Mengembalikan kualiti hidup pesakit fibroid

By kin - February 14, 2017



Last 2 weeks, setelah berbincang dengan lebih terperinci dengan pakar O&G, alhamdulillah aku tak jadi kena histerektomi (buang rahim). Jadinya doktor telah mencadangkan beberapa options iaitu suntikan (6 bulan sebelum pembedahan- sangat tidak dipersetujui oleh doktor), uterine artery embolization (UAE) dan pengambilan ubat. For sure la kan aku nak makan ubat je. Sebab kesan sampingan suntikan dan UAE/UFE tu membuatkan aku tak berapa yakin walaupun pengambilan ubat esmya ni adalah sangat² baru di Malaysia.

Ulipristal Acetate 5mg, esmya, fibriods, fibriod, histerektomi

Setelah berbincang lanjut, aku memang setuju hendak mengambil ubat Ulipristal Acetate 5mg atau nama glamournya esmya. Walaupun ubat ni sangat mahal, aku pejam mata ajelah. Janji sihat. Pengambilan ubat ini memakan masa 18 bulan yang mana 3 bulan pertama dimakan secara terus, dan 1 bulan rehat dan diteruskan rutin yang sama sehingga mencapai 18 bulan. 

Kenapa boleh mengembalikan kualiti hidup pesakit fibriod...? Meh aku nak habaq :


  1. Tak perlu bawa spare baju, seluar 3 segi kecik dan pads banyak² kalau nak ke mana²
  2. Biasanya aku akan borong pads malam (nipis ke siang ke tak pakai sebab heavy flow all the time) banyak² untuk  macam nak pakai setahun
  3. Bila dah heavy flow all the time, makanya, tiap kali nak solat, kena tukar pad, tukar seluar 3 segi kecik tu. Kena bersihla semua. Secara x langsung ada istilah darah istihadah. Of course, aku memang ada buku catatan kalendar untuk periods
  4. Kalau dah duduk lama, rasa macam malasnya nak bangun. Kalau dah berdiri, rasa macam segannya nak duduk.
  5. Kat opis ke...kat rumah ke, aku memang lapik kerusi aku dengan alas plastik. Biasanya aku pakai baby changing mat tu....cilok je anak aku punya (depa dah besar pun, takkan nak pakai kut)
  6. Rasa tak best nak duduk di mana² (kecuali di opis dan rumah sebab ada baby changing mat tu) sebab takut stained.
  7. Anemia, hb low, mual, mabuk tu antara symptoms aku la... Kadang² kaki water retention,  kalau minum air kosong, mesti rasa nak terkucil (macam orang pregnan pulak kan). Naik tangga pun mengah-mengah. Memang symptom mak² mengandungla (perut pun dah 20 minggu... besar kan..)
  8. Disebabkan no 7 tu, aku makan banyak... hahahaha...pastu salahkan diri sendiri sebab gemuk.
  9. Dan kena makan supplements/ubat  macam iberet (aku benci betul sebab aku akan jadi loya dan mabuk- bau tu), mefenamic acid dan tranexamic acid. Sebenarnya ubat berkaitan darah ( yang tambah darah ke ...iron la senang) bau dia..adoiiiiila...
  10. Jenis aku, kadang² je kena senggugut yang amat sakit. Biasanya aku tahan ajelah dan telan ubat. Kalau teruk sangat, biasanya doktor akan cucuk kat punggung dan dapat MC 2 hari. Lepas kene cucuk, memang automatik mengantuk dan zzzZZZzzzzzz.
  11. Yang ni memang perlu persefahaman yang sangat² kukuh, iaitu kalau ko dah heavy bleeding all the time, macam mana la nak bersama kan dengan en suami ( orang dah kahwin je yea). Harap doktor or si isteri memberikan penjelasan yang sangat² jelas kepada kaum adam ni. Bukan salah si isteri mengalami masalah ni (dia pun takmo sebab serius memang x best kalo bleeding all the time...jenis tiap 2 jam kena tukar pad...dapat² aku dah nak masuk 8 tahun bleeding all the time ni (bapak lama kan))
Eh..eh..lamanya bleeding all the time....? Homopati dah try, herba² aku dah telan, ubat dari hospital of courselah kan... jumpa perawat Islam pun sudah. Tapi apakan daya, dosa banyak sangat. Sobs sobs....Sangka baik yea pada Allah. Allah masih belum berhendak untuk aku pulih lagi. Jadinya, keep patience and making doa'a. He is listening........Semoga aku cepat sembuh, aaammmiiinnn.


