Friday, December 26, 2014

Semoga Allah SWT akan mengabulkan doa kita serta merahmati kita semua.......


Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat2 baginda....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibbah banjir ini....

Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,

Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....

Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,
Kasihilah kami semua,
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,

Ya Allah, Ya Tawwab,
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,

Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....

Amin....

Minta kongsikan doa ini..
Semoga dengan keikhlasan hati kita...
Allah SWT akan mengabulkan doa kita...
Serta merahmati kita semua.......

Monday, November 24, 2014

Karnival Upin Ipin 2014 ~ makcik stressssssss

Salam Semua.....


Sebenarnya aku tak plan sangat pun nak ke Karnival Upin Ipin ni. Biasa² sahaja tapi macam biasa, ad hoc planning.....Seusai perjumpaan BAKAT, cepat² aku kerahkan anak² aku bersiap untuk ke Karnival Upin Ipin yang diadakan di Pusat Konvensyen  Antarabangsa Putrajaya (PICC). Kekonon nak kejau masa slot 2.00 petang iaitu perarakan Upin Ipin dan slot 4.00 petang, persembahan ulung Ultraman.

Kisahnya bermula begini......Sesampai sahaja di trafic light bawah (selepas susur ke kiri dan belok ke kanan)...Perarakan kereta terhenti bermula.....bayangkan dari trafic light bawah nak naik ke atas tu makan masa 45minit. Itupun dengan pantas dan cepat, aku beri kerahan arahan pada en. somi supaya parking cepat² di tepi jalan (kebetulan ada kereta nak keluar). Tempat kami parking pun masih di bawah dan masih kena juga la menapak mendaki bukit untuk ke PICC tu.

Aku rasa kalau masih mencari² parking, tak tahulah berapa lama lagi kami tersangkut dengan perarakan kereta terhenti tu. Silap² ketebalan iman pun menipis. Nasib hujan gerimis turun. Kalau cuaca panas, lagi menyoren kut aku rasa.

Karnival Upin Ipin 2014, PICC

Karnival Upin Ipin 2014, PICC

Karnival Upin Ipin 2014, PICC 


Karnival Upin Ipin 2014, PICC


 Sesampai sahaja di dalam PICC, ehmmm....terlalu padat. Pada masa itulah konvokesyen Universiti  MAHSA berlangsung. Waduh...So, no wonderla perarakan kereta terhenti itu bercampur/ clashed sekali dengan konvokesyen ni. Sangat² sesak..Dengan orang yang membawa stroller la....Dengan meja bulat yang aku rasa sangat tidak sesuai di letakkan di ruang makan. Tak praktikal aku rasa. Paling aku sangat menyampah bila masuk ke dalam Dewan A. (aku rasa dewan A kut sebab semua Dewan B berbayar).

Karnival Upin Ipin 2014, PICC
lautan manusia....paling kesian budak² la...bahu bertemu bahu ok!!! aku amik pix ni pun unjur tgn tggi²
Belum nak masuk dewan, di pintu luar pun dah terlalu padat! Bahu bertemu bahu ok!! Aku paling kesian pada anak² kecil la. Super serius...dengan panas...Budak² kecil menangis tu aku rasa dah macam lagu di dalam dewan tersebut. Aku masuk je, first aku fikir ialah....Besau ni ke pentas tu????? ALAHAI.....Kompem 200% tak nampak!!!! Kecoh bermula bila pentas pun macam nak roboh. Emcee asyik² membuat pengumuman supaya beranjak takut² pentas roboh. (tempat BESAU sangat kan). Yang di belakang menyuruh yang di depan duduk. Kira win - win situasion la. Sebabnya, aku kat belakang (bersama orang² di belakang) dah duduk. Tapi yang best, yang di  depan masih berdiri. Mula la kecoh itu ini.
Karnival Upin Ipin 2014, PICC
aku snap dari tv di luar dewan jerkkkk

Karnival Upin Ipin 2014, PICC
dari pandangan semasa menaiki eskalator

Aku rasa, budak² ni tak seberapa excited sangat nak tengok persembahan ULTRAMAN ni. Aku rasa yang banyak enjoy dan ternganga mulut tengok dengan tekun oleh si ayah. Kompem mengimbau zaman kecil² dulu. Yea dak??? Sebabnya....aku tengok, si ayah la tekun...huhuhu...

