Tuesday, December 22, 2015

Taman Botani Negara Shah Alam


The unplanned .......

Memang tidak dirancang ke Taman Botani Negara Shah Alam atau nama lama/glamernya dulu adalah Taman Bukit Cahaya Cerakah kalau tak silap aku.....Plan asal nak tengok Dilwale ngan kawan aku tapi tak jadi pulak....So, dapat idea nak ke sini sebab sebelum² ni memang dah berjanji dengan anak² nak ke rumah salji tu sebab nak bawa ke luar negara main salji memang sangat tak mampu la kan... Hatta nak main salji ke I-City or Genting Highlands pun aku fikir 3 4 ratus kali.....Hahahaha...

Taman Botani Negara Shah Alam

Time nak pi pun dah dekat tengahari...Yang best, tetiba kata masa kat kaunter tiket; hari ni kalau nak masuk rumah 4 musim percuma..Percuma ok? Aku siap bertanya kenapa hari ni percuma.....(banyak  tanya la plak kan......) Seusai beli tiket, kami menunggu bas untuk dibawa menerokai Taman Botani Negara Shah Alam ni.... Mak aihh luasnya....Last jejak kaki ke sini adalah masa aku bersekolah rendah......

Taman Botani Negara Shah Alam

Sesampai di rumah 4 musim, then baru aku tahu kenapa dapat percuma hari ni...Kuwang kuwang kuwang.....Hanya dapat tengok di pintu kaca sahaja sebab alasan pekerja tersebut sebab ais cair. So, tak dapatlah nak masuk ke dalam....Hamizan dah tarik muka..Cian ko nak,....Ada rezeki, kita mai lagi yea.......

Taman Botani Negara Shah Alam

Untuk ubati kesedihan Hamizan ni, kami tunggu bas lagi untuk ke Taman Haiwan. Terubat jugalah specially bila dia dapat memberikan makan kepada rusa-rusa di sana. Boleh pulak cabut rumput dan bagi makan...Aduyai....

Taman Botani Negara Shah Alam


Sebelum nak balik, Hamizan requested nak naik basikal 2 orang tu. Penat dan jenuhla nak melayan... Kali ni tarik muka panjang skit. Selepas mengusha di sawah padi, en somi pun tunaikanlah hajat. Memula naik dengan akaknya, tapi akaknya malas nak melayan sangat. Sudahnya nasik dengan en somi la....Sementara menunggu depa naik basikal..(lagipun dah nak tutup pun), baik aku duduk² bersama Syasya dan Sara sambil menghilangkan dahaga.


Seusai solat di Masjid Salahhudin Abdul Aziz, kami berhenti makan di cafe di tepi tasik. Servis memang lambat even view cantik. Kitaorang dapat tempat duduk bersila dengan dinding kaca. Pastu, mula la pulak Hamizan requested again nak naik boat yang ada paddle tu. Huhuhuhu....Next time la yea adik sebab masa pun dah nak masuk maghrib. In sha allah, boleh pi lagi. Banyak tempat rekreasi yang menarik di Shah Alam ni sebenarnya even nak sukan ekstrem skit bolehlah cuba Skytrex. Ok, sekian........hihihihihi..........

Monday, December 14, 2015

.: I Believe I Can Fly!!! :.

Tandem Paragliding Kokol,Menggatal, Sabah.

Antara daya tarikan terbaru dan menarik di Sabah adalah tandem paragliding di Sabah. Ada 2 tempat iaitu samada di Bukit Kokol, Menggatal atau di Kompleks Sukan Ranau. Mula² aku nak try di Ranau, tetapi selepas berunding, mereka mencadangkan di Bukit Kokol...Lebih trill, adventure dan view yang lawa. Oklah, lagipun aku fikir aku di Ranau pun bukan lama sangat. Kalau di Bukit Kokol tu ok lagi sebab tak berapa jauh sangat pun dengan Kota Kinabalu.


Finally, apa yang dihajati tercapai. Bertolak jam 2.00 petang dari tempat pertemuan/pendaratan menuju ke Bukit Kokol dengan menaiki van yang telah disediakan. Pergh nak naik ke Bukit Kokol tu mencanak jugaklah. Nasib naik dengan kenderaan yang disediakan...Kalau tidak, memang semput tak boleh nak naik. Nak naik Mersilau pun semput apatah lagi Bukit Kokol ni.

