VULVOVAGINITIS DI KALANGAN KANAK-KANAK PEREMPUAN

By kin - September 13, 2014



VULVOVAGINITIS DI KALANGAN KANAK-KANAK PEREMPUAN

VULVOVAGINITIS in Girls


Vulvovaginitis adalah masalah keradangan yang melibatkan bahagian kulit di kawasan genitalia kanak-kanak perempuan.

Simptom-simptomnya adalah:

1.      Gatal
2.      Pedih
3.      Boleh mengalami lelehan berbau dari faraj

Selalunya keadaan ini disedari oleh ibu tetapi kanak-kanak juga boleh mengadu simptom-simptom seperti yang tersebut jika keadaan bertambah teruk.

APA YANG MENGAKIBATKAN VULVOVAGINITIS?

Kebanyakan kes adalah disebabkan oleh iritasi pada bahagian genitalia, bukan berpunca daripada jangkitan kuman. Kuman yang menyebabkan jangkitan biasanya adalah kuman yang terdapat pada dubur, tekak dan kulit. Penderaan seksual juga merupakan salah satu punca vulvovaginitis di kalangan kanak-kanak prempuan. Penyakit eczema (alahan kulit) juga boleh berlaku pada kawasan genitalia.

MENGAPA KEADAAN INI BERLAKU KEPADA KANAK-KANAK?

Kanak-kanak lebih cenderung kepada masalah ini kerana keadaan anatomi dan juga aktiviti yang mereka lakukan:

  •   Kulit di kawasan genitalia kanak-kanak perempuan adalah nipis dan lembut malah boleh kelihatan kemerahan walaupun dalam keadaan normal. Keadaan kulit seperti ini amat mudah mengalami iritasi
  • Kanak-kanak juga tidak mempunyai bulu/rambut serta kulit yang tebal di kawasan genitalia seperti wanita dewasa yang dapat melindungi kawasan tersebut daripada iritasi
  •  Keadaan seperti di atas menyebabkan kanak-kanak perempuan mengalami iritasi kulit terutamanya semasa melakukan aktiviti bermain luar rumah serta memakai baju yang basah dan memakai seluar ketat
  • Selain daripada itu, kanak-kanak sering mengabaikan kebersihan dan tidak membersihkan kawasan genitalia dengan betul jika tidak diawasi ibu bapa.
  • Kebanyakan ibu bapa sedar bahawa mandian berbuih dan cecair wangian boleh mengakibatkan iritasi pada bahagian genitalia

 
APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN SEKIRANYA ANAK ANDA MENGALAMI SIMPTOM-SIMPTOM VULVOVAGINITIS

Sekiranya anak anda mengalami simptom-simptom vulvovagiitis seperti tersebut, sila bawa anak anda dengan doktor ataupun pakar kanak-kanak. Rujukan kepada pakar sakit puan akan dilakukan oleh doctor sekiranya perlu. Pakai ginekologi/sakit puan akan mengambil sejarah penyakit serta melakukan pmeriksaan terhadap anak anda. 

Sekiranya doktor mengesyaki terdapat jangkitan kuman pada bahagian genitalia, sampel dari faraj akan diambil. Sekiranya anak anda pernah mengalami gangguan seksual, sila beritahu kepada doktor anda kerana ini merupakan maklumat penting yang dapat membantu doktor mengenalpasti keadaan yang menyebabkan vulvovaginitis dan seterusnya membeir rawatan yang bersesuaian dengan keadaan anak anda.

Pemeriksaan yang dilakukan akan diterangkan oleh doktor dan doktor akan memastikan anak anda berada dalam keadan selesa dan tidak mengalami pengalaman yang menakutkan.

CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH VULVOVAGINITIS     

Untuk rawatan ’non specific’ vulvovaginitis, ‘sand box’ vultivis, pruritus, lichen sclerosus, local vulvar sensitivity.

Cara-caranya:

  • Elakkan daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan iritasi dan juga memastikan kanak-kanak tersebut memakai pakaian yang mempunyai pengudaraan yang baik.

  •  Jika boleh, elakkan kanak-kanak perempuan daripada menggaru di akwasan genitalia kerana boleh mengakibatkan jangkitan dan iritasi pada kulit. Jika anak anda mengadu berasa sangat gatal, rendamkan bahagian genitalia di dalam air suam yang dicampur dengan garam (sitz bath) untuk seketika.

  •  Mandi dan rendamkan bahagian genital di dalam air bercampur garam (sitz bath) dua kali sehari semasa mengalami keradangan atau mengalami keradangan di kawasan genitalia.
  • Tidak menggunakan sabun yang terlalu kuat untuk membasuh kawasan kemaluan. Penggunaan Neutrogena, Dove dan Ivory adalah digalakkan.

  •  Elakkan daripada mandi buih.

  •  Lapkan perlahan-lahan kawasan genitalia selepas mandi menggunakan tisu yang lembut.

  •   Amalkan cara yang betul untuk membersihkan kawasan genitalia selepas membuang air kecil/besar (bersihkan dari kawasan depan ke belakang).

  • Jika kulit di kawasan genitalia terasa pedih, gunakan kapas yang bersalut  “mineral oil” (jangan gunakan tisu tandas yang kesat).

  •  Jangan sesekali menggunakan tisu tandas yang berwarna.

  • Memakai seluar dalam dari 100% fabrik kapas. Elakkan dari memakai seluar dalam fabrik nilon kerana ia tidak menyerap peluh sepenuhnya.

  • Jangan memakai seluar yang ketat.

  • Jangan menggunakan tuala wanita yang berbau wangi semasa sedang kedatangan haid.

  •  Jangan menyapu ubat seperti solarcaine, spray feminine wanita dan juga ubat sapu antibiotic
  •  Vaselline gel boleh digunakan untuk melegakan kepedihan di akwasan genitalia yang mengalami iritasi.

  • Jika boleh, elakkan kanak-kanak perempuan ini dariapda menggaru di akwasan genitalia kerana ia boleh mengakibatakan jangkitan dan iritasi pada kulit.

  • Anak-anak anda harus diajar untuk menukar pakaian yang basah ataupun ketat secepat mungkin. Seluar dalam juga harus ditukar sekerap mungkin terutamanya jika terdapat bahan asing seperti pasir/tanah.

  • Anda juga boleh mengajar anak-anak anda cara membersihkan kawasan genitalia mereka sendiri. Jika doktor mengesyorkan penyapuan krim di akwasan genitalia, ajar anak-anak ini untuk menyapu sendiri krim di hadapan cermin. Dengan cara ini, kanak-kanak perempuan ini akan menghargai dan bertanggungajwab terhadap tubuhnya badannya sendiri.


ADAKAH VULVOVAGINITIS BOLEH BERULANG?

1.      Dalam sesetengah kes, akank-kanak perempuan ini boleh mengalami vulvovaginitis lebih dari sekali.

 2.      Kanak-kanak ini harus diajar untuk menjaga kebersihan diri sendiri supaya mereka boleh bersedia sekiranya vulvovaginitis berulang.

3.     Anak anda harus dibawa ke klinik sekiranya vulvovaginitis berulang kerana ia mungkin disebabkan  oleh patologi yang berlainan.

4.  Bagaimana pun, jika kanak-kanak anda mengamalkan cara yang betul untuk menjaga kebersihan di kawasan genitalia, keadaan ini mungkin tidak akan berulang.

Sumber : O&G, PPUKM

  • Share:

You Might Also Like

0 comments