Disebabkan satu apa tak nampak...Hatta aku yang agak tinggi pun tak nampak apa, apatah lagi anak² aku....Kitaorang keluar la dari dewan kepanasan itu. Pi luar dewan yang sediakan TV yang comel utk melihat persembahan tersebut. Bolehla...berhimpit tengok...Bak kata en somi, kalau gitu, baik tengok kat tv ajelah. Habis nak buat macam mana kan??? (sebab en somi dapat tgk live ngan Hamizan...aku pun malas nak bertanya lebih² sebab kitaorg dah terpisah time tu).


Karnival Upin Ipin 2014, PICC

Mood pun hilang sebenarnya sebab tempat / ruang sangat tidak selesa. Too small dan paling lawak tu sebab dalam dewan tersebut banyak booth² jugakla. Tapi nak bergerak pun tak boleh....Nak buat macam mana. Lenkali aku rasa, better cari tempat yang selesa dan luas. Dah tahu Upin Ipin tu dah jadi ikon negara, takkan la takleh nak bajet. Dapat² cuti sekolah pun dah bermula. 

Selepas solat asar, aku pujuk anak² aku belanja makan aiskrim. Semua jenis RM2. Oklah tu specially aiskrim berbentuk panda tu. Creamy dan besau. Berbaloi la dengan harga begitu.

Karnival Upin Ipin 2014, PICC

Sebelum balik, posing atas rumput di atas bukit yang cantik ini. Bila sampai rumah, baru padan muka masing² kegatalan dek penangan rumput hijau yang cantik itu. Kui kui..... Ok, tamat.





Tuesday, October 14, 2014

Mata Bergerak²?


Mata bergerak²? Aku start kena ni since last year bila bawah mata kananku bergerak². macam ada wayar ke apa kebergerak². Kalau tak tengok cermin, rasa macam berdenyut² gitu. Rupernya petanda aku nak kena penyakit mata merah. Itulah kedua kalinya dalam sejarah hidupku.

Tapi masalahnya kekerapan bawah mata kananku bergerak² ni makin aktif la plak. Napa erkkk?

Kalau tanya orang² tua katanya gini....

“kalau yang bergerak tuh kelopak mata kanan, ada sedara belah ayah yang meninggal , kalau belah kiri , ada sedara belah mak pulak yang meninggal” dan “kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”. Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis”.
Adesss...tapi buat apa nak bercaya kan? So, kena tanya pakcik gugel la gamaknya. Kalau dolu² dial and angkat phone je call doktor kat tempat kerja untuk bertanya..huhuhuhu....

Hasil pencarian mengatakan....

"nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini."
Jadi, kesimpulannya aku STRESS? Kebarangkalian juga tu...Tapi aku sendiri pun tak sedar aku stress..Mungkin di luar kawalan...hohohohoho....Atau kebarangkalian mataku letih mengadap komputer eh handphone layan wassap je kut...kui ..kui... So, kena berubah ni...Sayangi angunerah daripada Allah ni....macam tak serik mata kiri rosak sudah ni..iskkk

abaikan yang lain

hasil pakcik gugel
Harap²  kesan daripada mata bergerak-gerak ini tidaklah terlalu serius. Cuma kesan  paling ketara ialah rasa rimas  kerana mata asyik bergerak². Apa²pun, aku memang tak percaya sangat kepercayaan orang dulu². Yang berlaku mungkin secara kebetulan sahaja. Jadinya, aku yakin setiap kejadian itu adalah qada’ dan qadar Allah SWT. Wallahu ’alam.


Tuesday, September 23, 2014

Cara Pemakanan Bagi Pengidap Fibriod

Di kalangan wanita yang mengalami fibroid, memelihara cara pemakanan yang betul memainkan peranan yang besar terhadap rawatan fibroid di peringkat awal. Cara pemakanan yang betul akan membantut pertumbuhan fibroid.

