan aku dapat yang elok dan bawa masuk ke asrama masa petang Jumaat....hihi).

Dalam jam 8.30 malam tu, dengan berbekalkan lampu koridor, aku mula la study. Memang suasana dalam dorm dan asrama sangat-sangat sunyi. Maklumlah semua sudah beredar pergi ke kelas masing-masing. Memula tu enjoy juga la sebab rasa wow...Tapi tetiba telinga aku menangkap sesuatu bunyi di koridor bilik yang mengadap dewan makan. Memula aku ignoredkan sahaja sebab  maybe bunyi kucing tengah makan tulang. Sebab bunyi tu seolah-olah kucing tengah makan tapi........ 

Semakin lama, bunyi tu seumpama macam mengeram (geram sebab gigit tulang kut, itu yang aku fikir memula) tapi makin lama bunyi tu makin kuat dan makin dekat. Alamak..dengan keadaan yang sunyi (pen jatuh pun boleh dengar) apatah lagi aku dalam kegelapan yang hanya bersandarkan lampu koridor yang tak seberapa ni. Bunyi mendengus semakin kuat dan aku rasa macam semakin menghampiri ke arah aku. Aku nak lari keluar dari asrama dah tak boleh sebab asrama dah berkunci. (huwaaaa). Nak tak nak, aku terus selubungkan diri dengan selimut di atas katil sambil membaca ayat-ayat hafazan yang aku ingat sambil dalam hati macam nak menyumpah juga kenapa la aku wat keje gila ni. 

Aku tak pastilah berapa lama aku dalam keadaan berselubung macam tu, dah la masa tu abru 8.30 malam. Prep habis lebih kurang jam 10.45 malam. Huhuhu, terasa detik masa berjalan sangat lama dan lambat. Aku rasa aku tertidur dalam ketakutan sebab sedar-sedar je dah riuh di asrama kedengaran pelajar semua dah balik. Bilik dorm aku pun dah terang benderang. Fuhhhh...Lega gila aku. Tapi dengan juniors, aku tak ceritala kenapa aku berselubung begitu dan mereka pun ingat aku sedap bantai tidur. Hahaha.

Sejak peristiwa tu, aku memang mendapat satu pengajaran pahit la. Itula, siapa suruh escaped prep, malam pulak tu. Haa kan dah padan dengan muka aku. Memang sejak tu, aku dah tak berani la nak stay sensorang di dorm apatah lagi dorm aku tu dah la terkenal dengan keangkerannya. Aku plak boleh biul stay memalam sorang-sorang kat situ. Mencabar la sangat kan. Kan dan padan muka. Hahaha....

Tapi, bila semua dah ada kat dorm, aku jengah juga la kat koridor nak tengok, kut-kut ada sisa tulang ke..kucing ke... Tapi takde, tapi memang bunyik mengeram dan mendengus tu kuat gila sampai dia gigit-gigit tulang tu aku boleh dengar dari jauh. Dah la meja aku mengadap hutan, memang aku tak stay up mana la. Kegunaan meja dan kerusi tu lebih kepada kegunaan pada hujung minggu untuk aku study pada waktu siang sahaja. Seram weh.

#mozac96

  • Share:

You Might Also Like

0 comments