Monday, January 18, 2016

5K


Assalamualaikum.....

5k fun run merupakan salah satu KPI tahun 2014. Chewah...Poyos kan tapi disebabkan hot la jugak my sis asyik tepek pix pegang medal kan....Masalah negaranya, aku ni dah lama stop berkecimpung dalam sukan. So, gituhla kisahnya nak target...by 2014..aku dah berlari marathon..at least 5k pun jadiklah kan daripada zero.

So, bermulah acara untuk mencapai KPI....Dengan Syasya dan Sara aku paksa depa join skali..Hahahhaaha.... En Somi dan Hamizan jadi pom -pom boys ajelah.

And, not bad bila dapat abiskan 5K dalam jangkamasa di bawah 40 minit. Oklah untuk aku yang bukan fit ni kan......hihihihihihi

Monday, January 11, 2016

Dulu lain, sekarang dah lain : Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak




breastfeeding, bf

....kisah aku pada 2007....

Aku bawa bag menyusu je kalau ke opis...Masa tu nak pi cari port mengepam..Surau plak jauh bebenau....Terserempakla dengan seorang pegawai atasan dan veteran .....Lalu dia pun tegur aku....

 " Nak pi pam susu ke?"

 Aku pun jawablah iya sbb mmg nak cari port mengepam pun

 Leh bayangkan tak dia balas apa?????

 "Meh abg (dan² dia tuko pada abg..pangkat lg tinggi daripada aku..memang aku x respek dia pastu..sorryla) tolong isapkan nenen tu"

 Korang  rasa apa???

Sexual harassment betuiii



*************************************************************************
Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?

Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.

Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung...

Ustaz:  apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:

1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب
Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara

2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور
Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.

3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور
Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.

4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم
Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.

Dalil² ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka. Menjaga wanita dari didiskriminasi dan dieksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi Agama. Maka jangan la membuka ruang dieksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi.

sayangi diri dengan sifat malu dalam diri


Wednesday, January 6, 2016

trip of the year 2015 ~Perhentian Island~


Baru nak plan

Plan asal nak ke Pulau Perhentian adalah idea daripada Huda yang sangat² teringin nak menjejakkan kaki ke sana. Aku macam biasa on ajelah kalau kewangan mengizinkan. Boleh last minute (bulan Februari) Huda baru nak habaq mai nak ke sana padahal dari tahun lepas dia dah suarakan pendapat dia tapi sepi macam angin lalu je bila aku tanya berkali² masa akhir tahun 2014. Plan nak pi masa waktu puncak orang bercuti panjang (kebetulan pilih 1 May – yang jatuh pada hari Jumaat). Opkos banyak chalet yang dah fully booking even baru bulan Feb ok!

Akhirnya, memang rezeki aku dapat jugak pakej sempoi dan murah. Yang penting boleh berjimba². Sekali, ayah ibu aku kata nak join sekali. Cuak dah sebab chalet tu sempoi untuk backpackers je. Depa kata as long as toilet ada dalam bilik, so depa ok aje. So, memang okla kan......Kami pergi satu family macam pi ke Bukit Merah bulan Mac lepas.

Dari Gombak Ke Kuala Besut

Plan asal nak bertolak jam 8 malam tapi disebabkan jem teruk, maklumlah KL kan.. Akhirnya hampir jam 12 tengah malam juga la kami bertolak dengan sewaan van. Kali ni takmo drive, guna khidmat van beserta pemandu. Disebabkan kami ni 12 org termasuk kanak², 2 orang adik aku yang lelaki join another van yang kebetulan pergi dan balik seiring sejalan dengan kami ke Pulau Perhentian.

Pemandu van kami ni hampir seusia ngan ayah aku. Boleh pula nak terbabas van kat karak sebab dia mengantuk. Memang laki aku kena berborak² la bagi nak hilangkan mengantuk. Dan paling BEST dia ikut jalan dalam ....Aduyaiii aku ni bajet nak sampai awal (tak sabar² kan) sebab another van dah sampai awal sebab ikut lebuhraya LPT.


Pulau Perhentian kami sampai...!

pulau perhentian


Sesampai di Kuala Besut, keseronokan dan keriangan anak² dari wajah mereka tidak dapat disembunyikan. Begitu juga dengan kami yang dah besar panjang ni, and of course dengan aku skali. Huhuhu....Rasa macam nak terjun je. Hilang segala kepenatan.

pulau perhentianDisebabkan pemandu kami seorang otai Kuala Besut, penantian kami di jeti memakan masa hanya 20 minit je masa menunggu jika nak dibandingkan dengan para pengunjung yang lain. Lama depa tunggu turn tapi kami yang dapat naik boat kami dulu. Otai called owner boat (pakej kami), suh mai amil cepat². (kami dah x sabau² dah ni)....hihihihihi......

pulau perhentian

Dalam perjalanan ke Pulau Perhentian Kechil, tetiba aku rasa seram sejuk apabila melihat kebanyakan chalet² di situ terletak agak jauh dari pantai…Siap ada jauh bertingkek-tingkek (kena naik tangga la ni dalam erti kata lain)..Sebab apa aku seram sejuk, sebab baru teringat yang aku ni main hentam je booking tempat tanpa bertanya..Janji murah je..hohohoho..Lupa yang ibu aku ikut sama…Sesampai jeti, selepas aku called owner…alhamdulillah….chalet kami betul² di tepi pantai…Yeay!!!!!!

Day 1

pulau perhentian

Selepas meletakkan barang² di dalam bilik masing² (bilik orang back packers je), berehat dan tidor sekejap, petang tu kami bercadang berjalan² di sekitar pulau sambal mandi la…apalagi kan???? Hihihihihihihi….Kami konon²nya nak panjat tangga ke Kincir Angin..hiking la konon….Pi pun dah dekat jam 6 petang, memang mandi ajelah di Long Beach. Ayah pulak ikut kami…

“Eh kata nak hiking ke kincir angin…?”

“Tak jadilah ayah…tengok laut cun melecun…!” aku pun terus terjun mandi…hohohohohoho..tak senonoh…..

pulau perhentian

Cun weh Long Beach!!!!!


Day 2



pulau perhentian

Sehari suntuk kami pi snorkeling......Best!!!! Sebab memang sangat jernih airnya. Memula ibu takmo ikut,....konon² nak lepak chalet je....pujuk punya pujuk...ehm...ibu pun enjoys gaks kan....Hampir jam 6 petang kami sampai di chalet kami semula.


pulau perhentian

pulau perhentian

Day 3

As usual, pagi² dah bersiap nak mandi manda di Long Beach....Alhamdulillah..memang best! akhirnya jam 2.00 petang, kami mengucapkan selamat tinggal Perhentian....Jikalau ada rezeki lagi, kami nak repeat lagi..Maybe pi ke chalet di Perhentian Besar pula........Missed Perhentian.....