3 Prinsip Utama perlu dikendalikan:

Pertama: Pengambilan makanan secara  tetap dari segi masa dan kuantitatif dan tidak terlampau makan.

Kedua: Pengambilan makanan rendah lemak, lebihkan makan daging tanpa lemak,sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.

Ketiga: Lebihkan pengambilan bijirin seperti jagung, kacang.

Selain itu, perempuan yang mempunyai fibroid juga perlu:

1.   Hindari makanan sejuk :Bagi wanita yang fungsi perutnya kurang baik, cubalah menghindari makan makanan sejuk sebelum dan semasa datang haid. In dapat mengelakkan daripada berlakunya gumpalan darah(stasis) dan mengelakkan memburukkan lagi kesakitan haid.

·      Contoh : Minuman sejuk,ketam,siput,kepah,tembikai,pisang,peria,manggis,timun ,oren dan sebagainya.

2.   Hindari makanan masam :Makanan masam akan menyebabkan darah menjadi pekat dan aliran haid terhalang.Jadi wanita yang mengalami kesakitan haid perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan masam semasa datang haid.

·      Contoh : Cuka,strawberi,ceri,manga,lemon,kimchi,belimbing,kurma masam dan sebagainya.

3.   Hindari makanan pedas :Segelintir wanita yang mengalami kesakitan haid dan kadar aliran haid yang banyak, mengambil makanan pedas akan memburukkan hyperemia pelvis dan radang,atau mengakibatkan otot rahim mengalami penguncupan yang berlebihan,seterusnya kesakitan haid menjadi lebih teruk. Jadi penghidap kesakitan haid sepatutnya kurangkan atau mengelakkan daripada makan makanan pedas.

·      Contoh: Cili,lada,bawang putih, bawang merah,halia, sup ayam,durian,perasa pedas dan sebagainya.

4.   Jangan makan longan,kurma,gelatin,royal jelly(madu susu lebah) dan lain-lain makanan mempunyai bahan hormon yang boleh menyebabkan pengumpalan darah.

5.   Jangan makan daging kambing,udang,ketam,belut,ikan masin dan sebagainya.

6.   Kurangkan pengambilan madu,propolis (lem lebah)dan gelatin. Ada fakta yang membuktikan bahawa tonik tersebut mudah menaikkan hormon estrogen dan mengaruh terhadap penyakit fibroid. Seterusnya memudaratkan keadaan kesihatan.

Elakkan makanan berlemak tinggi

Di samping itu, penghidap fibroid perlu lebihkan makan sayur-sayuran,buah-buahan dan elakkan makanan yang berminyak.Secara keseluruhan, penghidap fibroid perlu menghindarkan diri daripada makanan yang memberi rangsangan yang besar terhadap badan seperti lada,cili. Lagipun,pertumbuhan fibroid adalah berhubungan dengan rangsangan hormon estrogen dalam jangka panjang.

Melalui eksperimen haiwan membuktikan bahawa makanan yang berlemak tinggi akan merangsang pertumbuhan dan pembebasan hormon,jadi kadar berlakunya penyakit fibroid atas wanita yang gemuk adalah lebih tinggi jika berbanding dengan yang lain.

Selain itu, penghidap fibroid juga perlu mengelakkan daripada makan kolagen, produk peningkatan payudara,gelatin, royal jelly(madu susu lebah) dan lain-lain makanan yang mudah terasa badan panas, mengakibatkan pengumpalan darah, dan juga perlu elakkan makanan yang mengandungi komponen-komponen hormon.

sumber : di sini

Saturday, September 13, 2014

VULVOVAGINITIS DI KALANGAN KANAK-KANAK PEREMPUAN



VULVOVAGINITIS DI KALANGAN KANAK-KANAK PEREMPUAN

VULVOVAGINITIS in Girls


Vulvovaginitis adalah masalah keradangan yang melibatkan bahagian kulit di kawasan genitalia kanak-kanak perempuan.

