~Karnival Rasul In My Heart~

By kin - April 03, 2014


~Karnival Rasul In My Heart~


Bertempat di Perkarangan Masjid As- Salam atau lebih dikenali masjid Terapung Puchong Perdana, petang Jumaat 29 Mac 2014, anak² aku dan anak² jiran sebelah rumah aku, aku bawa ke kelas math anjuran Telaga Biru. Haaa elokla pengisian masa lapang sempena cuti sekolah. Dah berbuih mulut aku suh hafal sifir sejak tahun lepas...Boleh wat derkk jer...Sifir tak hafal macam mana nak ulangkaji darab dan bahagi..Iskkk budak² ni....


Petang tu masa rehat Jumaat, berdesup aku menghantar budak² ni..Ingat² lupa di manakah lokasi masjid ini. Sesampai je, terus register. Kelas bermula jam 3.00 petang dan berakhir 5.00 petang. Dalam hati memang dah bajet tak sempat nak fetch derang ni on time. Unless aku stay je situ. Nak tak nak, minta jasa baik staf yang bertugas kat situ untuk tengok²kan je. Pas tukar² no phone, aku cepat² masuk keje balik....huhuhuhu

karnival rasul in my heart, masjid As Salam Puchong Perdana
bersama kakak Diana yang sporting!

So, petang tu aku pi bersama en Syawal dan adik. Maklumlah ada karnival, kut² ada menda nak pau senang. Wakakaka......Sebelum tu, dah sms dengan Diana yang aku memang akan sampai lambat. Tersangkut jem kat lebuh raya Besraya. Memang best la. Patut le ikut kat jalan lumba kuda. Huhuhuhu. Hampir sejam setengah baru sampai. Sebelum tu, memang hujan lebat sangat².

Sesampai sana, memang dah agak dah budak² ni mesti berada di port rabbit. Syukur budak² selamat dan ok. So, ambil kesempatan meninjau di sekitar karnival. Sesampai satu booth ni, budak² ni dipanggil untuk mencuba minuman susu campuran kurma. Hamboi...bergelas2 minum. Jarang aku nak tengok budak² ni minum susu sebanyak ni. So, apalagi kami pun membeli la satu pek besar. Dapat 4 pek kecil dan sebelum kami beredar, abang tu bagi lagi kami free gift berupa minuman kesihatan untuk lelaki dan wanita. Aduh, sungguh terharu! Semoga Allah membalas jasa baik dan perniagaan terus maju hendaknya, amin....!


karnival rasul in my heart, masjid As Salam Puchong Perdana

Selepas solat maghrib berjemaah, kami putuskan untuk pulang sebab en Syawal kena pi kerja la plak. Memang tak sempat nak join ceramah oleh ustazah Nor Bahiyah. Lagipun bermula jam 9.30 malam, memang tak dapat la. Anyway, memang satu pengisian yang sangat bagus dan perlu dilakukan dengan lebih kerap lagi. Oh yea, sponsed utama adalah Bank Islam.







  • Share:

You Might Also Like

0 comments