Keindahan & Keunikan Alam Tasik Banding, Gerik, Perak

By kin - June 19, 2015


Assalamualaikum wbt & Salam Ceria...


Sejujurnya apabila mendapat tahu program ala² kem motivasi bakal diadakan di Tasik Banding, Gerik, Perak, aku rasa tersangat² nak menjoinkan diri apatah lagi termasuk dalam 3 hari berkursus. Cumanya, agak malang sebab diadakan pada cuti umum iaitu pada masa sambutan Tahun Baru Cina. Tapi tak mengapa, memandangkan bos pun dah bagi green light dan 3 hari berkursus (sebab susah nak dapat pelepasan hari bekerja untuk attend berkursus), tutup mata sebelah ajelah. Bos di rumah pun dah bagi green light, apalagi...kita packing dulu .... (bab packing ni aku suka  last minute..sedar² takde beg sesuai..sudahnya aku bawa beg org baru balik drpd haji..kui kui..padan dengan muka!)


Kami bertolak jam 7.30 pagi pada 18 Februari 2015 menuju ke Jeti Perlilitan Hutan Belum. Perjalanan diiringi dengan bacaan doa dan pelepasan bendera oleh Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni). Kami berhenti 2 kali untuk makan pagi di RNR Rawang dan RNR Sungai Perak untuk makan tengah hari. Bak kata Mejar (B) Rosli, orang perempuan ni kalau berhenti rehat dan nak naik bas..tangan kiri kanan penuh dengan makanan... Opsss... hahahah aku lah di antara tu. Specially di Sungai Perak, membeli buah-buahan la..Sedap dimakan time musim panas gituh.
#RoyalBelum; #travelog; #candyminimal; #TasikBanding
muka teruja!!!
Sesampai kami di jeti dalam jam 2.00 petang. Hoh nak angkut beg balik haji ni..aduyaiiii...tobat rasanya pasni....Napa la tak bawa aje bag backpack? So, kami kumpulan gals power ni naik bot dulu menuju ke Tasik Tanjong Palok. Macam nak terbang la topi dibuatnya dalam jangkamasa perjalanan yang memakan masa lebih kurang 15 minit ni.

Sesampai di penginapan lima bintang kami....Memang sangat mengujakan! Maklumlah penginapan yang sangat rare untuk didiami untuk zaman kini ni kecuali kalau dah biasa tidur di perkampungan orang asli/pedalaman. 
#RoyalBelum; #travelog; #candyminimal; #TasikBanding
penginpan unik 5 star kami


Sebenar-benar kisahnya, ibu aku memang tak kasi aku pi sini tapi aku kan degil, nak jugak...Sebabnya, aku pernah ke sini tapi bukan di Tasik Banding tapi lebih menuju ke kawasan perkampungan orang asli yang perjalanan menaiki bot tu memakan masa berjam-jam lamanya. Balik daripada situ (duduk situ 2 minggu, aku kena malaria...hohohohohho...macam² kisahla..dengan kisah pak belang la....)

Water Confident & Berkayak

Aktiviti petang kami dipenuhi dengan aktivti water confident dan berkayak. Cara nak masuk tasik tu aku seriau sebab bukannya nak terjun dari depan tapi kena depakan tangan dan jatuh dari belakang. Yang lawak tu, sebaris hanya 5 orang je...Dengan kiraan 1,2 dan 3...kena jatuhkan badan...Tup-tup aku je terhegeh² tak jatuhkan badan..hahahahaha..And opkos pakai life jacket maa. Tapi jauh dari sudut hati..Memang ada sedikit keseraman sebab aku dok bayangkan ikan² toman set² besau ngap kaki aku...Macam yang pernah ku lihat semasa di Tasik Kenyir.....
#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

Tapi ramai je yang berani (budak² le bukan mak budak macam aku) sanggup berenang ke pulau sebelah. Ada yang lagi berani mati, berenang jauh menuju ke arah jambatan. Gilo apa....? Hahahaha.... Ada juga yang berkayak menuju ke arah jambatan...Haaa itu boleh diterima la jugak kan.....Aku and geng berenang dokat² cukuplah. Mau tak rasa seriau memandang kes banjir besar di Kelantan tu, paras air di sini masih lagi tinggi. Ikutkan tempat kami tu ada 20 anak tangga ke bawah tapi disebabkan paras air meningkat, satu anak tangga pun tak nampak......