Simptom-simptomnya adalah:

1.      Gatal
2.      Pedih
3.      Boleh mengalami lelehan berbau dari faraj

Selalunya keadaan ini disedari oleh ibu tetapi kanak-kanak juga boleh mengadu simptom-simptom seperti yang tersebut jika keadaan bertambah teruk.

APA YANG MENGAKIBATKAN VULVOVAGINITIS?

Kebanyakan kes adalah disebabkan oleh iritasi pada bahagian genitalia, bukan berpunca daripada jangkitan kuman. Kuman yang menyebabkan jangkitan biasanya adalah kuman yang terdapat pada dubur, tekak dan kulit. Penderaan seksual juga merupakan salah satu punca vulvovaginitis di kalangan kanak-kanak prempuan. Penyakit eczema (alahan kulit) juga boleh berlaku pada kawasan genitalia.

MENGAPA KEADAAN INI BERLAKU KEPADA KANAK-KANAK?

Kanak-kanak lebih cenderung kepada masalah ini kerana keadaan anatomi dan juga aktiviti yang mereka lakukan:

  •   Kulit di kawasan genitalia kanak-kanak perempuan adalah nipis dan lembut malah boleh kelihatan kemerahan walaupun dalam keadaan normal. Keadaan kulit seperti ini amat mudah mengalami iritasi
  • Kanak-kanak juga tidak mempunyai bulu/rambut serta kulit yang tebal di kawasan genitalia seperti wanita dewasa yang dapat melindungi kawasan tersebut daripada iritasi
  •  Keadaan seperti di atas menyebabkan kanak-kanak perempuan mengalami iritasi kulit terutamanya semasa melakukan aktiviti bermain luar rumah serta memakai baju yang basah dan memakai seluar ketat
  • Selain daripada itu, kanak-kanak sering mengabaikan kebersihan dan tidak membersihkan kawasan genitalia dengan betul jika tidak diawasi ibu bapa.
  • Kebanyakan ibu bapa sedar bahawa mandian berbuih dan cecair wangian boleh mengakibatkan iritasi pada bahagian genitalia

 
APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN SEKIRANYA ANAK ANDA MENGALAMI SIMPTOM-SIMPTOM VULVOVAGINITIS

Sekiranya anak anda mengalami simptom-simptom vulvovagiitis seperti tersebut, sila bawa anak anda dengan doktor ataupun pakar kanak-kanak. Rujukan kepada pakar sakit puan akan dilakukan oleh doctor sekiranya perlu. Pakai ginekologi/sakit puan akan mengambil sejarah penyakit serta melakukan pmeriksaan terhadap anak anda. 

Sekiranya doktor mengesyaki terdapat jangkitan kuman pada bahagian genitalia, sampel dari faraj akan diambil. Sekiranya anak anda pernah mengalami gangguan seksual, sila beritahu kepada doktor anda kerana ini merupakan maklumat penting yang dapat membantu doktor mengenalpasti keadaan yang menyebabkan vulvovaginitis dan seterusnya membeir rawatan yang bersesuaian dengan keadaan anak anda.

Pemeriksaan yang dilakukan akan diterangkan oleh doktor dan doktor akan memastikan anak anda berada dalam keadan selesa dan tidak mengalami pengalaman yang menakutkan.

CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH VULVOVAGINITIS     

Untuk rawatan ’non specific’ vulvovaginitis, ‘sand box’ vultivis, pruritus, lichen sclerosus, local vulvar sensitivity.

Cara-caranya:

  • Elakkan daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan iritasi dan juga memastikan kanak-kanak tersebut memakai pakaian yang mempunyai pengudaraan yang baik.

  •  Jika boleh, elakkan kanak-kanak perempuan daripada menggaru di akwasan genitalia kerana boleh mengakibatkan jangkitan dan iritasi pada kulit. Jika anak anda mengadu berasa sangat gatal, rendamkan bahagian genitalia di dalam air suam yang dicampur dengan garam (sitz bath) untuk seketika.

