My Greatest Adventure Trip To C.E.B.U !!!

By kin - June 03, 2020



Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. 


disclaimer : cerita ini tahun lepas punya baru ada kesempatan untuk menulis setelah mempunyai keluangan masa sempena PKP Covid19 




Oslob



Pada 13 Julai 2019 yang lalu, aku berkesempatan membawa satu (1) kumpulan seramai 21 orang untuk trip adventure ke Cebu, Filipina. Berkenalan sebentar bersama para peserta rombongan di KLIA2 sebelum meneruskan penerbangan lewat petang dan tiba di Cebu-Mactan Airport pada jam lebih kurang 10 malam. Kami disambut oleh dua orang guides iaitu Ryan dan Paopao. Disebabkan penginapan di Oslob telah penuh, kami menginap sebentar di bandar Cebu sebelum meneruskan perjalanan hampir tiga (3) jam ke Oslob pada jam 3.00 pagi. Kami berpeluang menaiki jeepney menuju ke Oslob Whale Shark Watching.


 

First aktiviti adalah berenang sambil melihat whale shark ataupun dikenali sebagai Yu Paus. Kami telah diberi penerangan secara ringkas dan menyeluruh sebelum aktiviti berenang dan melihat ini whale shark diteruskan. Kami tidak dibenarkan untuk memakai apa-apa jenis lotion dan perlu membasuh sekiranya sudah mengaplikasi di muka dan di badan. (huhuhu memang burn teruk la muka bila kena buang sunblock ni). Selain daripada itu, tidak boleh pijak atau pegang dan perlu menjaga jarak semasa menyelam. Jika tidak, kena denda yea.

Sedikit info Yu Paus ni:

Ikan yu paus atau whale shark, nama saintifik Rhincodon typus, adalah sejenis ikan yu yang bergerak perlahan dan merupakan haiwan yang mangamalkan diet pemakanan bertapis, ia juga merupakan spesies ikan yang besar dan gergasi. Menurut perkiraan, saiz ikan dalam spesies ini yang terpanjang berukuran 12.65 meter. Yu paus jantan pada kebiasaannya memiliki saiz mulut yang lebih besar berbanding saiz mulut betina. Makanan utamanya adalah plankton, haiwan dan tumbuhan seni bersaiz mikroskop. 

Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu.

Menunggu hampir setengah jam juga la sebab terlalu ramai pelancong luar terutamanya daripada Korea. Satu (1) boat boleh dinaiki seramai 15 orang dan kebetulan boat aku naiki ni ada seorang oppa dari Korea. 



Pada mulanya, aku agak takut tapi terjun ajelah. Sampailah sedar² je kaki aku dah nak sampai kat mulut ikan. Sebabnya, masa kepala timbul, memang permukaan air laut tu tenang sahaja. Sekali bila aku selam balik, alamak!!! Kaki aku dah nak masuk kat mulut ikan ni! Gelabah ayam sampai aku nyaris nak peluk oppa ni. Berkali² aku minta maaf kat dia. Malu woo, dah la satu boat dengan dia. Nasib baik petugas di kawasan tu sempat menarik aku. The best part is, aku tak tekan button record kat GoPro. Hahahahaha. Sedih betul. 


Sumilon Sandbar

Setelah hampir setengah jam, kami kembali ke darat. Mandi sebentar untuk menghilangkan air laut yang sangat masin itu sebelum bersarapan. Siapa yang nak tukar baju bolehla tapi selepas ini kami akan ke Sumilon Sandbar. Kami ke sana dengan menaiki kapal yang memakan masa lebih kurang 15 minit perjalanan. Sumilon Sandbar ini merupakan sebuah gugusan pulau kecil dengan laut jernih kebiruan dengan pantai berpasir lembut.