Bacaan Yassin & Taklimat Jabatan Perlilitan

Oleh kerana malam pertama kami tu malam Jumaat, kami mengadakan bacaan Yassin seusai solat jamak dan diteruskan dengan taklimat oleh Jabatan Perlilitan. So, tadahlah telinga mendengar sejarah dan cerita² yang dikabarkan oleh En Abas.
#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

Sebelum kami melabuhkan tirai mata, supper ada disediakan. Jangan tak tahu kat sini makan berkali². Yang penting, kitaorang tak perlu masak. Ada juga meneruskan aktiviti memancing dalam kegelapan dan ada juga yang meneruskan aktiviti pecahkan anak tekak. Aiyaaaaa....bingit telinga wooo.. Kalau suara sedap, bolehla diterima..Aku dah terlelap tetiba boleh gelak² sebab lawak gila suara yang disumbangkan itu. Tak semena² tetiba hujan lebat turun mencurah padahal menurut En. Abas; sudah 3 minggu tidak hujan... See...? Sumbang tak sumbang gamaknya.....

Sira Gajah/Salt-Lick

Aktiviti diteruskan lagi pada hari kedua. Mengikut tentatif, sehari suntuk kami akan berada di dalam bot meronda sekitar Empangan Temenggor ni. Lawatan pertama kami ialah menuju ke tapak Sira Gajah yang memakan masa almost 45 minit dari pulau penginapan kami. 
#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding
Untuk makluman, sira garam atau lebih dikenali nama tempatan jenut merupakan tempat di mana binatang² liar mendapatkan garam mineral yang terdapat di kawasan tersebut dengan menjilat garam² mineral di situ.
#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

Jam 8.30 pagi kami bergerak menuju ke tapak sira gajah. Subhanallah!!! Pemandangan sepanjang pemanduan menaiki bot tersangat² ohsem!!! Dengan berlatarkan air yang kehijauan, langit yang membiru, memang tepat tempat ni digelar permata hati Perak. Sebelum sampai di sira gajah, kami melalui Limestone Island atau dikenali sebagai Pulau Batu Putih. Menurut adik ensem (driver bot kami tu)  kami di celah² bongkah batu ini terdapat tumbuhan yang masih hidup wujud di zaman Dinosours berusia lebih 400 ribu tahun. Sebelum kami sampai di Pulau Batu Putih, kami melalui  kolam ternakan ikan Trapia/Talapia yang diusahakan di sini. Ikan ini berwarna hitam dan mempunyai saiz agak besar dan mempunyai rasa yang agak manis dan isinya lembut! Menurut adik ensem kami ni, ikan² ni biasanya dieksport ke luar negara. Tak dapatla kami nak merasa.....

#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

Kami terpaksa menapak lebih kurang 15 minit menuju ke tapak sira gajah ni. Well, sangatlah curam (kalau turun) tapi masalahnya nak naik ke atas ni. Ku pandang di hadapan, semuanya set² veteran 50an...Ku pandang belakang....Adik² 20an...Hohohoho..kena gagahkan diri jugaklah ni. Sakit semua urat sendi. Sambil² tu, En. Abas ada menerangkan yang di dalam hutan ni ada cctv !!! Wah, advanced...Untuk melihat habitat haiwan liar kan... Harimau pun pandai selfie apa......
#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

Selepas melawat tapak sira gajah ( ada kawasan yang baru je dilalui oleh gajah dan memang dalam hati sebolehnya aku doa takmo terserempak ngan tok gajah ni...kalau naik minyak mau naya aku....) Kami meneruskan perjalanan turun dan berehat sebentar untuk minum pagi (bekalan kami bawa). Sambil² tu Kol. (B) Soffian menerangkan pengalaman beliau semasa di hutan ini semasa menentang komunis dan bagaimanan jejak yang komunis buat menggunakan tin, paku, kayu dan menda² tajam boleh mencederakan/maut kepada askar yang terkena jerat tersebut.