  •  Mandi dan rendamkan bahagian genital di dalam air bercampur garam (sitz bath) dua kali sehari semasa mengalami keradangan atau mengalami keradangan di kawasan genitalia.
  • Tidak menggunakan sabun yang terlalu kuat untuk membasuh kawasan kemaluan. Penggunaan Neutrogena, Dove dan Ivory adalah digalakkan.

  •  Elakkan daripada mandi buih.

  •  Lapkan perlahan-lahan kawasan genitalia selepas mandi menggunakan tisu yang lembut.

  •   Amalkan cara yang betul untuk membersihkan kawasan genitalia selepas membuang air kecil/besar (bersihkan dari kawasan depan ke belakang).

  • Jika kulit di kawasan genitalia terasa pedih, gunakan kapas yang bersalut  “mineral oil” (jangan gunakan tisu tandas yang kesat).

  •  Jangan sesekali menggunakan tisu tandas yang berwarna.

  • Memakai seluar dalam dari 100% fabrik kapas. Elakkan dari memakai seluar dalam fabrik nilon kerana ia tidak menyerap peluh sepenuhnya.

  • Jangan memakai seluar yang ketat.

  • Jangan menggunakan tuala wanita yang berbau wangi semasa sedang kedatangan haid.

  •  Jangan menyapu ubat seperti solarcaine, spray feminine wanita dan juga ubat sapu antibiotic
  •  Vaselline gel boleh digunakan untuk melegakan kepedihan di akwasan genitalia yang mengalami iritasi.

  • Jika boleh, elakkan kanak-kanak perempuan ini dariapda menggaru di akwasan genitalia kerana ia boleh mengakibatakan jangkitan dan iritasi pada kulit.

  • Anak-anak anda harus diajar untuk menukar pakaian yang basah ataupun ketat secepat mungkin. Seluar dalam juga harus ditukar sekerap mungkin terutamanya jika terdapat bahan asing seperti pasir/tanah.

  • Anda juga boleh mengajar anak-anak anda cara membersihkan kawasan genitalia mereka sendiri. Jika doktor mengesyorkan penyapuan krim di akwasan genitalia, ajar anak-anak ini untuk menyapu sendiri krim di hadapan cermin. Dengan cara ini, kanak-kanak perempuan ini akan menghargai dan bertanggungajwab terhadap tubuhnya badannya sendiri.


ADAKAH VULVOVAGINITIS BOLEH BERULANG?

1.      Dalam sesetengah kes, akank-kanak perempuan ini boleh mengalami vulvovaginitis lebih dari sekali.

 2.      Kanak-kanak ini harus diajar untuk menjaga kebersihan diri sendiri supaya mereka boleh bersedia sekiranya vulvovaginitis berulang.

3.     Anak anda harus dibawa ke klinik sekiranya vulvovaginitis berulang kerana ia mungkin disebabkan  oleh patologi yang berlainan.

4.  Bagaimana pun, jika kanak-kanak anda mengamalkan cara yang betul untuk menjaga kebersihan di kawasan genitalia, keadaan ini mungkin tidak akan berulang.

Sumber : O&G, PPUKM

Friday, September 12, 2014

Benefits of Yoga


Antara senaman yang aku suka buat tapi sangat malas nak amalkan...kui kui kui..Sebab? Takyah nak lompat² or ke hulu hilir tak tentu arah ( areobik).... Yoga ni nampak macam senang, tapi bila buat....memang berpeluh dan kepada sesiapa yang tidak mempunyai kelenturan badan yang bagus, memang agak menyakitkan. Tapi takpe, pelan² amalkan...Lama kelamaan nanti badan tu boleh dilentur....




benefit of yoga

Thursday, September 4, 2014

#Malaysia57

Assalamualikum dan salam kemerdekaan...As usual, salah satu acara tahunan di dalam kalendar familiku  adalah melihat perarakan Hari Kemerdekaan yang disambut untuk ke 57 tahun.... Macam biasa juga, aku akan cakap pada anak² aku, " next year, kita tengok di tv sahaja" tapi setiap tahun jugak aku akan membawa pi ke Dataran Merdeka...kuwa kuwa kuwa......
di sini lahirnya sebuah cinta; #57Merdeka

