Someday, I am the rain

By kin - January 03, 2020

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.




Seingat aku, ada satu peristiwa yang membuatkan aku menangis hampir pada setiap hari (read: menangis sorang² selepas lights off). Peristiwa ni berlaku semasa aku dalam tingkatan 2. Bersekolah di bandar Melaka, lebih dikenali Mozac atau sekolah atas bukit. Sebab apa sekolah atas bukit? Memang sekolah aku ni di atas bukit, dengan kejadian tangga yang hampir 300 anak tangga (kalah tangga kat Batu Caves tu).

Kisah sebenar aku nak berkongsi ni, kisah berkisar tentang nenek aku (kisah 27 tahun lepas)... Nenek aku ni menetap di Felda Hutan Percha atau nama sekarang sebagai Felda Tun Ghaffar Baba. Jarak dari kampung ni ke sekolah aku boleh tahan la kalau naik kenderaan awam seperti bas. Boleh cecah 2 jam lebih perjalanan termasuk waktu menunggu. Tahun 1993, kalau bernasib baik bas ikut masa yang dijadualkan, memang bertuahla. Tapi, kalau terlepas bas, boleh murung 2 atau 3 jam waktu menunggu.

Hari apa masa tu, memang aku dah tak ingatlah. Cuma yang pasti, bukan hari badan beruniform sebab selepas peristiwa itu, aku kena pergi prep petang.

Aku balik dari sekolah lebih kurang hampir jam 2.00 petang, sebab masa terakhir dalam jadual dalam jam 1 lebih plus beratur dan makan tengah hari kat dewan makan. Sesampai je aku kat dorm, aku dah dengar satu suara yang sangat² familiar. Untuk makluman, dorm aku ni berada di tingkat paling atas sekali iaitu tingkat 4 dan paling hujung. Pengisian  pelajar untuk mendiami dorm ni disusun mengikut kategori rumah sukan. Rumah sukan aku biru iaitu Laksamana! (proud ok!..haha).

Aku sampai je kat katil aku, rupanya nenek aku tengah duduk atas katil aku (nasib baik katil bertingkat aku ni, aku pilih bawah dan aku tak pernah duduk kat katil aku kecuali time tidur sebab nak bagi cadar tegang sentiasa, tapi kes nenek aku ni aku abaikan..hahaha) sambil bercerita dengan adik² form 1 dan kawan² aku. Aisehhh..Memang aku terkejut sebab secara tiba² nenek aku muncul di dorm aku! Rupanya nenek aku nak bagi lauk ikan keli salai masak lomak cili api!!! Huwaaa...Terharunya aku! Memang aku peluk cium nenek aku sebab jauh tu perjalanan. Bertubi² aku tanya nenek, macam mana..dengan apa hinggakan nenek boleh sampai ke dorm aku.

Nenek aku cakap, dia datang dengan menaiki bas dari rumah (ok, bas ni kadang² ikut nasib juga), turun depan sekolah aku, then lintas jalan. Then aku potong cakap nenek aku... Dari bawah sampai ke atas ni, nenek tahan teksi ke? Dia jawab, nenek naiklah tangga dari tepi jalan besar tu sampailah ke dorm aku!!! Rasa nak menangis aku time tu. (aku kontrol nangis sebab aku sampai sekarang tak suka nangis). Prep aku start dalam 2 lebih, so aku tak banyak masa dengan nenek aku. Nenek aku tak pula datang time hujung minggu ke, bolehla aku spend masa lama skit. So, dengan berat hati, aku terpaksa pergi ke prep petang. Aku tak tahu kenapa la masa tu aku tak ponteng je prep and spend masa dengan nenek aku. Tapi aku pi prep petang lewat skit la dalam 10 minit.


Masa nenek aku nak balik tu, aku tanya ... Nenek nak balik ni dengan apa pula. Risau betul aku time tu. Dia jawab, turun balik la then tunggu bas. Ok, time ni aku dah nak menangis gila. Sekolah tinggi tau. Bayangkanlah, masa tu nenek aku dah berumur 65 tahun. Sobsss.. Sanggup naik bas dan daki sekolah aku semata² nak bagi aku rasa lauk masak lomak je. (sedihnya aku). Bila teringat balik, kenapa la aku tak je ponteng prep petang and temankan nenek aku turun ke bawah bersama²?