Empangan Temenggur


Perjalanan kami diteruskan lagi dengan menuju ke Perkampungan Orang Asli Chewah yang bersuku Jahai. Sebelum itu, adik ensem membawa kami melihat² dahulu suasana dan menerangkan sejarah sedikit sebanyak kejadian empangan Temenggur ini. Asalnya sebelum empangan ini dibina, terdapat perkampungan Melayu iaitu Kampung Temenggur Lama yang telah ditenggelamkan bagi tujuan pembinaan empangan. Makanya, mereka telah pun berpindah ke penempatan baru. Pembinaan empangan ini menggunakan teknologi daripada Jepun iaitu batu disusun mengikut susunan piramid.

#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

 Masa aku pi dolu², laluan bot agak sukar kerana terdapat banyak sangat pokok² balak tapi sekarang semuanya sudah clear. Adik ensem bagitau yang kayu² balak telah ditebang dengan menyelam ke dasar oleh orang Siam/Patani. Macam mana la depa bernapas lama² kan dalam tu....Upahnya, opkosla mahal....Dan satu lagi cerita tentang seorang yang bergelar _________ (aku dah tak igt) yang mana dari perkampungan Temenggur Lama menuju ke Kelantan/Siam hanya mengambil masa 2 hari sahaja. Orang kebanyakan pada zaman dulu mengambil masa lebih seminggu nak keluar dari kawasan tersebut.

Perkampungan Orang Asli Chewah

Selepas itu, kami menuju ke perkampungan Orang Asli Chewah. Lambaian anak² kecil tersangat comel dan dari situ boleh diagak yang mereka mungkin jarang² menerima tetamu daripada luar. Kami memberikan sedikit cenderahati berupa makanan (malam selepas taklimat kami beramai² membungkus) kepada kanak² dan t-shirt kepada orang dewasa. Aduyai...kesemua mereka (kanak²) sangatlah pemalu kecuali seorang budak yang dinamakan sebagai Juwara (kalau tak silap) adalah seorang kanak² yang pintar dan berani bagi firasat aku (tutur bicara memberikan pandangan namun mungkin sebab kekangan kemudahan). Kebanyakan orang asli dari suku Jahai  masih mengekalkan gaya hidup turun-temurun yang suka berpindah randah ke tempat baru terutamanya jika berlaku kematian. 
#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

Ada juga di kalangan adik² yang join ni sibuk amik gambar itik dan ayam la... Loooor, kome semua orang bandar ker? Tengok dari segi segala kemudahan, memang agak daif la. Kebanyakan budak² di situ sangatlah pemalu orangnya. Semuanya penutup pintu rumah masing² tapi selepas diumpan dengan gula², dapat jugalah grab untuk kita selpie!!!

#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

Sebenarnya, perkampungan yang kami singgah ini adalah perkampungan Islam dan di seberang pulau berdekatan adalah perkampungan Kristian. Selepas beramah mesra, bot kami mengambil peluang untuk mendekati kepulauan di sebelah. Kebetulan bekalan baju dan goodies untuk kanak² masih banyak. Takkan nak bawa balik kan... Sesampai kami di situ, semua berada di dalam rumah. Keadaan perkampungan di situ lebih kemas dan sangat² bersih ok... Tetiba keluar seorang perempuan tua (rare tu sebab subang dia adalah sebatang rokok tu)  yang mana aku bajet dia ni mak batin. Sebab dia sorang je keluar dan dua tiga kanak². Sempat bergambar beramai² dan memberikan sedikit sumbangan, kami meneruskan perjalanan kami menuju mencari bunga terbesar di dunia, bunga rafflesia.