#Paragliding, #Sabah, #Bukit Kokol, #Tandem Paragliding



Sesampai di sana berhampiran dengan Kokol Haven Resort, kami kena menapak selama lebih kurang 10 minit dengan berjalan kaki menuju ke atas bukit. Sesi menapak disertai oleh si Ciko. Menurut Kimi, Ciko ni menjadi jinak selepas mereka memberikan Ciko makan. Jadinya, Ciko membalas dengan menemani/escort kami semua menuju ke atas bukit.

Sesampai di atas bukit, perghhh saujana mata memandang. Memang sangat tinggi Bukit Kokol ni. Sementara nak tunggu persediaan paragiling, sesi bergambar dan sesi taklimat diadakan. Selepas mendengar sesi taklimat, aku macam nak tarik diri pun ada ok selepas melihat di mana tapak kitaorang nak take off.... Hahahhahaha.....



#Paragliding, #Sabah, #Bukit Kokol, #Tandem Paragliding

Hampir setengah jam menunggu angin (masa tu dah redha if angin takde, kita balik je) dan 2 kali jatuh (kasut licin dan nervous giler la....bawah tu gaung kut!) Aku siap bertukar/pinjam kasut dengan Kimi sebab tapak  kasut aku tu licin ok...(alasan kan) Dah le jatuh kali kedua mcm nangka busuk....

Hampir setengah jam menanti, angin datang tiba² dan sepantas kilat aku dah terbang!!!!!! WOOOOOWEEEEE.....Totally amazing dan subhanallah....



#Paragliding, #Sabah, #Bukit Kokol, #Tandem Paragliding

Kaedah yang aku naik ni dipanggil Tandem Flight iaitu terbang sebagai penumpang dan ada 'driver' atau dikenali sebagai tandem master yang akan membawa kita terbang. So, Tandem Master aku ni dikenali sebagai Mr. Chris. Orang yang kaya budi bahasa dan sangat profesional. Boleh bercakap pelbagai bahasa ibunda Sabah. Dengan En. Somi mereka berkurapak Brunei la. Aku tukang dengar la. 

Ketinggian sebelum take off adalah 780 meter atau 2600ft manakala jarak mendarat adalah sejauh 6km. Tapi masalahnya baru seminit take off, aku dah mabuk ok!!! Tak penah² aku nak mabuk eventhough aku ni seorang penggayat...Muahahahahaha.....

Hampir 15 minit di udara, kami landing dengan selamat walaupun pada mulanya aku rasa macam nak landing atas bumbung rumah orang je....Sementara nak tunggu van turun dari Bukit Kokol dan mengambil kami berdua, aku memang duduk sahaja la..Kalau bangun, rasa macam nak muntah. Warrghhh....


video

Sesiapa berminat untuk mencuba at least sekali seumur hidup, mehla try di Sabah. Kalau di semenanjung, menurut Kimi...di Jugra, Gunung Jerai..tapi nak dekat boleh try di Kuala Kubu Baru. Menurutnya, itu lagi best berbanding Jugra.

Terima kasih semua. Botol air  mineral sejuk  dan biskut disediakan untuk para penumpang. Memang tip top servis!!! Tidak lupa juga kepada En. Somi yang sangat² memahami wife yang banyak songeh ni. Bak kata dia, mengalahkan orang Sabah je aku ni..hahahhaa...       ( aku yang over nak try semua di Sabah)



#Paragliding, #Sabah, #Bukit Kokol, #Tandem Paragliding
Terima kasih Mr. Chris. Maybe one day we will meet again..(amboi, tak serik tu..hahahahahahhaa) Siuk bah!

** actually nak tandem bertiga bersama Hamizan, tapi menurut Mr. Chris; keadaan angin yang sedikit akan menyukarkan pergerakan di awangan dan paling teruk semasa nak landing. Takut Hamizan terpatah kakinya. Next time yea Dik kita naik bersama.......



#Paragliding, #Sabah, #Bukit Kokol, #Tandem Paragliding
Bolehla hubungi Mr Chriss Lammert untuk booking yea!!!!

Sakit Tumit



Sejak akhir² ni aku mengalami sakit tumit terutamanya di kaki kanan. Bukan jenis yang bangun dari tidur, nak pijak sakit tu. Sakit tumit aku ni yang sentiasa sakit je…Non-stop sakitnya…Rasanya dah berbulan² sakit tumit sampai nak berlari fun run pun terpaksa berjalan laju ajelah aku ni.

So, ini antara artikel yang aku dapat kongsikan untuk diri aku dan semua:

Sakit di bahagian tumit atau tapak kaki sering berlaku.

Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak

Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.

Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?

Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.

Bagaimana mencegahnya ?

Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai

Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur

Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?

Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.

Bagaimana merawat dan mencegahnya ?

  • o    Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat.
  • o    Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Ia juga boleh dilakukan selepas bersenam atau berjalan jauh kerana aktivi fizikal seumpamanya boleh juga mendatangkan kecederaan pada tisu tanpa kita sedari.
  • o    Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
  • o    Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
  • o    Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata.
  • o    Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan.
  • o    Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics


Apakah fungsi tuam ais atau sejuk ?

Ia dapat mengurangkan radang dan mengurangkan rasa sakit.
Bagaimana melakukannya ?
– balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau
– bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . Mudahkan ?

* nota ini sebagai panduan sahaja. Jika anda mengalami masalah tersebut – rujuklah doktor anda untuk pemeriksaan dan rawatan sebenar
Sumber : https://imfcare.wordpress.com/2012/05/03/sakit-tapak-kaki-dan-tumit-bagaimana-mencegahnya/

Artikel kedua ; Sakit Tumit : Punca dan Penyelesaian

Kebiasaannya, sakit tumit ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

-paling sakit apabila bangun dari tidur atau ingin memulakan pergerakan kaki dari duduk atau berdiri yang lama
-sakit akan mula hilang dengan pergerakan kaki (jika terlampau teruk sakit tidak hilang)
-tiada bengkak atau tanda merah pada tumit
-tiada trauma yang berlaku pada tumit
-Sakit tumit boleh didefinisi dengan pelbagai punca. Namun begitu punca yang paling biasa ialah 'Calcaneal Spurr'. Kebiasannya, apabila berjumpa dengan pesakit yang mengadu sakit tumit dengan simptom-simptom di atas, saya tidak akan melakukan x-ray (untuk melindungi pesakit dari radiasi tidak perlu). Jikapun xray dilakukan, apa yang kita nampak ialah tulang kecil yang tumbuh di tulang tumit kita.

Apa itu Calcaneal Spurr?



  
Calcaneal spurr ialah tulang kecil (bony spurr) yang tumbuh pada tulang tumit (tulang calcaneum) kita. Pertumbuhan spurr ini berlaku secara fisiologi akibat geseran dan tekanan yang berpanjangan dan berterusan antara tulang calcaneum dan tisu serat sekitarnya. Ini akan merangsang pertumbuhan spurr yang tidak mengikut 'allignment' tulang asal. Spurr akan tumbuh umpama duri di dahan, menekan tisu serat dan otot di tapak kaki (tumit) kita.

Semasa tidur atau duduk dan berdiri lama, spurr akan menekan tapak kaki kita disatu titik yang sama. Ini akan mengakibatkan kawan berkenaan tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang sepatutnya dan menimbulkan kesakitan. Dengan pergerakan, spurr tadi tidak lagi duduk di titik tetap, kawasan tersebut mula mendapat bekalan darah dan oksigen yang sepatutnya dan kesakitan akan mula hilang.

Apakah cara merawat Calcaneal Spurr?

Dikebanyakan masa, doktor tidak akan membedah buang spurr yang tumbuh tadi melainkan ia terlalu besar dan signifikan sehingga menyakitkan tumit sepanjang masa. Ini kerana kesan pembedahan itu sendiri akan menimbulkan pelbagai gejala kesakitan yang lain. Jadi apa yang kita lakukan ialah:

1)Membekalkan ubat tahan sakit
2)Merujuk pesakit pada Jabatan Fisioterapi (untuk mengurangkan kesakitan)
3)Memberi sedikit petua untuk pesakit apabila dirumah

Petua untuk pesakit:

-apabila bangun dari tidur, jangan terus bangun untuk menapak, tetapi mulakan dengan senaman tapak kaki. Pusing dan gerakkan pergelangan kaki beberapa kali. Dengan cara ini, bekalan darah dan oksigen akan mula sampai ke kawasan yang ditekan spurr tadi.
-begitu juga apabila mahu memulakan pergerakan dari duduk dan berdiri yang lama
-mulakan menapak dengan hujung kaki (bukan tumit) dengan perlahan dan berjalan seperti biasa
-rendam kaki dengan air suam (terpulang jika mahu merendam dengan air suam campuran herba dan sebagainya)


Semua diatas banyak membantu dalam mengurangkan kesakitan spurr.



Sumber : http://akudoktormuslim.blogspot.my/2014/11/sakit-tumit-punca-dan-penyelesaian.html?m=1