Thursday, May 14, 2015

Fraser Hill ~The Malaysia's Little England ~ Day Two


Assalamualaikum & Salam Ceria....

Kisah hari kedua ...Padahal cerita dah banyak backdated....Selain ada penyakit huruf M, kesibukan masa adalah sangat tidak mengizinkan...huhuhuhu...alasan semata....

Hari Kedua

Celik-celik mata je, kita brekpas dulu. Ibu dah siap² masak dan panaskan lauk semalam je. Heaven! Pastu plan samada nak terus check out atau round dulu then patah balik ke apartment. pk punye pk, disebabkan apartment ni nun jauh naik ke atas, kitaorang plan terus check outla ..Sonang!

Sebelum tu, amik feel udara pagi!!!! Syiuk ehhhh

Fraser Hill, #holiday, Allan's Water


Allan's Water

Our first stop for the second day was Allan's Water. Tapi sebelum tu, kami singgah di Taman Flora Bukit Fraser yang  berdekatan dengan Allan's Water. Ibu dan mama sempat membeli beberapa buah pasu bunga dan buah-buahan di situ. Tapi kami sibuk mempulun ambil gambar² je di situ...


Then, kami singgah pula di Allan’s Water yang sebuah tasik kecil yang telah ditransformasikan kepada sebuah tempat tarikan pelancong dengan aktiviti rekreasi “paddle boating”.  Selain itu, antara aktiviti yang disukai oleh budak² ialah memberi ikan makan.. ada beratus-ratus ekor ikan dalam tasik ni, baik yang kecil, sederhana, atau besar.. Sepeket makanan ikan boleh dibeli dengan harga RM1.00 dari gerai berdekatan.  Memang seronok sangat bagi makan kat ikan² ni. 

Fraser Hill, #holiday, Allan's Water
 Di Allan's Water, terdapat aktiviti yang menyeronokkan selain memberi makan ikan² ni. Kami pun mencuba untuk menaiki boat. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM8.00 untuk 15 minit. So, aku naik bersama anak dara aku ajelah...Even 15 minit pun, rasa agak lama la jugak (sebab aku yang banyak kena kayuh).
Fraser Hill, #holiday, Allan's Water

Air Terjun Jeriau

Selepas puas mengayuh, kami plan nak ke air terjun Jeriau. Pada masa yang sama, my parents dan mama&papa hendak balik ku Kuala Lumpur lebih awal daripada kami. Sebenarnya tak plan pun nak mandi di air terjun tersebut. Cuma dah standby baju mandi untuk budak² je. 

Sepanjang pemanduan ke air terjun Jeriau ni mengambil masa lebih kurang 15 minit dengan kelajuan normal. Untuk ke lokasi air terjun ni, kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 10 minit. Nasib baik my parents tak ikut, kalau tidak...jenuh juga nak berjalan jauh tuh.

Fraser Hill, #holiday, air terjun Jeriau

 Perjalanan yang selama 10 minit ni menuruni hinggalah kami jumpa tangga dan wahh!!! Memang sangat cantik air terjun tu. Dari jauh macam kecik je air terjun tu tapi sebenarnya tinggi jugak. Disebabkan aku tak plan nak mandi, tengok ajelah dari kejauhan. Tup-tup laki aku plak join mandi sesama. Sabar ajelah kan......Suasana memang sangat mendamaikan sebab tak ramai yang datang ke sini. Hanya kami sahaja!

Fraser Hill, #holiday, air terjun Jeriau
Masa nak menapak balik....Ya Allah...jenuhla hai nak naik tangga ni... Apa² pun percutian keluarga memang sangat seronok.....

Fraser Hill, #holiday
Selamat tinggal Fraser Hill....In sha Allah, ada kelapangan bolehlah kami datang lagi. Bagi yang cintakan ketenangan dan kedamaian, silalah ke Fraser Hill... 

Wednesday, May 13, 2015

Fraser Hill ~The Malaysia's Little England ~ Day One

Assalamualaikum & Salam Ceria,

Fraser HillThe Malaysia's Little England nama yang diberikan kepada Fraser Hill. Disebabkan aku pun tak penah pi England, so tak tahulah sangat gambarannya tapi dengan bangunan² penginapan banglo ala² English tu....so boleh fahamlah....Ramai yang bagitau, sebenarnya Fraser Hill ni takde apa² pun....Memang pun sebab kawasan percutian ni khas untuk orang pecinta alam....Rasa tenang dan sangat mendamaikan! Last aku jejak sini masa aku umur 12 tahun...Parents aku bawa masa habis ujian UPSR. Huhuhu...Skit punyer lama tu.....Dua perkara je aku ingat masa pi dolu²; tido kat rumah Inggeris dan naik kuda (itupun sebab ada gambar)...Yang lain, lost...Hahahaha




Day 1


Fraser Hill
Perjalanan ini memakan masa lebih kurang 2 jam setengah…Singgah sana sini memangla memakan masa, ditambah pula perjalanan menuju ke Fraser Hill ni macam ular kene palu selepas melepasi Empangan Pecah. Berita baiknya ialah kita tidak perlu menunggu mengikut jam untuk naik ke Fraser Hill ni. Sekarang sudah ada jalan sehala. Trip kami ni berkonvoi 2 kereta iaitu kami dan mama&papa (depa nak dating berdua..hihihi).

