Saturday, March 22, 2014

Amazing Sabah!!! ~The Tip of Borneo @ Tanjung Simpang Mengayau, Kudat part 2~


Sambungan dari part 1.

Perjalanan diteruskan, kali ini konvoi dengan 2 buah kereta pula menuju ke Kudat. Dari Kota Belud ke Kudat mengambil masa lebih kurang selama sejam setengah. Keadaan jalan yang pergggghhhh, aduyai..... Rasa macam nak guna 4WD je kalau nak pegi sekali lagi. Kesian kereta akak iparku. Memang kena fokus dan slow and steady en Syawal bawa. Sayang kereta wooo even bukan kereta sendiri sebab dah anggap adik beradik kereta. (keretaku sama jenis dengan kereta akak iparku). Kikikiki.......

Keadaan jalan banyak yang berlubang². Kalau dapat musim hujan, memang masak ler. Tapi, kebanyakan jalan semuanya dalam pembinaan pembaikan semula. So, maybe kalau pi sekali lagi, jalan dah cantiks kut.....

Kudat, Simpang Mengayau, Tip Of Borneo

Sebelum sampai ke Simpang Mengayau, kami singgah sebentar di Pekan Kudat. Ambil feel dahulu orang kata....Berposingla apa lagi...huhuhuhuhu.....

Kudat, Simpang Mengayau, Tip Of Borneo
lovely kids

Nak ke Simpang Mengayau ni, perjalanan memang sangat memenatkan. tambah² lagi jalan untuk memasuki tanjung ni agak teruk dengan jalan batu tetapi bila dah sampai tempat ni tersangatlah cantik....Berbaloi² redah jalan batu - batan ni tau.....



Kudat, Simpang Mengayau, Tip Of Borneo

Simpang Mengayau ni adalah sebuah tanjung paling utara di Pulau Borneo. Ia terletak di daerah Kudat dan merupakan sebuah kawasan pelancongan di Malaysia. Simpang Mengayau juga merupakan sebuah jaringan bukit tinggi yang memanjang mengadap ke Laut Sulu sehingga menampakkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam.


Kudat, Simpang Mengayau, Tip Of Borneo


Kami sangat excited nak menapak ke Simpang Mengayau ni....Bersambung di part 3...huhuhuhuhu.....

to be continue......

Friday, March 21, 2014

Selawat syifa


Selawat syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.

Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH  SWT.

Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa' juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.


KHASIAT SELAWAT SYIFA’

1. Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
  • Baca 21x dan hembus dalam air. Minum air tersebut dan sapu di tempat yang sakit.

2. Meransang minda kanak-kanak
  • Baca dan hembuskan ke kepala anak semasa mereka tidur. Boleh juga baca pada kismis dan beri anak makan sehari 3 biji.

3. Melembutkan hati yang sedang marah atau merajuk
  • Baca 3 kali dan tarik nafas dalam2. Ulang sebanyak 3 kali. Boleh juga hembus perlahan2 pada orang yang sedang marah.

4. Memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak, memupuk rasa cinta di antara suami dan isteri.
  • Amalkan sebagai zikir ketika sedang menyapu rumah dan ketika memasak makanan untuk keluarga anda.

Wednesday, March 19, 2014

Zikir Pelembut Hati

Assalamualaikum dan salam ceria....

Zikir ini elok diamalkan untuk melembutkan hati pasangan / anak:

Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas pasangan / anak sekira-kira mereka tidak perasan.

Atau membacanya ketika  pasangan / anak tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) pasangan / anak.

Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

Selain daripada itu amalkan doa ini:

 "Ya Allah, lembutkanlah hatinya sepertimana Engkau lembutkan besi"

Amin...Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan kita baik di dunia mahupun di akhirat.

Tuesday, March 18, 2014

Tindakan semasa jerebu : Apa perlu dilakukan?


Assalamualaikum and salam ceria...

Ramai yang bertanya apakah kesan buruk jerebu terhadap kesihatan manusia, baik kesan jangka pendek mahupun jangka panjang?

Dan sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin terhadap persekitaran mahupun kesejahteraan diri sendiri, keluarga, jiran tetangga mahupun sesiapa sahaja yang kini terdedah kepada jerebu dan kesannya, apakah yang harus dilakukan?