Seawal jam 7.30 pagi dah terpacak depan Dataran Merdeka ni. Memang semangat betulla. Pemberian bendera dan botol mineral diberikan secara percuma....*semua nak free aje kan?*

di sini lahirnya sebuah cinta; #57Merdeka

di sini lahirnya sebuah cinta; #57Merdeka

Ramai juga yang betul² bersemangat....Sempat juga la snap sekeluarga memakai baju Jalur Gemilang. Lagi satu, brilliant idea nak cari kalau² anak² terhilang di dalam lautan manusia.....

di sini lahirnya sebuah cinta; #57Merdeka

Selepas acara perarakan tamat, lautan manusia pula membanjiri kaunter² tiket di stesyen Masjid Jamek. Selai kad touch n go plak dah expired, so nak tak nak en. somi kene la beratur beli token. Dah habaq awal² beli return tapi degil....Nasibla yea....you beratur sorang²...ngeeeeee....

Cuma satu ajelah yang tidak seberapa aku rasa...Lagu Kehilangan oleh penyanyi Firman asyik² diulang banyak² kali. Kalau lagu oleh arwah Sudirman lagu Warisan tu...oklah jugak, bertepatan dengan tema hari kebangsaan...entahla.....*pendapat peribadi aku je ni*



Wednesday, September 3, 2014

Subang International Air Carnival; #siac2014

Cuti persekolahan untuk mid term berakhir sudah. So, last aktiviti ialah mengajak anak² melihat pameran kapal terbang di Subang sempena Subang International Air Carnival yang diadakan pada 12 - 15 Jun 2014; #siac2014. So, pelan memang nak pi pagi² sebab memang musim panas ni.
 Huhuhu...bahang!
  


 


Subang International Air Carnival;  #siac2014

Dalam 10.45 pagi dah sampai dan syukur parking lot masih banyak kekosongan lagi. Namun, bayaran RM2 dikenakan untuk setiap kereta. Tiket masuk untuk dewasa pula adalah RM15, kanak² berumur 7-17 tahun pula RM5 manakala pelajar (kena tunjuk kad pelajar) pula sebanyak RM10 dikenakan.
Subang International Air Carnival;  #siac2014

Sesampai di hangar kapal terbang, kapal-kapal terbang tersusun gah. Apalagi, bergambar dan cuba menaiki mana² kapal terbang yang dipamerkan. Walaupun cuaca mendung, namun bahang kepanasan tetap terasa. Hasilnya, muka kami memang ‘burn’ la specially kat batang hidung. Kikikiki.....



Subang International Air Carnival;  #siac2014



Selain itu, banyak juga pameran dari agensi penerbangan, syarikat swasta dan tak lupa juga syarikat merekrut staf penerbangan. Kalau ada yang berminat untuk terbang ke awan biru, bolehlah mencuba nasib. Paling banyak orang ramai teruja ialah helicopter joyride. Harga adalah sebanyak RM150 untuk seorang. Aku kompem tak naik; kalau nak naik...mesti semua nak...hahahaha. ada juga kalau siapa² nak merasa pengalaman membawa kapal terbang, tapi stimulasi ajelah. Bayaran dikenakan adalah sebanyak RM50 untuk 15 minit.
Subang International Air Carnival;  #siac2014

Subang International Air Carnival;  #siac2014


Jam 2.00 petang pula, terdapat pertunjukan Mini Military Tattoo dari Tim Akrobatik Army Red Warrior. Jangan tak tahu ade penyertaan dari kalangan wanita; hebat! Budak² memang suka la tengok motor² ni ‘melompat’. Huhuhuu. Cumanya, dikhabarkan dengan dukacitanya tiada pertunjukan akrobatik kapal terbang. Pada mula dikhabarkan akan digantikan dengan pertunjukan akrobatik kapal Krisakti oleh Dato’ Halim namum dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Aku pun cuba jugalah bertanya pada staf yang bertugas. Katanya; tidak mendapat kebenaran daripada kawalan trafik. Ehmm, ok...nak buat macam mana, tak rezeki tapi sempatla tengok aksi tu masa kat majalah Tiga tempoh hari. Huhuhuhu... Apa²pun, sempat jugaklah kami bergambar bersama dengan Dato’ Halim ni. Tak silap aku, dia ni juara masa pertandingan redbull. 