TM Resort Sri Peninjau

Sesampai je di Fraser Hill, perkara pertama yang nampak dan menarik hati  ialah Menara Jam. Betul² di tengah² tapi kami perlu check in dulu di TM Resort Sri Peninjau. Rupernya resort ni antara tertinggi sebab jauh masuk ke dalam jika nak dibandingkan dengan resort or hotel² penginapan yang lain. Tapi sayanglah lah, resort ni memang bagi aku worst maintenance. Even satu apartment sebilik pun boleh masuk dua family apatah lagi kami yang ambil 2 bilik. Ruang yang luas dan yang terbaik adalah setiap bilik mempunyai bilik air. Yang lain…out….Kalau jaga betui², memang dah cun!


Fraser Hill
Menara Jam

Selepas makan dan berehat sebentar, kami menuju ke Menara Jam untuk berposing sakan! (masa ni mama&papa takmo join....depa nak rehat je dalam bilik) Sebenarnya memang agak jauh juga tu dari TM Resort Sri Peninjau tu. Laluan trafik memang sangat² lengang. Tapi masih dalam mode berhati² juga kerana malang itu tidak berbau. Selepas puas berposing, kami mengambil keputusan untuk round sekitar Fraser Hill ni.

Esoknya pula, ambil gambar sekali lagi...Kali ini bersama atok nenek dan mama dan papa.


Fraser Hill
The Paddock

The Paddock ni menyediakan tempat untuk sesiapa yang  ingin cuba menunggang kuda. Dengan  bantuan penjaga kuda, bolehla menunggang kuda dalam satu trek bulatan kecil yang mengambil masa kurang dari 5 minit.. Untuk kadar, boleh rujuk pada gambar² di bawah. erkkk mana wehhhh???

Fraser HillWaktu kami datang ke sini, budak² yang nampak teruja sangat nak cuba menunggang kuda. Eh mak dan ayahnya pun sama..kui..kui…Disebabkan Hamizan jarang nak tunggang kuda (dulu di Port Dickson), aku pun join skali naik. Lagipun peraturannya untuk kanak² di bawah 6 tahun perlu menunggang bersama penjaga. Kesian ko kuda sebab aku ni berat  kilo² tan …hahahaha..Macam nak terjatuh aku naik…berat bebanau agaknya..kih kih kih. Rupernya kuda² ni bekas atlet; pernah beraksi di padang lumba satu ketika dahulu.

Sebenarnya budak² ni Nampak je teruja tapi sebenarnya takut..kikiki…Tapi selepas menunggang tu, memang terpancar air muka gembira pada wajah anak². Memang rasa best tengok anak² rasa gembira sebenarnya kan? Yang kelakaunya, Hamizan sempat mengira berapakah ekor kucing sekitar laluan dalam bulatan kecil itu…..

Fraser HillFraser Hill
Di sini juga tersedia padang untuk aktiviti memanah, betul-betul di bahagian bawah cerun berhampiran pintu masuk. Tapi disebabkan kami nak mencuba menunggang, kami tidak turun ke padang dulu. Jadinya, aku dan Daham shared untuk try memanah. Dah lama tak memanah (pernah join kelab memanah kat UTM dulu) tapi itulah tangan tak bedung. Oklah kalau just for fun. Tapi sebelum try tu, ada tenaga pengajarlah bagi arahan cara² untuk memanah. Aku memanah angin ajelah. Cuma last² minute tu dapat gaks point. hihihi

Setelah habis aktiviti keluarkan peluh, ialah sangat tu... Kami meronda² sekitar Fraser Hill. Sambil² menunggu kedatangan ibu ayah terchenta dan adikku...Kami lepak di gerai tepi jalan sambil minum petang. Yang lawaknya, dah pilih² kuih panas²...skali nak makan dah sejuk ko....hohohohohho...

Tapi dah lapau balik, telan ajelah..Harga tu harap faham² ajelah. Tapi kalau tak silap aku, gerai kuih ni the one and only di tepi jalan.....

Fraser Hill

Fraser Hill
Fraser Hill

Selepas parentsku sudah sampai....Kami meronda lagi melihat pemandangan di sekitar Fraser Hill. Memang sungguh indah ciptaan Allah.....

Then, barulah balik bilik dan meneruskan aktiviti malam dengan menyambut birthday ayahku yang ke......tak ingat...huhuhuhuhuhu.


Happy birthday Ayah!!!!




"happy birthday Ayah!!! Semoga sentiasa berada dalam keberkatan Allah...amin.."