Thursday, April 3, 2014

~Karnival Rasul In My Heart~


~Karnival Rasul In My Heart~


Bertempat di Perkarangan Masjid As- Salam atau lebih dikenali masjid Terapung Puchong Perdana, petang Jumaat 29 Mac 2014, anak² aku dan anak² jiran sebelah rumah aku, aku bawa ke kelas math anjuran Telaga Biru. Haaa elokla pengisian masa lapang sempena cuti sekolah. Dah berbuih mulut aku suh hafal sifir sejak tahun lepas...Boleh wat derkk jer...Sifir tak hafal macam mana nak ulangkaji darab dan bahagi..Iskkk budak² ni....


Petang tu masa rehat Jumaat, berdesup aku menghantar budak² ni..Ingat² lupa di manakah lokasi masjid ini. Sesampai je, terus register. Kelas bermula jam 3.00 petang dan berakhir 5.00 petang. Dalam hati memang dah bajet tak sempat nak fetch derang ni on time. Unless aku stay je situ. Nak tak nak, minta jasa baik staf yang bertugas kat situ untuk tengok²kan je. Pas tukar² no phone, aku cepat² masuk keje balik....huhuhuhu

karnival rasul in my heart, masjid As Salam Puchong Perdana
bersama kakak Diana yang sporting!

So, petang tu aku pi bersama en Syawal dan adik. Maklumlah ada karnival, kut² ada menda nak pau senang. Wakakaka......Sebelum tu, dah sms dengan Diana yang aku memang akan sampai lambat. Tersangkut jem kat lebuh raya Besraya. Memang best la. Patut le ikut kat jalan lumba kuda. Huhuhuhu. Hampir sejam setengah baru sampai. Sebelum tu, memang hujan lebat sangat².

Sesampai sana, memang dah agak dah budak² ni mesti berada di port rabbit. Syukur budak² selamat dan ok. So, ambil kesempatan meninjau di sekitar karnival. Sesampai satu booth ni, budak² ni dipanggil untuk mencuba minuman susu campuran kurma. Hamboi...bergelas2 minum. Jarang aku nak tengok budak² ni minum susu sebanyak ni. So, apalagi kami pun membeli la satu pek besar. Dapat 4 pek kecil dan sebelum kami beredar, abang tu bagi lagi kami free gift berupa minuman kesihatan untuk lelaki dan wanita. Aduh, sungguh terharu! Semoga Allah membalas jasa baik dan perniagaan terus maju hendaknya, amin....!


karnival rasul in my heart, masjid As Salam Puchong Perdana

Selepas solat maghrib berjemaah, kami putuskan untuk pulang sebab en Syawal kena pi kerja la plak. Memang tak sempat nak join ceramah oleh ustazah Nor Bahiyah. Lagipun bermula jam 9.30 malam, memang tak dapat la. Anyway, memang satu pengisian yang sangat bagus dan perlu dilakukan dengan lebih kerap lagi. Oh yea, sponsed utama adalah Bank Islam.







Wednesday, April 2, 2014

~Pesta Buku Antarabangsa PICC~



~Pesta Buku Antarabangsa PICC~

Assalamualaikum dan salam ceria hendaknya...

Sempena cuti persekolahan Mac yang lepas, macam biasalah mesti ada je aktiviti² yang hendak dilakukan bersama budak² ni. Plan asal nak ke Langkawi la...Pastu tak menjadi...Plan B ke Ipoh plak..Pun tak menjadi sudahnya plan C hanya sekitar Lembah Klang sahaja. Pun jadilah as long budak² seronok dan ceria.

pesta buku 2014
senarai pesta buku 2014

Pada 23 Mac 2014, aku bawa budak² ni ke pesta buku antarabangsa di PICC, Putrajaya. Di situ ada 2 seksyen iaitu untuk buku berbahasa Inggeris (Welcome To Bookville ~ Magical Town Of Books) dan berbahasa Melayu (Pekan Buku ~ Gerbang Ilmu Merentas Masa). Sesampai sana sahaja, mata budak² dah terarah ke booth Legoland dan Kidzania. Tengok offer macam menarik, dapatlah grab tickets ke Kidzania. Memang berbaloi la sebab memang kebetulan nak ke sana dalam jangka masa terdekat ni. *wink*

So, agenda dimulakan dengan sesi lawatan booth ke booth dan barulah ke Magical Town Of Books. Sesampai di pintu hadapan, para pengunjung diberikan beg shooping. Ceh, macam banyak benar buku nak dirembat ni. Skodeng punyer skodeng dapatlah 3 -4 buah buku. Wakaka...Oklah tu sebab hasil tangkapan buku masa BBW pun masih tak terusik...oppssss. Ala, lagipun aku mana ada dapat baucer buku. So, guna je peruntukan yang en Syawal dah bagi.

Hamizan aku belikan buku encyclopedia transportions dengan harapan setiap malamku lena.Wakakaka...Rupanya sangkaanku meleset sama sekali. Bayangkan hari² sebelum tidur, Hamizan hendak  ‘bercerita’. Antaranya.....

Mama, kenapa keretapi tak boleh guna jalan raya?
Kalau aku explained, dia tukar soalan macam ni plak

Mama, kenapa kereta tak boleh guna landasan keretapi?
Mama, kenapa keretapi berhenti masa lampu merah..?
Mama, kenapa keretapi tukar landasan..?
Mama...kenapa....kenapa...kenapa....

Sudahnya aku dengar dari kejauhan......Dah krohh krohh la tu.....Boleh pula Hamizan ni kejut...

Mama, adik belum habis bercerita lagi....

Aduyai anakku..... So, dengan pembelian buku itu, aku dapat tidor sebelum mendegar adik bercerita. Rupernya lagi extra plak dia bercerita. Hahahahaha.

So, layan pix sekitar kami di pesta buku ini....

pesta buku antarabangsa PICC

pesta buku antarabangsa PICC

pesta buku antarabangsa PICC
sekitar di Pesta Buku Antarabangsa PICC


Cuma satu je macam aku brapa gemar. Punyalah kena beratur panjang eventhough kaunter banyak juga dibuka. Apa² pun memang smooth la dengan adanya kawalan petugas² di situ.

pesta buku antarabangsa PICC
hari Ahad tu ada sekali pameran ibu & anak...memang sesak la tempat parking
Seharian suntuk di PICC, ingatkan nak singgah ke Alamanda. Erk..penat suda....Akhirnya kami makan tengah hari sahaja di cafe sana pada jam 4.00 petang. kesian, semuanya kelaparan...Huhuhuhuhu...Apa² pun, muka masing² terpancar rasa happy dan puas hati. Yeay!!!