Jadinya, petang itu...Aku pi ke prep petang dalam keadaan perasaan yang bercampur baur. Gembira sebab nenek datang jenguk aku dan dapat makanan tapi pada masa yang sama gusar, sedih, bimbang sebab nenek balik sendiri menggunakan public transport. Aku takut nenek terlepas bas time tu. Sebab timing bas hanya 2 kali sehari je. Nak called nenek malam tu, rumah pun mana ada telefon unless aku called balai polis. (Dulu² semua rumah takde telefon rumah, jadinya kami guna telefon di balai polis). Kalau aku telefon di balai polis, nanti polis akan datang ke rumah nenek dan bagitahu waktu sekian² akan dapat panggilan, so nenek aku kena la berjalan kaki lagi ke sana. Dan, waktu nak menunggu di public phone kat asrama ni, paham² ajelah. Sudahnya, aku susah nak tidur tapi hanya mampu titipkan doa sahaja. Sambil makan, aku sebak betul.

Aku sangat² appreciate semua jenis makanan semasa aku berada di asrama. Lapar tau duduk kat asrama kalau dapat duit bulanan RM50/sebulan. Memang bergantung harap je pada makanan di dewan makan. Kawan² ejek pun aku senyum je. RM50 tu lah macam² aku nak kena beli (barang² peribadi terutamanya). So, kalau kawan² mengimbau kenangan makan di kantin sekolah, aku memang takde kenangan sangat sebab aku betul² muka budak dewan makan!  Itupun mewahla aku dapat RM50, tapi kebiasaanya RM20-30 je sampailah aku form 5. Sorry geng, bukan kedekut time sekolah tapi aku tiada duit time tu. Tapi nasib baiklah peruntukan tengok wayang ada. Masa tu tiket baru RM5, bolehla sebulan sekali layan. Itupun dah form 3 baru berani nak tengok dan kalau makan masa outing pun, aku akan order Mc Egg sebab murah bhaiii.. RM1.99 time tu. Kalau teringin sangat², aku akan order Big Mac. Alang² mahal, biar besar dan kenyang!

Kalau setiap kali hujung minggu, petang² dari jam 2 petang sampailah jam 6 petang, akan kedengaran annoucement kedatangan tetamu untuk para pelajar. Time ni kalau kalau tak tidur, aku akan study sumbat ear phone sambil dengar lagu kuat². Sebab aku tak nak sedih mengenangkan aku memang tidak akan ada tetamu datang menjenguk aku apatah lagi membawa bekalan makanan. Sobbs sobbss.. Dapat² kat dorm, masing² akan buka bekalan, aku biasanya akan sembunyi di hujung dorm (kebetulan aku memang pilih katil hujung sekali dari form 1 sampailah aku form 5). Kira macam terlindung sebenarnya. Ada rezeki dijemput untuk shared makan beramai², alhamdulillah. Jika tidak, senyum sambil pegang perut. Deng!

Tapi masa nenek aku datang bawa bekal tu, aku memang happy gila sebab yela, macam satu keajaiban dan macam aku menang wang besar! Of course, aku suka shared apa yang ada. Alhamdulillah... Semuanya rezeki daripada Allah. Akak², kawan² dan adik² dorm aku memang baik. Terima kasih buat kalian.

Aku bercerita kisah nenek aku ni sebab nenek aku kena strok 30 Dec 2019 yang lalu. Patutlah hati aku teringin sangat nak berjumpa nenek pada 26 Dec 2019. Kira itulah last (so far), nenek dalam keadaan sihat dan ceria. Ketika saat ini kisah ini aku coretkan, nenek masih di wad dan alhamdulillah telah menunjukkan progress yang sangat positif. Aku tak kisah untuk menjaga nenek siang malam di wad. Sebab bila teringatkan kisah 27 tahun lepas, aku sebak sangat. Sobss..

Aku berbisik pada nenek, yang kita dah memasuki tahun 2020. Sebab, aku masih ingat lagi kata² nenek aku... "nenek nak tunggu sampai tahun 2020. Ada apa yang terjadi pada wawasan 2020". Besar harapan nenek untuk tahun 2020 ni. Takda apa² berlaku nek kalau kita as masyarakat masih tak ubah sikap untuk menjadi negara maju.

Selamat Tahun Baru 2020. Doakan nenek aku kembali sihat dan dipermudahkan semua urusan, amiin.




  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan penyembuhan nenek kin InsyaAllah. Hugs!!

    ReplyDelete