Monday, January 16, 2017

..the unplanned...


Assalamualaikum dan salam ceria...

Lama benar aku tak update blog ni. 2 tahun kebelakangan ni memang mengalami sedikit krisis menulis di samping mempunyai penyakit sampingan iaitu 'M' iaitu malaslah!!! Hahaha..apalagi kan....

Semalam planned sebenarnya nak ke Sungkai bagi memenuhi jemputan keluarga angkatku. Hampir 18 tahun kut tak berjumpa so why not kan? Tapi disebabkan ada sedikit salah faham terhadap lokasi sebenar...Dari Sungai Besi ke Sungkai tapi map membawa kami ke Tanjung Malim, masing² dah fed up. Lastly, selepas mengalas perut yang dah lapar di Tanjung Malim, kami bergerak menuju ke destinasi masing² untuk pulang. Kami decided nak ikut jalan dalam menuju ke Kuala Kubu Baru meanwhile parents aku nak ikut highway balik Gombak.

Di Batang Kali, singgah sebentar nak melawat makcik dan nenek aku. Sekali mereka dah tidur kepenatan (pagi buat majlis doa selamat), called x berangkat dan panggilan tidak disahuti...Kami pun ad hoc plan menuju ke Genting Highlands (alang² dah dekat kans)

Sebenarnya, dari tahun lepas Hamizan merengek nak naik cable car tapi malas la plak. Tapi disebabkan semalam semua dah frustrated, moh la kita ke Genting Highlands.


Awana Skyway, Genting Highlands

Rupanya cable car dah bertukar kepada yang baharu. So, yang last year viral tu benar belaka ( kami dah pi pun last year tapi sebenarnya tak siap lagi dan Q panjang sangat² dengan limpahan pelancong daripada China). Sekarang nama cable car tu Awana Skyway. 

Ingatkan tempat cable car ni di tempat yang sama rupanya berhampiran dengan Gohtong.(kalau tak silap) Tempat parking kereta aku rasa dalam 8 tingkat. Dan masih dalam construction lagi specially di parkir bas. Selepas membeli tiket yang berharga RM8/sehala, kami pun memulakan journey. (Hamizan's journey sebenarnya...kui kui)

#AwanaSkyway, Genting Highlands

Dari tempat parkir menuju ke cable car memang ambil masa menaiki tangga (ala escalator ade). Agak jauh tapi bagi yang muda² ni mungkin takde hal la kan. Bertingkat² ok. Toilet pun not bad (yang best ada paip...hahahaha). Aku rasa dah macam masuk airport or TBS je. Siap ada polis bantuan, tempat scanning bags/luggages dan siap kena ukur kebesaran luggages in case tak ikut standard ( if not, kena bayar lebih muatan)

Maksimum 1 gondola ni 10 orang tapi ni berlima, mereka sumbat lagi 3 orang pelancong dari Korea. Padahal boleh je nak naik kami berlima sebab bukan ramai orang pun. Ok, bagi aku takdelah tinggi sangat macam skyway yang lama ( ke perasaan aku), pastu sekejap je dalam 10 minit gitu (yang lama dalam 20 minit kalau x silap) dan ada dua perhentian stesen.

#AwanaSkyway, Genting Highlands

Takde muzik² macam gondola lama...Kira gondola ni smooth skit la. Bunyi rope tu perlahan la. So far so good. Ada dua stesen yang aku mentioned iaitu Chin Swee Station dan SkyAvanue Station. Kira ada dua pilihan samada nak naik di Awana Station or di Chin Swee Station.


Kalau berkemampuan, boleh pilih glass-bottom gondola dengan bayaran RM50/ride. Hahaha...makcik x mampu ok. Sepanjang 10 minit perjalanan ni, boleh nampak pemandangan yang dilalui oleh kenderaan darat. Kira yang lama tu nampak pemandangan hutan dan sajian aneka patung² binatang (aiishhh x reti nak explained apa menda tu..huhuhuhhuu)

Sebenarnya outdoor theme park sampai sekarang belum siap² lagi even dulu kata by April 2016 dah siap. Just wait and see lah. And of course kena jangka harga tiket bayaran masuk tu nanti kompem kebabom....hohohoho.

#AwanaSkyway, Genting Highlands Premium Outlets

Bila dah sampai, perghhh....Totally different dan memang sangat lawa. Berapa billions la agaknya ni... Hahaha.... Screen lampu besar menyambut ketibaan kami. Oh yea, tempat ni dinamakan Genting Highlands Premium Outlets (GHPO). Masih dalam construction dan ada yang dah siap. ID memang sangat lawa, tempat baru kan.....

Lupa nak mentioned, masa on the way nak ke parking di Awana Skyway tu, masjid dah ada. Dulu rasanya xde lagi kut. Toilet dalam GHPO pun ada paip. Sibuk je nak mentioned paip ( kita di Malaysia, senang nak mencuci...hahahaha). Selepas beberapa jam round, Hamizan dah nak ajak balik sebab mission dia hanya naik cable car je. Hahaha....

#AwanaSkyway, Genting Highlands

Disebabkan hujan lebat sangat, kami hold dulu nak naik gondola. Seriau plak kalau fikir yang bukan². Tapi masa nak balik tu, memang berkabus putih sahaja dan hujan masih lebat (tapi tidak selebat sebelum tu, takmolah aku dapat² lagi kalau ade kilat ke petir). Disebabkan ruang di sini besar, aku dapat accomplish steps aku sehingga 7k. Hahahahaha...Poyo... Tapi yang paling penting, Hamizan tersenyum puas hati. OK, esok sekolah yea...Boleh pulak request nak repeat naik lagi... Kopak mak ko oiii....

Ok, boleh naik lagi kalau dah siap sepenuhnya...eh ye ke...kui kui........


No comments:

Post a Comment