Jerebu dan puncanya

Ia terjadi apabila keupayaan sistem udara sekitaran gagal menampung bebanan bahan cemar dan keadaan ini bertambah buruk sekiranya ia berlaku dalam cuaca yang stabil seperti keadaan yang kurang berangin.

Ini mengakibatkan bahan cemar berkaitan tidak dapat diserakkan ke tempat lain dan pemekatan berterusan berlaku.

Seterusnya akan meneruk dan memanjangkan tempoh dedahan penduduk setempat kepada jerebu yang semakin tebal.

Perbezaan tekanan muka bumi turut menyebabkan pergerakan bahan cemar cenderung berpusat ke sesuatu kawasan di samping keadaan geografi yang seakan-akan menampung bahan cemar agar tidak terkeluar jauh.

Hasilnya akan menyebabkan keadaan jerebu yang jelas dilihat pada mata kasar dan seharusnya pada masa itu Indeks Pencemar Udara (IPU) berada pada tahap yang tidak sihat.

Punca kejadian menentukan isi kandungan udara semasa jerebu.

Pembakaran terbuka seperti hutan atau kawasan pertanian sering menyebabkan banyak partikel halus dan gas toksik terutamanya sulfur dioksida dan karbon dioksida terhasil dalam udara sekitaran.

Jerebu yang terhasil akibat daripada pelepasan asap tidak mengikut standard daripada kenderaan atau kilang akan mengandungi paras partikel halus dan gas toksik seperti nitrogen oksida dan nitrogen dioksida, karbon dioksida, plumbum dan sebagainya.

Kesan kesihatan akibat jerebu

Udara berjerebu mengandungi banyak partikel yang terdiri daripada habuk serta debu halus bersaiz sekecil 2.5 mikrometer yang mampu memasuki hingga ke alveolus paru-paru.

Habuk partikel menyebabkan iritasi dinding bronkus dan cabangnya serta mampu mengganggu fungsi rambut silia yang meliputi hampir keseluruhan saluran pernafasan.

Keadaan ini menyebabkan penghasilan cecair mukus bertambah daripada biasa dan menyebabkan banyak kahak terbentuk. Pada ketika ini pesakit akan mengadu keresangan pada tekak dan batuk.

Jika keadaan berterusan, penghasilan kahak akan bertambah dan ini akan menyempitkan saluran pernafasan.

Kedua-dua keadaan tersebut memungkinkan kuman bertindak balas dan menyebabkan jangkitan pada sistem pernafasan.

Kerana sifat partikel yang menyebabkan iritasi, ia juga menyebabkan kegatalan pada kelopak mata serta rongga hidung sekiranya terdedah kepada tahap tertentu.

Debu halus bersaiz 2.5 mikrometer sering menjadi masalah dalam aspek kesihatan persekitaran kerana ia boleh melalui sistem pernafasan sehingga ke hujung alveolar di mana berlakunya pertukaran oksigen dan karbon dioksida.

Kerana ia terlalu halus, kemungkinan memasuki ke dalam sistem darah semasa pertukaran oksigen dan karbon dioksida adalah tidak mustahil.

Dan diketahui bahawa terdapat beberapa logam toksik seperti plumbum dan sebagainya yang melekat pada debu halus menyebabkan berlakunya keracunan darah pada tahap yang mikro.

Kehadiran gas toksik di dalam jerebu memburukkan lagi keadaan dengan menyebabkan pengecutan saluran pernafasan dan seterusnya menyempitkan lagi saluran.

Keadaan tersebut akan menyebabkan pesakit asma terutamanya, mengalami serangan sesak nafas yang lebih kerap dan lebih teruk berbanding semasa tiada jerebu.

Dengan kehadiran hujan atau kabut, gas toksik akan dilarutkan bersama dengan partikel yang lain.

Keadaan ini memungkinkan berlakunya hujan atau kabut asid yang boleh menyebabkan iritasi pada dinding mukosa dan kulit kepada sesiapa yang terdedah.

Pendedahan kepada dinding mukosa seperti mata menyebabkan konjuntivitis, pada hidung menyebabkan bersin dan selesema, dan pada tekak menyebabkan perit dan gatal tekak.