Subang International Air Carnival;  #siac2014
Anyway, dengan bahang kepanasan dan 2 botol air masak hampir 3 liter aku bawa masih tidak dapat menghilangkan dahaga. Nak tak nak, kena beli juga makanan dan minuman ( budak² dah merengek lapar katanya). Mahal ok, sepinggan nasi ayam ( ciput je) dah RM7, air tin RM2.50, aiskrim RM3. Paling en suami bengang air mineral botol kecil (500ml) RM6. Hohohoho....aku bagitahu dia yang itu jenama Evian, memangla mahal. Tapi, memang jenama itu je yang dijual di situ...hahahahaha.....nasib badan.... 

Akhirnya, jam 4.00 petang kami berangkat pulang. Round² bandar Klang dulu sebelum balik ke rumah.


Sunday, August 31, 2014

Malaysia...Di sini lahirnya sebuah cinta

malaysia di sini lahirnya sebuah cinta; 57 tahun


57 tahun martabat bangsa diangkat, lantas dijulang,             5 perdana menteri, diseluruh dunia tersohor terbilang, rencamnya kaum dan budaya menjadi anyaman harmoni cemerlang, untaian kejayaan dan pencapaian, harum namamu berulang-ulang, satu bumbung, satu negara terbilang...
Selamat Menyambut Hari Merdeka Malaysia!!!

Friday, August 29, 2014

Happy Birthday SARA!



Kata² ini dipetik di lama FB kawanku Azry...Sorry, aku pinjam tanpa kebenaran tapi kata² yang diucapkan tu memang terbaiklah!
Sara's Birthday



Sara's Birthday


Friday, August 22, 2014

~In remembrance of MH370 & MH17 ~



Hidup perlu diteruskan.....Kesedihan buat Malaysia.....





Semoga harapan untuk MH370 dijumpai......
To Him we belong and to Him is our return..... Al fatihah.....

Friday, August 15, 2014

~Senaman Pinggang~


Assalamualaikum dan salamn ceria,

Kali ini nak share sedikit tips untuk orang yang sakit pinggang terutamanya dapat keje jenis asyik duduk depan komputer 24 jam! (aku la tu....) Ditambah lagi dengan kesan cucukan bius masa bersalin dahulu, memang la kesan yang agak lama untuk aku ngadap hari-hari. So, senaman ini adalah salah satu rutin yoga (bagi yang biasa buat yoga tentu tahu). Kalau tengok gambar di bawah ni, nampak macam senang je. Memang senang(yelah tu!), tapi aku boleh tumbang terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan dan akhirnya kedebommmm jatuh juga. Ini kerana tak seimbang dan pergerakan otot aku yang lemah.....So, silalah ambil langkah pencegahan dan silalah melakukan senaman ini untuk mereka yang sakit pinggang. Aku dah buat banyak sesi, dan syukur alhamdulillah....sangat berkesan.

30 second fix for stiff hips, sakit pinggang


30 second fix for stiff hips, sakit pinggang

source : Prevention 

Thursday, July 24, 2014

MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS


Salam.. Alhamdulillah kita telah memasuki 10 hari terakhir Ramadhan; semoga kita semua senantiasa dirahmati Allah dan memperoleh pengampunan dalam bulan yang mulia ini. Satu perkongsian cerita yang diterima di emelku. 

MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS

Pada satu hari, seorang bayi perempuan telah dilahirkan di sebuah rumah yang cukup damai di atas bukit. Sejuk. Nyaman. Ceria, begitulah jua hidup bayi ini dikelilingi.
Bertemankan taman menghijau, diselangi buah dan sayuran segar, anak tunggal ini membesar dengan layanan tertinggi.

