Thursday, July 24, 2014

MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS


Salam.. Alhamdulillah kita telah memasuki 10 hari terakhir Ramadhan; semoga kita semua senantiasa dirahmati Allah dan memperoleh pengampunan dalam bulan yang mulia ini. Satu perkongsian cerita yang diterima di emelku. 

MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS

Pada satu hari, seorang bayi perempuan telah dilahirkan di sebuah rumah yang cukup damai di atas bukit. Sejuk. Nyaman. Ceria, begitulah jua hidup bayi ini dikelilingi.
Bertemankan taman menghijau, diselangi buah dan sayuran segar, anak tunggal ini membesar dengan layanan tertinggi.

RENUNGAN DI BALIK PAGAR KAYU

Setahun demi setahun, usia menjangkau dari bayi menjadi kanak-kanak. Anak ini sudah pandai berlari. Ada juga sesekali memanjat. Dia cukup teruja dengan pagar kayu rumah buatan ayahnya. Ada sesuatu yang istimewa di sana.

Setiap petang, di sinilah tempatnya dia menunggu, merenung kejauhan di balik pagar kayu itu. Kerana hairan dengan telatah anaknya ini, si ibu bertanya, "Anakku, apa yang menarik kau lihat ke sana?"
Anak perempuan ini mengunjuk tangannya nun ke hujung bukit sana.

Tersergam, sebuah rumah agam. Hijau dindingnya. Namun bersilau-silau bingkai tingkapnya, bagai bertatah emas. Si ibu pun seperti pertama kali melihatnya, terpesona dengan kecantikannya. Diusap-usap kepala anak comel ini, "Anakku, kelak kau dapat jua ke sana. Belum masanya lagi."

KEJUTAN DI ULANGTAHUN KELAHIRAN

Purnama berselang tahun. Kini anak cilik bertukar menjadi gadis manis. Hari ulangtahun usia remajanya itu, dihadiahkan sebuah basikal dari ayahnya. Betapa gembira hidup anak ini, saat ibunya menghulurkan basikal baru, "Manisku, sudah sampai saatnya kau meneroka cantiknya alam ini."

"Saya boleh ke rumah bingkai emas, ya?" Ibunya mengangguk, dan melompatlah dia segirangnya.
Dikayuhnya begitu laju, namun cermat turuni lurah dan anak jalan. Gadis ini tidak sabar melihat sendiri bingkai-bingkai emas yang diidamnya sentuh sendiri, sedari kecil lagi.

KEJUTAN DEMI KEJUTAN

Sesampainya di sana, dia terpaku dan gigil. Di depannya kini berlainan sekali. Rumah yang di depan matanya kini, jauh beza dari apa yang dia sangkakan. Rupa-rupanya, rumah ini amat buruk, menggelupas kulit dindingnya. Bingkai yang disangka emas ternyata hanya pantulan sinar matahari semata-mata.

Menitis airmatanya kerana kecewa. Menggeletar tubuhnya menahan sendu yang menekan. Lalu dia terduduk di tanah. Dan menoleh ke sisinya...

Kelihatan dari situ, sebuah rumah di atas bukit, cukup mengkagumkan. Dengan pantulan mentari senja, bersinar bingkai jendela keemasan. Baru dia perasan. Itulah rumahnya yang selama ini dia diami sepanjang hidupnya. Yang hidupnya jarang kecewa, sering digembirakan.

Tiada nikmat yang dapat dinafikan. Remuk hatinya telah terubat. Dia tidak sabar-sabar pulang ke rumah asalnya, bagai ingin hidup semula. Menjadi penghuni yang baru.

Wahai muslimat, gadis, ataupun perempuan. Begitulah seadanya dirimu yang diciptakan Tuhan. Saat dirimu sentiasa tercari-cari ikutan, kepingin jadi seorang yang cukup terhormatkan. Atau hiasan yang sering dikerumun perhatian.

Dikau sanggup menukar cara jalan. Mengikut trendi caramu berpakaian. Paling kasihan, cara pandangan dan fikiran. Hingga menjadi insan berlainan.

Sampai tak perasan, fitrahnya kau terbaik ciptaan Tuhan. Dikau sebenarnya lebih cantik luaran dalaman. Unik dan terkehadapan, dikau adalah sebaik-baik insan. Itulah dirimu. Cantik. Indah. Damai. Sejak dilahirkan.

Berterima kasihlah kepada Ar Rahman. Kembalilah ke mode fitrah. Renungilah semula jejak-jejak silam yang ditinggalkan. Bidadari jua kau diangkat di hujungnya oleh Tuhan.



Wednesday, July 23, 2014

.........kedatanganmu dinanti,pemergianmu dirindui...


Ahlan Wah Sahlan ya Ramadhan...kedatanganmu dinanti,pemergianmu dirindui...

Sedar tidak sedar, Ramadhan sudah sampai ke penghujung masa. Pada ketika inilah ramai di antara kita sibuk menjalani ibadat atau mencari malam Lailatul Qadar ataupun membuat persiapan perayaan last minute. Apa²pun, sambutan/persiapan perayaan kali ni ada sedikit hambar. Hambar bukan apa², perasaan tu mendatang apabila newsfed di facebook penuh dengan cerita Gaza dan MH17. Sesungguhnya tiada mood untuk berseloka raya.