Pada kulit ia menyebabkan keadaan gatal-gatal dan ekzema. Keadaan ini tidak sihat jika terdedah kepada pesakit kulit atau pesakit respiratori.

Asma

Dalam konteks kesihatan awam, asma merupakan salah satu penyakit yang berkait rapat dengan pencemaran udara.

Beberapa kajian dalam dan luar negara turut menyokong pandangan tersebut di mana fungsi pernafasan didapati merosot ketika jerebu.

Data epidemiologi yang lalu turut menunjukkan kes serangan asma meningkat hampir selari dengan peningkatan tahap IPU.

Ia sering terjadi di kalangan kanak-kanak dan remaja serta dikaitkan dengan sejarah keluarga yang mempunyai masalah yang sama terutamanya di kalangan ibu bapa atau saudara kandung.

Mereka yang sedia alami penyempitan saluran pernafasan akibat penghasilan cecair kahak yang banyak serta pengecutan saluran itu sendiri akan mengalami keadaan yang lebih buruk jika terdedah kepada habuk dan gas toksik jerebu di luar rumah.

Selain itu kanak-kanak dan remaja juga lebih terancam kerana mereka mempunyai kadar pernafasan yang lebih pantas berbanding orang dewasa dan ini menyebabkan lebih banyak bahan cemar akan disedut masuk lalu menyebabkan gangguan saluran pernafasan yang lebih signifikan.

Sesiapa yang terdedah kepada jerebu akan menunjukkan tanda resangan pada bahagian mukosa seperti mata, hidung dan tekak.

Beliau akan mengalami pedih mata dan berair, pedih hidung dan bersin, perit tekak dan batuk.

Sekiranya pesakit asma dapat mengelak daripada dedahan jerebu seterusnya, beliau mungkin dapat menghindari dirinya daripada serangan asma.

Namun sekiranya terus mengalami dedahan, serangan asma mungkin berlaku, yang mana ia lebih kerap, lebih teruk dan lebih sukar dirawat berbanding serangan asma yang biasa.

Mungkin perlu dimasukkan ke hospital atau pusat perubatan untuk rawatan lebih intensif sekiranya berlaku jangkitan sistem pernafasan.

Jangkitan berlaku apabila pesakit mula menunjukkan tanda seperti demam, batuk berkahak, selesema berpanjangan, sakit kepala dan sebagainya.

Rawatan segera penting bagi mengelakkan komplikasi jerebu yang lebih teruk.

Pesakit asma yang telah pulih dinasihatkan agar duduk di rumah dan kurangkan aktiviti di luar rumah atau bangunan agar tidak terdedah seterusnya kepada jerebu.

Serangan semula mungkin berlaku jika berterusan terdedah kepada jerebu.

Tindakan pencegahan

Golongan yang berisiko tinggi selain pesakit asma adalah pesakit pernafasan kronik, pesakit jantung dan warga emas juga perlu diberi perhatian ketika berlakunya pencemaran udara seperti jerebu.

Dinasihatkan agar mereka ini mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah sekiranya IPU mencapai 200 mata, ditafsirkan sebagai tidak sihat.

Digalakkan memakai alat lindung diri sekiranya berada di luar rumah atau bangunan.

Kawalan alam sekitar bagi mengurangkan pencemaran dalam rumah perlu dilaksanakan seperti tidak merokok, tidak menggunakan lingkaran asap menghalau nyamuk di samping penggunaan alatan pengudaraan yang baik.

Sekiranya IPU mencapai peringkat berbahaya, golongan berisiko tinggi dan masyarakat umum perlu mengurangkan masa serta aktiviti luar.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap arahan kerajaan dan kepada masyarakat, pembakaran terbuka mestilah dihentikan serta-merta.

Begitu juga kilang-kilang perlu mematuhi arahan daripada pihak berkuasa agar mengikut standard yang telah ditentukan.

Masyarakat boleh berkongsi kenderaan ke pejabat atau menggunakan pengangkutan awam yang sedia ada untuk urusan harian.

Udara kini sedang sakit akibat aktiviti tidak bertanggungjawab segolongan manusia di negara jiran.

Jangan kita menambah ketenatan udara tersebut kerana setiap daripada kita bernafas di dalam satu ekologi udara yang satu.



