Tuesday, September 6, 2016

cara-cara buat nasik lemak yang memang sedap dan nampak sedap dalam gambar


Haaa...kali ni aku nak share resepi nasi lemak yang memang sedap dan nampak sedap dalam gambar..Chewaaahhh (ambil punch line sis Rozie Aziz)....kikiki


Kalau ikutkan, banyak je resepi nasi lemak bersepah²..Kalau malas nak masak, boleh je beli di mana²....Tapi disebabkan anak² dicutikan daripada sekolah sebab budak² darjah 6 mengambil peperiksaan UPSR, dan kebetulan pula aku membeli petai daripada jiranku.....

Mula² memang nak masak sambal sotong petai je pastu alang² budak² ni ada di rumah, bertukarlah kepada menu nasi lemak. Dengan gigihnya jam 5.00 am aku dah terpacak di dapur.....

Bahan-bahan tumisan

  • 3 ketul bawang merah - dihiris
  • 3 batang serai - ketuk je
  • 3 helai daun pandan - simpulan kasih je
  • 3 inci hali - dihiris
  • Setengah biji santan kelapa
  • Butter - agak² je ..janji leh ditumis


Cara-cara

  • Basuh beras bersih² sambil selawat (ambil berkat) dan toskan
  • Tumis bahan² tadi dengan butter sehingga naik bau wangi
  • Masukkan santan..reneh sekejap
  • Masukkan air -  aku pakai nisbah 1 santan : 3 air (agak² je sebab beras kita berbeza kan.....)
  • Kacau sehingga sebati
  • Masukkan beras tadi untuk ditanak


Sambil² tu bolehla nak merebus telur ke...Atau mencelur sayur kangkung

Untuk kangkung, antara tips nak bagi kangkung nampak segar bugar cantik menarik tertawan....Bila air rebusan dan mendidih, masukkan sedikit garam dan gula. Sebenarnya gula tu yang akan membuatkan sayuran kita bila dimasak nampak segar dan menyelerakan. Cubalah nanti..... >__<


Sambal Sotong Petai


  • 3 ketul sotong getah
  • 1 bawang besar 
  • 2 papan petai dipotong ikut suka
  • Gula Melaka
  • Cili kisar
  • Garam
  • Asam Jawa


Cara-cara


  • Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu cili kisar 
  • Tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan bawang merah dan petai
  • Masukkan gula melaka (2 sudu besar* ),   garam secukup rasa  dan pes asam jawa (1 sudu besar )
  • Masukkan sotong sehingga masak

* gula melaka ni aku dah siap² jadikan dalam bentuk cecair..Senang nak masak kekdahnya


Tada....Senang je..Tak sampai 1 jam dah abis masak sampai en. somi balik keje pun tak sedar. Lama dia terpacak di depan rumah..kah kah kah....Siapa suruh tak bawa kunci mangga. Nasib baik aku ke ruang makan untuk letak hirisan timun jepun......Aku suka timun jepun sebab tahan lama dan rangup.

nasi lemak sedap, nasi lemak sambal sotong, sambal sotong petai

Sila menjamu mata....Inilah nasi lemak yang memang sedap dimakan dan nampak sedap dalam gambar...hahahaha.....

Antara dialog aku dan Hamizan

H : Mama, nanti mama buat nasi lemak banyak²...Adik nak jual kat sekolah dengan kawan² adik

Me : (terdiam)....erkkkkkk

Mak ko ni perlu ada supplement untuk penyakit M. Hahaha....Aduyai anakku.....