Monday, June 30, 2014

Family Day #YahTahaClan


Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya, akhirnya pada 24- 25 Mei 2015 berjaya juga menyatukan ukhwah ahli-ahli keluarga #YahTahaClan. Sebenarnya #YahTahaClan ni adalah family sebelah ibu aku. Plan asal untuk percutian family kami sahaja. Entah macam mana dapat idea untuk mengumpulkan semua; total adalah 4 generasi. Yelah nak tunggu berkumpul ramai² takkan nak tunggu time raya aje kan? Itupun silap² bukannya dapat berkumpul semua secara serentak.

Dengan plan adhoc ni, aku bernasib baiklah mempunyai cuzzy yang ringan tulang menolong aku. (love uolls!). Tanpa mereka ni, kompem aku lost ( sebenarnya banyak kali gaks hilang fokus, baik di opis mahupun masa nak uruskan event ni…sighhhhhh)

Selepas group wassap dibentuk, bermulalah cadangan, bantahan dan lain² hal berkaitan dengan #YahTahaClan ni. Nama ni ideanya adalah gabungan nama nenek dan arwah datuk. Konon² nak letak/tepek pada t-shirt tapi disebabkan kesuntukan masa dan lain² kekangan, tidaklah dapat diletakkan pada baju. Huhuhuhu….

Untuk pertama kalinya, family day #YahTahaClan diadakan di PD Golf Country Club (PDGCC) di Port Dickson. Kami semua berkumpul di lobi dan acara dimulakan dengan acara sukaneka. Masing² dengan penuh semangat berkumpul dengan tema warna t-shirt ungu/purple pada jam 5.30 petang. Tapi macam biasalah, tambah tolak pukul 6.00 petang juga baru bermula.

PD Golf Country Club (PDGCC), Port Dickson, Family Day, YahTahaClan
Our BIG Families!



Acara dimulakan dengan sukaneka kanak² iaitu mengumpul gula² menggunakan mulut dengan meniup tepung terlebih dahulu. Kesian tengok muka budak² ni. Dapat ‘bedak sejuk’ yea….kikiki…

PD Golf Country Club (PDGCC), Port Dickson, Family Day, YahTahaClan

Then barulah acara dewasa diadakan dengan membentuk 3 kumpulan besar. Pemilihan kumpulan simple sahaja. Sebut/jerit no 1, 2 dan 3 sahaja dan kumpulan dibentuk berdasarkan nombor yang disebut.

Seriously, memang happening la!!! Sakit perut aku gelak...Dok teriak-teriak (maklumlah aku dan cuzzy Pikah jadi urusetia)...Sob..sob...tak dapat main tapi takpe......

PD Golf Country Club (PDGCC), Port Dickson, Family Day, YahTahaClan

PD Golf Country Club (PDGCC), Port Dickson, Family Day, YahTahaClan

PD Golf Country Club (PDGCC), Port Dickson, Family Day, YahTahaClan

PD Golf Country Club (PDGCC), Port Dickson, Family Day, YahTahaClan


Habis sukaneka, budak² tak sabar nak terjun kolam. Dapat 10 minit pun jadilah. Sebab pukul 7.00 malam, kolam sudah ditutup.

PD Golf Country Club (PDGCC), Port Dickson, Family Day, YahTahaClan



Acara sebelah malam pula, diisi dengana cara BBQ dan karoks. Yeay! Masa ni lah masing² menunjukkan bakat suara yang sekian lama terendam. Nasib malam cerah. Kui kui kui...... Malam tu memang semua sporting la. Aku yang malu² meow nak karoks pun jadi selamba. Acara terpaksa ditamatkan jam 11.30 malam. (maklumlah enjin dah panas, masa mula² semua malu nak memulakan acara karoks, nasib baik ada budak² sebagai pemanas enjin karoks).

25 Mei 2014

Selepas sarapan pagi, apalagi acara bebas yang ditunggu adalah terjun kolam! Sangat elokla untuk ‘penghadaman’. Lepas makan terus berendam dalam kolam! Hehhhe.... Lebihan belon untuk acara sukaneka semalamnya tu, aku tiup and jadikan sebagai ‘props’ di kolam. Ehmmm Lawa gaks kan? En somi dan mana² yang tak berminat sangat nak berendam tu, sibuk main ping pong la. Aku sebab tak tahu main, jadi tukang tengok sekejap je.

PD Golf Country Club (PDGCC), Port Dickson, Family Day, YahTahaClan

Selepas semua pulun mandi manda /berendam di dalam kolam, semua masuk ke bilik masing² (berehat ke tido ke mengemas ke) then sebelum check out kul 12.00 tengah hari, kami semua berkumpul untuk lunch. Dengan berbesar hati, pihak PDGCC telah mensponserkan sebiji kek (we all minta sumbangan) untuk birthday girl yang kebetulan jatuh pada 25 Mei 2014 iaitu si cuzzy Syafikah. Happy Birthday! And tak lupa sapa² yang menyambutnya sepanjang bulan Mei juga.

PD Golf Country Club (PDGCC), Port Dickson, Family Day, YahTahaClan

Acara family day #YahTahaClan berakhir selepas makan tengah hari bersama – sama. Aku plak join ngan family mama untuk ke Muzium Tentera Darat. Kita layankan sahaja demi anak².
PD Golf Country Club (PDGCC), Port Dickson, Family Day, YahTahaClan

Selepas ke Muzium Tentera Darat, kami singgah pula ke Pantai Cahaya dan menyelusuri ‘pulau bakau’. Melepak sana menghirup udara laut. Aku jadi macam teruja sedikit sebab laut PD pada Sabtu dan Ahad tu luar biasa cantiknya. Subhanallah!

PD Golf Country Club (PDGCC), Port Dickson, Family Day, YahTahaClan


Apa² pun, semoga perancangan Family Day yang akan datang dapat dibuat dengan lebih kemas dan mantap! Itupun kalau nak wat lagi la erkkkk...huhuhuhu......

Chiow...