RENUNGAN DI BALIK PAGAR KAYU

Setahun demi setahun, usia menjangkau dari bayi menjadi kanak-kanak. Anak ini sudah pandai berlari. Ada juga sesekali memanjat. Dia cukup teruja dengan pagar kayu rumah buatan ayahnya. Ada sesuatu yang istimewa di sana.

Setiap petang, di sinilah tempatnya dia menunggu, merenung kejauhan di balik pagar kayu itu. Kerana hairan dengan telatah anaknya ini, si ibu bertanya, "Anakku, apa yang menarik kau lihat ke sana?"
Anak perempuan ini mengunjuk tangannya nun ke hujung bukit sana.

Tersergam, sebuah rumah agam. Hijau dindingnya. Namun bersilau-silau bingkai tingkapnya, bagai bertatah emas. Si ibu pun seperti pertama kali melihatnya, terpesona dengan kecantikannya. Diusap-usap kepala anak comel ini, "Anakku, kelak kau dapat jua ke sana. Belum masanya lagi."

KEJUTAN DI ULANGTAHUN KELAHIRAN

Purnama berselang tahun. Kini anak cilik bertukar menjadi gadis manis. Hari ulangtahun usia remajanya itu, dihadiahkan sebuah basikal dari ayahnya. Betapa gembira hidup anak ini, saat ibunya menghulurkan basikal baru, "Manisku, sudah sampai saatnya kau meneroka cantiknya alam ini."

"Saya boleh ke rumah bingkai emas, ya?" Ibunya mengangguk, dan melompatlah dia segirangnya.
Dikayuhnya begitu laju, namun cermat turuni lurah dan anak jalan. Gadis ini tidak sabar melihat sendiri bingkai-bingkai emas yang diidamnya sentuh sendiri, sedari kecil lagi.

KEJUTAN DEMI KEJUTAN

Sesampainya di sana, dia terpaku dan gigil. Di depannya kini berlainan sekali. Rumah yang di depan matanya kini, jauh beza dari apa yang dia sangkakan. Rupa-rupanya, rumah ini amat buruk, menggelupas kulit dindingnya. Bingkai yang disangka emas ternyata hanya pantulan sinar matahari semata-mata.

Menitis airmatanya kerana kecewa. Menggeletar tubuhnya menahan sendu yang menekan. Lalu dia terduduk di tanah. Dan menoleh ke sisinya...

Kelihatan dari situ, sebuah rumah di atas bukit, cukup mengkagumkan. Dengan pantulan mentari senja, bersinar bingkai jendela keemasan. Baru dia perasan. Itulah rumahnya yang selama ini dia diami sepanjang hidupnya. Yang hidupnya jarang kecewa, sering digembirakan.

Tiada nikmat yang dapat dinafikan. Remuk hatinya telah terubat. Dia tidak sabar-sabar pulang ke rumah asalnya, bagai ingin hidup semula. Menjadi penghuni yang baru.

Wahai muslimat, gadis, ataupun perempuan. Begitulah seadanya dirimu yang diciptakan Tuhan. Saat dirimu sentiasa tercari-cari ikutan, kepingin jadi seorang yang cukup terhormatkan. Atau hiasan yang sering dikerumun perhatian.

Dikau sanggup menukar cara jalan. Mengikut trendi caramu berpakaian. Paling kasihan, cara pandangan dan fikiran. Hingga menjadi insan berlainan.

Sampai tak perasan, fitrahnya kau terbaik ciptaan Tuhan. Dikau sebenarnya lebih cantik luaran dalaman. Unik dan terkehadapan, dikau adalah sebaik-baik insan. Itulah dirimu. Cantik. Indah. Damai. Sejak dilahirkan.

Berterima kasihlah kepada Ar Rahman. Kembalilah ke mode fitrah. Renungilah semula jejak-jejak silam yang ditinggalkan. Bidadari jua kau diangkat di hujungnya oleh Tuhan.