Tumalog Falls



Selepas ke Oslob, kami bergerak menuju ke Tumalog Falls. Tumalog Falls merupakan salah satu air terjun yang terkenal di Cebu. Perjalanan dari Oslob menuju ke sini tidaklah begitu jauh lebih kurang 15 minit perjalanan. Tumalog Falls ni pula bermusim. Kalau musim hujan, banyaklah airnya. Kalau takda hujan, mungkin air terjun pun tak ada. Airnya tak seberapa deras, lebih kurang macam hujan renyai-renyai. Tapi agak unik dengan landscape yang cantik dengan kehijauan yang memukau. Jarang aku jumpa air terjun macam ini. Ketika aku datang ke sini, airnya agak cetek dan air terjun ini sangat tinggi rupanya. 



Kawasan Falls


Lebih kurang jam 5.00 petang, kami sampai di Kawasan Falls. Ingatkan terus sampai tetapi tidak!! Kena berjalan kaki memasuki ke dalam tempat ni lebih kurang 20 minit perjalanan sambil membawa beg pakaian masing-masing. Part ni samada nak tergelak or kesian pun ada. Laluan sini adalah laluan berliku-liku. Hahaha...Kalau siapa bawa beg tarik tu, memang azab la gamaknya. Nasib baik aku bawa bagpack itupun si Paopao dengan baik hati bawa beg aku. Thanks so much! Beg aku tak berat mana, 7 kg je. Hahahaha. Perjalanan ke Kawasan Falls ini adalah menyusuri sebatang sungai yang sangat jernih dan cantik yang mana sungai ini akan bertemu dengan Kawasan Falls.


#travel #kawasanfalls



Aktiviti petang tu adalah free and easy. Memang ambil peluang berehat sebentar dan terus rasa macam nak terjun je di Kawasan Falls ni sebab airnya yang biru turquoise. Serius, sangat lawa. Selepas berehat sebentar dan mengerjakan apa patut, kami decided nak berendam dalam kolam tu. Tapi, sebelum nak terjun tu, wajib kena pakai life jacket dengan bayaran sebanyak 30 pesso. Aku mencari juga di mana bamboo rafting tu tapi dah tak ada. Rupanya ada kes penyalahgunaan dan pemerasan oleh pengendali rafting, jadinya telah disuspended oleh Local Goverment Unit (LGU). So, kami mandi dan berenang juga la sampai ke tengah-tengah. Dalam woh, aku tak berani pula nak berenang sampai ke air terjun tu sebab bila dah sampai tengah-tengah, terasa dalam dan sejuk dan mulala aku fikir macam-macam. Hahaha...Hanya Nad dan Aida sahaja berenang ke sana. Dalam hati aku, pergh berani depa ni. 


Seusai itu, balik ke bilik dan makan malam. Malam tu kami tidur awal sebab plan nak hiking ke Osmena Peak. Jadi kena bangun jam 3.00 pagi gitu. Suasana malam di situ sangat mendamaikan dengan deruan air terjun yang kedengaran dari luar bilik.



Osmena Peak

Seawal pagi kami dah bergerak menuju ke Osmena Peak. Dengan keadaan hujan renyai-renyai malam tadi menyebabkan suasana semakin sejuk. Masa tu dah rasa menyesal kenapa aku tinggalkan sweater aku di bilik. Osmena Peak ni merupakan bukit yang tertinggi di Cebu dengan ketinggian 1013m dari paras air laut. Nak hiking ke puncak bukit ini memakan masa dalam 30 minit sehala. Dengan keadaan yang sangat sejuk, berangin dan gelap, kami meneruskan perjalanan mendaki puncak. Aku bajet aku akan ketinggalan ke belakang, maklumlah aku yang paling 'muda' di kalangan mereka. Tahap kesukaran mendaki ni bagi aku biasa sahaja sebab dah ada pebble pathway, tetapi awas yea. Sangat licin sebab malam tu baru sahaja hujan dan keadaan masih berembun. Nasib baik aku sewa tongkat, bolehla menampung jikalau aku tumbang tergelincir jatuh ke. 



