Friday, May 2, 2014

~ The Story of KLIA2’s Open Day ~




Ahad 27 April 2014 merupakan Open Day KLIA2. Nama pun open day, apalagi haruslah mengambil kesempatan yang ada untuk meninjau lapangan kapal terbang tambang murah yang baru ni. Dengan design ala-ala futuristik dengan warna putih, memang tersergam gah dan indah. Ok, itu pandangan daripada luaran la.


KLIA2



KLIA2



Disebabkan kami sekeluarga pun datang agak lewat, iaitu sejam lewat dijangkakan tutup (open day ni dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang), keadaan KLIA2 tidaklah terlalu sesak berbanding kalau sesiapa yang datang seawal pagi. Nasib kami agak baik kerana open day ni dilewatkan sehingga jam 7.00 malam.

KLIA2

Sesampai je KLIA2, kami parking di Blok A dan kena masuk melalui Gateway Mall untuk sampai ke KLIA2. Untuk open day ni, parking adalah percuma. Kalau tak silap, rate parking adalah rm45/sehari dan kalau tiket hilang dikenakan penalti rm50/sehari. Disebabkan kami parking agak jauh, fuuuuh agak jauh juga la nak ke KLIA2 ni. First of all, memang kena lalu shopping² complexs ni. My first expression was, ehh..mcm masuk JPO tapi dalam bangunan. Hehehe...


Di Gateway ini terdapat direct connection antara ERL dari KL Sentral. Ini adalah sedikit info:

Bas Bermula jam 3.00 pagi
(masa perjalanan – 1jam 15min)
Tambang : RM10

ERL Bermula jam 4.33 pagi
(masa perjalanan – 33 min)
Tambang : RM35


KLIA2

Disebabkan kelewatan untuk hadiri open day ni, kami terus menuju ke check in counter. Agak lengang, maklumlah dah penghujung waktu. Huhuhuhu....So, dapatlah boarding pass dan kami terus menuju ke departure hall. So, kena melalui security screening sebab aku bawa beg. (ala macam betul²). So, dapatlah kami masuk ke skybridge. Kalau tak silap aku, hanya di skybridge sahaja yang ada walkalator. Nak cerita lebih² pun aku hanya masuk setakat tu aja..huhuhuhu..tak tahulah untuk ke terminal domestik, samada ade walkalator ke tak. Sebab, sangat² jauh ok antara point to point. Bagi aku, tak seberapa user friendly bagi mereka yang uzur, orang tua ke, oku ke, pregnan woman ke..yang ada anak² kecil ke.

Kalau mai awal, dapatlah merasa tour dari departure hall (international) dan stimulasi naik bas (konon² itulah aircraft) then turun ke terminal domestik. Kami tak dapat sebab dah tutup..Huhuhuhu.....padan muka tapi takpelah. We still enjoy ok... 

KLIA2

KLIA2

Dah abis kat skybridge, barulah kami round sekitar situ. Sesambil menselfiekan diri, konon² masuk peraduan lah ni. Selfie then printed the photo. Lekatkan dan kalau bertuah, akan terpilih sebagai pemenang. Huhuhuhu....

KLIA2

Ada juga aktiviti cabutan bertuah yang mana boarding pass tadi kena masukkan di dalam kotak dan cabutan akan dilakukan setiap 15 minit. Aku takmo join sebab nak simpan boarding pass as kenangan. Hik hik hik. Aktiviti khas untuk kanak² dah tamat, yelah..sapa suh mai lambat kan? Kikiki


So, apa cerita LCCT erkk..Dengar² akan dijadikan sebagai terminal untuk pengangkutan kargo sebab pejabat MASKargo dan AA Cargo berada berdekatan di situ.

KLIA2
KLIA2

Overall, memang cantik KLIA2 ni, dari luar terbentang luas dengan warna putih dan paling best bagi aku adalah menara tinjau dia open air baik di sebelah kiri ataupun kanan. Landasan pun agak besar aku rasa. Ada 3 landasan kalau tak silap aku dan baik di terminal or Gateway Mall, masing² menyediakan wifi percuma. Yeay..! Saranan aku, datang awal untuk mengelakkan daripada anda tertinggal kapal terbang dek nak terminal sebab tempat ni besau ok.....

Oklah, sekian untuk site visit kali ni.... Ngeeeeeee