Ya Allah, hebat sungguh ujianMu pada umatMu kali ini. Aku memang tak sanggup nak tengok gambar² penderitaan di Gaza hatta aku ni memang berhati kering nak tengok gambar² berstatus pendarahan. Namun kali ini, memang aku lemah. Lemah kerna tak sanggup nak menatap gambar² kepiluan, kekakuan apatah lagi mengingati mangsa adalah seakan seusia anak²ku.

Sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan nahas MH17. Tak sampai dalam tempoh 6 bulan berlalu selepas nahas MH370, kali ini nahas berlaku memang sangat mengejutkan. Sungguh tak sangka. Selama ini, aku selalu tengok siri Air Crash Investigation di National Geographic dan seringkali menyangkal bahawa Mas tidak akan sesekali akan mengalami kejadian – kejadian sedemikian rupa. Namun, Allah turunkan ujian kepada kita dalam tempoh tahun ini sahaja sudah berlaku dua nahas. (Nahas pertama di Tanjung Kupang tahun 1970an).

#prayforpalestin #prayformh17 #MH17


Apa² pun, marilah kita sama² muhasabah diri dengan segala ujian² yang Allah kirimkan pada tahun 2014. Memang banyak sungguh ujian dan dugaan yang menimpa kita semua di Malaysia tahun ini dan khususnya umat Islam seluruh dunia.Moga² kita semua dapat mengecapi nikmat malam lailatul qadar hendaknya dan diampuni segala kekhilafan kita.

#prayforpalestin
#prayformh17


Friday, July 18, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN


TIPS UTK MLM² TERAKHIR
1 Jgn biarkan prestasi kita dlm ramadhan setakat ini, mpengaruhi prestasi kita pd 10 mlm terakhir. Keampunan Allah blh dtg bila2. Perlu positif & ikhlas
2 Baca tafsir s alQadr  utk faham apa sebenarnya berlaku pd mlm AlQadr, merasai kehebatannya & lebih lg
3 Jgn tunggu sehingga mlm ke27 baru nak bersungguh2. Target kesemua 10 mlm & berjaga mlm pd semuanya. Jangan terlepas lailatu qadr hanya sebab 'kebetulan'
4 Ikut sunnah, bukan budaya atau amalan di masjid2 yg tak selari dengan sunnah. Hadis- siapa yg berjaga mlm & bersolat/doa pd mlm Qadr disebabkan keimanan & berharap balasan pahala, dosa2nya yg lalu diampunkan
5 Hafal doa & selalu berdoa Allahumma innallaaha 'afuwwun...
6 Sediakan senarai doa - apa yg betul2 kita nak dlm dunia ini, dlm agama kita, keluarga & akhirat.Jgn lupa masukkan ikhwah /akhawat  kita yang sedang menderita seluruh dunia
7 Tidur sekejap2 waktu siang. Jgn makan kenyang sgt & harus tidur terus lepas isya". Lepas tidur sekejap, terus bangun & bersiap utk beribadah
8 Jgn abaikan isteri & anak2. Anak2  mampu utk berqiam sekejap2, w'pun mngkin tak sepanjang mlm. Jika anak2 boleh berjaga malam untuk tonton TV  atau main game takkan mreka tak boleh berqiam. Sediakan mereka, Buat mereka teruja utk bangun mlm
9 Pakai pakaian  terbaik bila bangun utk qiam pd mlm2 ni, pakai wangian, & rasai tenaga yg lahir dari keadaan minda/ psikologi yg bersedia ini
10  Pilih satu tempat dimasjid/ dirumah  yg blh bersendiri & rasa tenang. Sediakan quran , sejadah, air disisi agar xperlu kesana kemari waktu beribadah itu.
11 Tutup semua komputer whatsapp  dll. Putuskan hubungan dgn dunia hebatkan hubungan dgn Allah
12 Jika mengantuk selang seli antara qiyam, doa bc quran. Hanya dgr ceramah / tazkirah dll jika betul2 mengantuk. Jika tidak, elakkan
13 Kuncinya  ialah kesabaran. 10 mlm terakhir ini mngkin sgt meletihkan kerana masih berkerja/ bersekolah.tapi inilah masanya utk bersabar dgn segala kepayahan ini. Fikirkan bgmn Allah telah merahmati kita dgn mlm alQadr  ini yg mngkin tak akan dtg lagi dlm hidup kita. Jika kita tahu ramadhan tak akan dtg lagi bagi kita, jika kita tahu Jannah sedang ditawarkan kepada sesiapa sahaja yg mahukannya, tentu kita akan pecut kpdnya, walau dalam keadaan kepayahan bagaimana sekalipun
14 Yg paling penting- husnu dzon pd Allah. Jika kita harap yg terbaik, Dia akan beri pd kita yg terbaik. Jgn teragak2. Curahkan hati & perasaan kita pdNya.
Allahumma ballighna lailatul qadr, amiin
amiin. 

Top of Form
*kopipes dr[d fb*

Friday, July 11, 2014

Doa Pelembut Hati





DOA PELEMBUT HATI 
untuk Suami Dan Anak-Anak (Jom AMAL)




ayat 200 surah al imran

Maksud ayat:- Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.

Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati suami dan anak-anak.



Ayat 30-31 Surah AnNaml



Maksud Ayat :-Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : ‘Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”.


Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.


Selamat beramal. Jazakallahu Khairan Kasira