Apa yang menyumbang kepada jerebu?

1. Pembakaran secara terbuka
2. Penggunaan bahan bakar yang 'kotor'
3. Penggunaan minyak mengandungi plumbum untuk kenderaan
4. Kawalan pencemaran yang tidak berkesan
5. Pelbagai semburan atau aerosol
6. Pelbagai pembakaran yang menyumbang kepada penghasilan asap
7. Mungkin juga pembakaran rokok !!!


Apakah kesan kesihatan kepada manusia

1 Gangguan saluran pernafasan dan paru-paru seperti asma atau lelah, sesak nafas dan radang paru-paru

2 Mata terasa pedih-pedih,berair dan rengsa serta menyebabkan konjuntiviti

 3 Kepala berasa berat dan sakit

4 Dada ketat dan terasa sesak


5 Letih yang berlebihan dari biasa


6 Ketidak stabilan emosi


7 Gangguan kepada hormon terutama wanita


8 Kesan kepada ibu yang mengandung dan juga kepada janin


9 Mungkin menyebabkan maut jika gangguan pernafasan menyebabkan serangan asma atau bronchitis yang teruk

*partikel terampai ini boleh menyebabkan kesan kepada:

· Kematian bayi dalam kandungan
· Masalah pernafasan
· Asma yang kritikel
· Bronkitis yang kronik
· Kerosakan paru-paru
* Menurut EPA ( Unit Pencemaran Udara USA ) (1992)

Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia

0-50 -----Sihat
51-100 ----sederhana
101-200 -------tidak sihat
201-300 ------sangat tidak sihat
300 --------Berbahaya



Apa yang perlu anda lakukan

· Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar
· Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
· Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
· Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
· Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
Selain itu, anda boleh lakukan perkara berikut

Kerap mengambil wuduk bagi orang Islam
· Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
· Kurangkan masa berada diluar rumah atau bangunan
· Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
· Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
· Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
· Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
· Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
· Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
· Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
· Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
· Pengharaman pembakaran secara terbuka
· Kawalan lebih ketat kepada industri.
· Mengurangkan waktu persekolahan .
· Mengurangkan masa bekerja
· Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
· Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat
· Mengurangkan aktiviti kemungkaran dan kemaksiatan kerana setiap yang berlaku didunia ini pasti ada kaitannya dengan dosa, kerosakan dan kezaliman yang dibuat manusia itu sendiri
· Bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan agar diturunkan hujan bagi membersihkan kembali udara

sumber : utusan, JAS 1997


Monday, March 10, 2014

#PrayForMH370


" Ya Allah, mudahkanlah urusan kami....mudahkanlah urusan mereka...
Tenangkan hati kami....
Tenangkanlah hati kaum keluarga mereka.....
Amin "



#prayforMH370

#prayforMH370


Friday, March 7, 2014

Wednesday, March 5, 2014

air oh air

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all...


ehm...tahun ni memang agak mencabar bagi aku dan tahap kemalasan dan kesibukan memang sebagai faktor la untuk aku bergiat aktif untuk mencoretkan dalam belog aku ni. Sebenarnya penyakit M & S......huhuhu.... (intro ntah apa-apa, kan..?)


Bercakap pasal air ni...Sekarang ni negeri Selangor dilanda kecatuan air oleh kerjaan negeri sebagai salah satu langkah alternatif bagi menyekat kekangan kekurangan dan penyusutan paras air di empangan-empangan sekitar Selangor. So, warga Selangor mengalami catuan air berkala iaitu 2 hari ada air dan 2 hari mengalami gangguan air. Eh yeke ni???


Oklah, sebenarnya aku teringatlah cerita dulu-dulu masa negeri  Melaka mengalami krisis ketiadaan air tahun 90-an. Antara yang aku ingat masa tu, bila aku diterima masuk ke asrama penuh di Melaka. Masa tu, memang Melaka mengalami krisis air. Ok, budak hingusan baru berumur 12 tahun ++...Tak tahu apa-apa...Terpaksa berusaha untuk mendapatkan bekalan air dan yang paling best sekali ialah; sekolahku mempunyai ratusan anak tangga....uwaaaaa...