 Misi Mencari Bunga Refflesia

Perjalanan diteruskan dengan menuju ke arah Royal Belum dengan melintasi di bawah jambatan yang membahagikan Royal Belum dan Temenggur-Belum. Pemandangan pokok² di sini agak unik dengan warna seakan-akan keemasan jika dibandingkan dengan kawasan Temenggur-Belum. Penemuan bunga refflesia kami hanya memakan masa 7 minit sahaja. Sangat bertuah sebab tak perlu mendaki tinggi lagi. Hohohohoho... Cuma bunga itu akan berkembang tidak lama lagi. Dapat tengok kuncup pun kuncupla. 

#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

Semasa kecil, aku kenali bunga ni sebagai bunga pakma. Orang² asli akan meracik dan mengeringkan untuk dijadikan sebagai minuman herba. Sesambil itu, adik ensem kami menerangkan kepada kami tentang jenis² bunga refflesia yang terdapat di sini. Terdapat 3 jenis iaitu Azlani, Kerrii dan Cantley dan jenis yang kami jumpa adalah berjenis Azlani. 

#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

Bunga refflesia atau pakma ni adalah sangat sensitif. Jikalau boleh, kita jangan menyentuh any parts of it kerana dikhuatiri bunga tersebut mengalami kecacatan tumbesaran kerana jari - jemari kita mungkin mengandungi bahan (tangan pakai losyen kan kut)  or anything yang membantutkan perkembangan tersebut. Nampak je macam secoit je bunga tu terletak, sekali dikabarkan bahawa mak aihhh...panjang juga akarnya yea.

Perjalanan kami pulang ke penginapan kami pada jam 4.00 petang. Apalagi selepas makan tengah hari dan bersolat, kami semua keletihan dan terus dibuai mimpi sebentar. Jam 5.30 petang, selepas merasakan diri agak segar, kami menjalankan aktiviti bebas dengan menaiki kayak or terjun lagi. Kali ni agak berani nak berenang jauh sedikit daripada platform namun jauh di sudut hati terasa kegerunan juga sebab air di dalam berasa sangat sejuk berbanding hari semalam. Aku berkayak pun sikit² jer, takmo jejauh sangat nanti penat. Hahahaha...Kepoyoan di situ.

Sesi malam diterukan dengan sesi ice breaking dan post mortem. Kannn? Dah abis semua aktiviti dan esok dah nak pulang, baru nak ice breaking. Ayoyoyo...Apa² ajelah.

Day Last ~ Sayonara The Beautiful Place!

Selepas segalanya selesai...(makan dan packing all the stuffs), kami sepakat bergotong - royong untuk membersihkan kawasan penginapan kami ini. Mungkin kedatangan kami yang akan mendatang (jika ada rezeki untuk bertandang), kami mungkin akan membawa sesuatu yang bermakna di kepulauan ini. 
#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

#RoyalBelum; #travelog;  #TasikBanding

Perjalanan pulang kami dari sini pada jam 12.15 tengah hari dan kami sampai di Sungai Besi pada jam 5.00 petang. Alhamdulillah, pergi dan balik bilangan peserta yang cukup; tidak bertambah atau berkurang dan diberkati Allah...Syukur Alhamdulillah.

Dah balik dari ekpedisi ini baru ketahuan pada tahun 2002 pernah berlaku kemalangan yang menyayat hati. Innalillahiwainnailaihirojiun kepada mangsa yang terlibat.

Kesimpulan

Suatu pengalaman yang sangat berharga dan dapat dipelajari dan anugerah yang sangat bernilai. Kita seharusnya berbangga dengan keunikan dan keindahan yang telah Allah kurniakan. Jikalau ada rezeki, aku nak repeat lagi dan mungkin akan bawa ahli keluarga untuk merasai pengalaman sebegini, in sha allah.


Salam Perak Aman Jaya!!!



  • Share:

You Might Also Like

0 comments