  • Share:

You Might Also Like

36 comments

  1. assalamualaikum..boleh saya tahu update terkini puan selepas makan unat esmya ni? ada perubahan positif tak? saya baru 3 hari makan ubat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ws wbt, so far (sy makan 2x cycle) ..rahim saya daripada 20weeks dah turun ke 14 weeks... bleeding pun x sebanyak macam dulu..right now saya dah almost 4bln stop makan ubt tu....period regular cuma last week ada darah istidarah (7hr je tp brownish). kira oklah daripada darah non stop tiap 2jam kena tukar pad...alhamdulillah...setakat ni, ubt ni serasi dgn saya

      Delete
  2. ws wbt, so far mmg positif :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah berapa lama makan ? makin mengecil x ? saya baru nak start hari ni

      Delete
    2. saya makan 2 cycle je pastu doc suh stop nak tgk progress sbb kalau boleh xmo bergantung semata2 dgn ubt...alhamdulillah besar rahim drpd 20mggu dah kecut ke 14 minggu (nov 2017)...

      bulan depan saya check up, harap2 makin mengecut..tp secara fizikal kalau tgk ke'pregnen'an sy ni, ramai dah tegur....perut kempis skit..hihihi..alhamdulillah

      Delete
  3. Replies
    1. sekotak rm430.70 utk 28 biji

      Delete
    2. Boleh tahu beli dimnana..sbb sya bru beli harganya rm520..di klinik swasta yg doktor pakar O&G suggest

      Delete
  4. Replies
    1. sy jumpa pakar di HUKM :) with Doc Ng

      Delete
    2. Bagaimana nak beli ubat tu? Dah pergi few farmasi tak de. Saya dicadangkan ambil 3 bulan rehat 2 bulan dan continue lagi 3 bulan.

      Delete
    3. ubat hanya diprescribed di hospital di mana puan dapatkan rawatan. setahu saya hanya 3 farmasi je yang jual iaitu hukm, ppum dan hospital prince. (setakat pengetahuan saya pada masa itulah)

      Delete
  5. saya baru start nak makan hari ni rm500 sebulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. start nov 2017, saya dah stop....so far, ok buat masa ni...bulan depan jumpa pakar balik...tgk mcm mana

      Delete
  6. Assalammualaikum...bole sya tau macammana cara pengambilan...adakah kena mula pada hari pertama kita period...atau boleh mulakan pada bila2 masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ws wbt, lepas doc prescribed...saya beli je..mlm tu jugak saya telan..hihihihi

      Delete
  7. Bole saya tao selain ubat ni, dan operate, ada cara lain ke tok hilangkan sembuh dr fibroid ni? Saya smlm br dpt tao. Saiz nya dlm 4cm. Saya takut ngat. Sbb saya nak pregnant. Tolong camne saya nak hilangkan dan sembuh dari fibroid ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry tau sbb baru balas sbb saya bz sgt2 sblm ni....mmg caranya ialah kene operate..ins ha allah, boleh je pregnen ....semuanya dgn izin allah....

      Delete
  8. Can we buy it free or should with prescribed by doctor. This pill is not available in Indonesia, this week i talked about this pill with my doctor. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry for late reply.. you should buy with prescribed by doctor.

      Delete
  9. this medicine have to prescribed by a specialist doctor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a.salamualaikum puan.blh sy tahu puan ada alami kesan sampingan tak ?

      Delete
    2. a.salamualaikum puan.blh sy tahu puan ada alami kesan sampingan tak ?