Sesampai di puncak (aku orang ke 3 sampai..wuhuuu), suasana yang sangat berkabus dengan deruan angin yang kuat. Rezeki kami kurang baik pada hari itu kerana keadaan cuaca yang berkabus. Kami tidak dapat melihat pemandangan yang sangat cantik di Osmena Peak seperti yang digambarkan semasa melihat di internet. Huhuhu...melepas nak dapat view sunrise plus view sejauh mata memandang gugusan pulau-pulau kecil di sekitar Cebu. Sedih je tapi takpa, kami masih enjoy the moments. Masing-masing kesejukan sebab kebanyakan memakai pakaian semalam (aku la tu) tapi itu tidak mengapa, cuba memanjat batu-batu kecil di sekitar untuk mengambil gambar. Walaupun aku rasa gayat dan aku rasa angin terlalu kuat sampai aku rasa boleh tumbang ni. 


Sepanjang perjalanan pulang dari Osmena Peak, suasananya terasa tenang kerana kami melalui kawasan perkampungan yang dikelilingi dengan gunung-ganang dan melihat budak-budak memulakan perjalanan ke sekolah masing-masing.



Kawasan Falls

Selepas bersarapan, kami diberi taklimat dan diberikan peralatan untuk aktiviti canyoneering. Di sini, ini adalah aktiviti paling wajib kena cuba. Tapi untuk yang fit sahaja (pastikan fit tau, aku x fit pun tapi alhamdulillah berjaya harungi semua) dan pastikan menggunakan kasut (aku sebenarnya pakai kasut snorkeling, hahaha adoii sakit tapak kaki) yang betul. Selain daripada itu, jangan lupa membawa beg kalis air dan phone protector case (yela, zaman sekarang nak bergambar kan senang pakai phone) Kami perlu memanjat/merangkak batu yang licin, mengharungi arus, berenang malah perlu terjun dari tebing yang tinggi (ada banyak jenis dan tiada paksaan, yang penting diri sendiri kena yakin). Sebenarnya, aktiviti ini mengambil masa dua ke tiga jam mengikut tahap kecergasan masing-masing sebabnya akan bermula dari atas untuk canyoneering sampai ke bawah. Pemandangan tu tak usah cakaplah, memang sangat cantik dengan suasana yang kehijauan dan air biru turquoise tu dan di sana mereka sangat menjaga kebersihan. Kalau tertelan air tu biasalah, hahahaha.


Sebenarnya aku ni gayat. A few months before ni dah tengok terjunan² video orang lain bikin aku seram sejuk and decided tak mahu buatla. Sekadar jadi tukang tengok je nanti. Sekali, haaa amik ko..Untuk lompatan 10m ni, aku yang pertama buat terjunan dalam group aku. Petua dia, hati kena kering dan jangan teragak². Kalau tak, confirm la  tak terjun nanti. Jangan tak percaya, aku antara 5 orang dalam group ni yang completed semua lompatan. 😜 






Aktiviti canyoneering kami berakhir pada jam 3.00 petang di Kawasan Falls. Aktiviti kami ni mengambil masa agak lama disebabkan lambakan pelancong dari Korea yang datang ke Kawasan Falls. Jadinya kami kena beratur panjang la dan kebanyakan guide yang mengendalikan mereka fasih berbahasa Korea. Aktiviti ni memang sangat penat, tapi seronok gila dan berbaloi untuk cuba seumur hidup. 



Kesimpulan yang aku dapat dalam trip kali ini adalah....... This is my greatest trip adventure!! Serius tak tipu sebab tak sangka aku boleh buat semua lompatan dan antara yang seram ialah berlari sambil lompat dengan ketinggian 10 meter tu selain terjun di jurang yang sempit...💪💪💪 In sya allah, ada rezeki lagi, nak repeat lagi with my kids. 😊 


Kalau sapa² nak join trip ni, leh la wasap aku kat  http://kintravelous.wasap.my






  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. bestnya cebu.. nak masuk wishlist laa :)

    ReplyDelete
  2. memang sangat best! Nnt covid dah berakhir, bolehla terjah....pasni maybe nak pi pulau sebelah kut...

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya!! Tahniah kerana masih boleh aktif berblog ni

    ReplyDelete
  4. bestnyaaaaa, next time bawak bae pelissss

    ReplyDelete