Kisah tiada air di sekolah..Fenomena takde air kat sekolah ni memang dah jadi kebiasaan kut utk bebudak sekolah aku ni. Dah le sekolah atas bukit, air takde. So, beramai-ramaila turun ke bawah dengan membawa baldi masing² untuk mengumpul air. Yang kelakarnya, baru setengah perjalanan menaiki tangga, paras air dalam baldi tinggal separuh. Sebab, kepenatan menaiki tangga dah jadi satu hal... Baldi dah le kecik...sesampai je memang tinggal separuh...hahahahaha...Badan pun lencun dek peluh.

Pastu, potong plastik then tutupla atas baldi untuk elakkan kemasukan serangga atau kecurian air. Kadang-kadang marah jugak, sebab paras air makin sedikit dalam baldi tu. Yelah, letak kat bilik air...mana tahu siapa yang mengambil/mencuri air kan?

So, the next pengambilan air, aku dah tak isi air dalam baldi. Aku cari botol2 minuman yang bersaiz 1 liter tu, isi air dalam botol dan masukkan ke dalam baldi. Senang mau angkut.So, kadar tumpahan air ketika naik ke atas adalah zero. Hahahahhaha.....

Kawan-kawan aku yang memang orang Melaka, memang balik rumah masing-masing la. Orang yang dok perantauan macam aku ni, ehmmm bertabah dan bersabar ajelah. Kadang² bukan sebab Melaka takde air pun, tapi most of them disebabkan tekanan air yang rendah. Yela, sekolah atas bukit. Huhuhuhuhu.....

Pengalaman kekurangan air ni sampailah aku di tingkatan lima. Cuma tak brape ingat tahun bila yang betul² kronik takde air sampai sekolah bagi pelepasan balik. Tapi opkos aku menumpang di rumah kawan² aku di Melaka ajelah. Tetapi pengalaman menaiki anak tangga beratus sambil membawa sebaldi air memang nostalgia la. Nak menumpang mandi di rumah pengetua, memang aku segan la.Apa² semua ni mengajar erti tabah dan sabar. Kadang² bila hujan turun lebat, memang meriah la mandi air hujan....Hahahaha.....Melompat sampai monyet² kat sebelah pun naik heran. hahahaha.....

* kenangan lama mengusik jiwa* cewahhh


Monday, March 3, 2014

~Senaman Untuk Sakit Tengkuk~

Assalamualaikum dan salam ceria semua...


Kali ni aku nak kongsi tip-tip senaman yang melibatkan leher dan tengkuk. Aku rasa penyakit sakit tengkuk dan ketegangan leher ni dah menjadi satu trend masa kini. Mana taknya, 24jam (eh..yeke..?) dok asyik mengadap gajet je...Tak fbing...wassap ke....Bukan memerlukan komitmen untuk sentiasa mengadap ker? Huhuhuhu....

Tips ni, kalau korang rajin bolehlah amalkan. Sebabnya, aku pun terkena sindrom ni juga. Hahahahaha.....Sangat tak selesa ok biler sakit menjengah. Dah la stress pasal kerja, sakit tengkuk plak mengadap wasssap konon² menghilangkan stress..Eh..eh..aku le tu yea..... @_0

So, sesiapa ada masalah sakit tengkuk, rajin-rajinlah bersenam....Boleh cuba beberapa cara seperti gambar di bawah ni....

sakit tengkuk, senaman untuk sakit tengkuk, leher

 Yang ini senaman bagi sesiapa yang banyak menghabiskan masa di opis. Terutamanya yang terlibat secara langsung menggunakan komputer.

Bagi mereka yang lebih suka melakukan senaman yoga, boleh juga mencuba senaman seperti gambar di bawah ini....

sakit tengkuk, senaman untuk sakit tengkuk, leher




sakit tengkuk, senaman untuk sakit tengkuk, leher


Tapi kadang-kadang, agak- agak sakit tengkuk ke leher ke bahu, aku pakai minyak urut cap burung unta ajelah. Untuk kesan sementara waktu. Apa-apa pun, senaman adalah salah satu cara terbaik untuk merawat sakit tengkuk atau leher ni. Sebab kalo makan ubat painkiller pun, kesan untuk sementara waktu sahaja. Ok, selamat menghilangkan sakit tengkuk....