      Delete
    3. Kesan sampingan tu memang ada... Specially bila kita stop makan ubt utk 2 bulan tu, darah akan keluar dengan banyak

      Delete
  10. hi sis boleh saya tahu nama penuh pakar O&G HUKM DR NG apa ya nama penuh? Pakar rekemen saya mkn ubt ESMYA jg.tapi saya was2 so far sis mkn ok ya kes sis.kes saya mcm kes sis jg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf mimi sbb lambat reply. nak bagi nama penuh tu, macam x sesuai pula saya nak share di sini. lagipun, di HUKm mereka mempunyai sistem yang mana setiap pesakit mempunyai team doc yang tersendiri. contoh macam saya, saya team oren (setiap hari khamis), jadinya sakan akan sentiasa berjumpa dengan doktor2 yang sama team dengan saya.

      Delete
  11. Salam sis... Maaf ye, sy ingin bertanya. Sis still makan ubat ni lg ke? fibroid tu masih ada lg tak? sbb sy br start try mkn ubat ni awl thn haritu.baru abs 3 bln utk cycle pertama. so tgh rest 2 bln. skrg baru start heavy bleeding lbh 15 hari. las follow up masih sama saiz sebelum heavy bleeding ni. masa sis mkn esmya ada pernah keluar ketulan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ws wbt..maaf ana sbb lambat reply. kalau x silap saya, ubt ni dah diberhentikan penggunaannya (sebab yang saya tidak ketahui). kalo masa rest 2 bln tu, mmg akan banyak sangat darah keluar berketul2 dan yes, still remain the same saiz. ubt ni more to stop bleeding je bukan utk resize the fibriod. And, alhamdulillah saya dah recover.

      Delete
    2. Kin, nak tanya. Sy pun dicadangkan ambil esmya. Sy baru start esmya minggu pertama. My fibroid 20 week size. Lps seminggu rasa perut sebelah bawah, lebih kempis tapi macam rasa perut sbelah atas yg kembang. Ada tak tanda-tanda mcm ni? Ada juga rasa denyut2 di perut. Harap dpt share. Tq kin.

      Delete
    3. hi Izzie,
      Kin xda tanda-tanda macam Izzie kena tu. Maybe lain orang lain kesan sampingannya.

      Delete
    4. Asslm Kin. Sy ada fabroid saiz 6.6 cm dan 3.3 cm. Sy xde simptom darah byk time dtg period mlh just pki pantiliner sja, darah skit sja.. doktor suruh buat pembedahan, buang rahim sekali.. sy xnk jg.. klu bleh bedah ni biarlah option terakhir then dktor suggest mkn ubat esmya ni.. bleh thn mahal jg ubat ni.. bgi sy fabroid sy ni xde la dtgkn mslh cuma sejak ada fabroid ni, darah period sy skit sgt..cuma sy nk tny, fabroid sis x kena buang ke? Then saiz fabroid tu tak berubah ke wlu sdh mkn esmya ni?

      Delete
    5. ws wbt Rohai, kalau ikut pengalaman saya sepanjang makan ubt ni, doktor sarankan saya makan sebab utama kerana hendak berhentikan pendarahan saya yang terlampau banyak. Dalam kes Rohai, saya rasa macam xde masalah sangat kalau setakat darah sikit je (untungnya)... Dan, yes option terakhir tu..biarlah pembuangan rahim..yang ni kena betul2 tanya doktor ..pro and con and Rohai sendiri sudah bersedia (nak anak lagi tak, pembuangan rahim yg mcm mana..semua ke separa ke rahim je ke...saya x igt terms doktor, adakah kena makan ubt hormon lepas buang rahim ke) Sebab apa2 masalah yang berlaku dalam rahim kita ni(kalau kritikal), mmg option terbaik ialah kita sendiri kena buang(sobs sobs)sebab rahim kita ni antara organ yang mempunyai sistem pembuluh darah yg kompleks kalau x silap saya....Esmya? for me, boleh try tapi pada pendapat pribadi saya selama 3x cycle saya makan....it didn't help at all....setakat 2 bln hentikan pendarahan then melimpah 2x ganda darah ...and also, saya akan mendapat sakit perut mcm nak mati (sorry for describing this), macam susah nak bernafas, berpeluh2, pening, pitam, macam nak pengsan...saya akan rasa macam tu bila saya hendak membuang air besar....(tapi bukan tiap kali nak membuang, sekali sekala kena,tapi azab bg saya)

      Delete