Keutamaan Solat Sunat (Sebelum) Fajr – Pahalanya dan Surah Yang Dibaca
By kin - October 11, 2013
Assalamualaikum,
Pagi tadi semasa otw ke opis, mcm biasa jam 7.30am kompem tukar tune radio ke ikim FM. Kali ni ustaz membicarakan tentang salah satu kelebihan solat sebelum subuh atau solat fajr. Menurut ustaz, solat rawatib ini amat diutamakan oleh
Rasulullah (s.a.w), iaitu solat rawatib/mengiringi Solat Subuh.(Solat Sunat Sebelum Solat Subuh)
Solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Fajr (atau Subuh) itu amat disukai
oleh Rasulullah (s.a.w) dan beliau mengajak umatnya menjadikankan suatu
ketetapan atau meruntinkan mengamalkannya, mensolatkannya tanpa lama dan
kekal mengerjakannya dalam kehidupan sehari-harian
(a) Waktunya
Diriwayatkan
hadith dari Nafi’ hadith dari Ibni Omar (r.a) bahawasanya Hafsah, ibu
kpd orang iman, menceritakan kepadanya bahawasanya Rasulullah (s.a.w)
ada dia ketika diam tukang azan (yakni, muazin) sudah selesai membaca
azannya untuk solat Subuh dan telah jelas nampak fajr Subuh, solat dia
(Nabi) dua rakaat solat sunat yang ringkas (atau diringkaskan) sebelum
bahawa didirikan solat Subuh).) [Hadith Muslim]
(b)Sentiasa Diperhatikan Supaya Tidak Tetinggal
Menceritakan
hdith oleh Ato’ hadith dari Ubaidi b. Umairin hadith dari Aisyah (r.ah)
bahawasanya Nabi (s.a.w) tidak ada atas sesuatu dari solat sunah yang
lebih tersangat menjaga darinya (oleh Rasulallah (s.a.w)) atas dua
rakaat sebelum solat Subuh.’ [Hadith Muslim]
[Nota:
Hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) sangat menjaga solat
sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini – tidak diremehkan atau
ditinggalkannya. Ini menunjukkan betapa utamanya solat rawatin ini.]
(c)Pahalanya
Diriwayatkan
hadith dari Qatadah hadith dari Zurarah b Aufa hadith dari Said b
Hisyam hadith dari Aisyah hadith dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Rak’atal fajri khairun minad-dunya wa-ma fiha.’ (Yang bermaksud:
Dua rakaat solat (sunat) sebelum Solat Fajr (ie. Subuh) itu lebih baik
dari (nilainya dari nilai) dunia dan seisinya.) [Hadith Muslim, Kitab
Solat]
[Nota:
Jelaslah mengapa dalam hadith sebelum ini Aisyah (r.a) memberitahu
bahawa Rasulullah (s.a.w) dalam hayatnya sentiasalah mempastikan bahawa
dia tidak terlupa atau tertinggal mengerjakan solat (sunat) 2 rakaat
sebelum Solat Subuh ini. Kerana pahala mengerjakannya hanya rakaat lebih
utama pada Allah (a.w) dari nilai dunia dan segala yang ada di
permukaaan dan di dalam perut dunia. Rugilah orang yang tahu (atau,
diberitahu) begitu besar ganjaran pahalanya, tidak mengerjakannya.
Bersolat setakat 3 minit dapat ganjaran dividen akhirat yang amat
besar!]
d)Surah-surahnya
Menceritakan
Marwan b ibnu Mua’wiyah hadith dari Yazid, iaitu Ibnu Kasyana hadith
dari Abi Hazim hadith dari Abi Hurairah bahawasanya Rasulullah (s.a.w)
membaca di dalam dua rakaat (solat sebelum) Fajr (Subuh) dengan (surah) ‘Qul ya aiyuhalla kafiruna’ (Surah al-Kafirun) dan ‘Qu huallahu ahad’ (Surah al-Ikhlas). [Hadith Muslim, Kitab Solat]
[Nota:
Jelaslah dalam hadith ini ada surah yang khusus untuk solat sunat 2
rakaat sebelum Solat Subuh – Surah al-Kafirun (pada rakaat pertama) dan
Surah al-Ikhlas (pada rakaat ke-2). Hadith ini bukanlah mentapkan bahawa
hanya dua surah ini sahaja dibaca dan tidak boleh surah-surah lain,
tapi, kalau kita baca dua surah sedemikian ini, kita mencontohi Rasulullah (s.a.w), maka pasti mendapat pahala sunahnya, selain pahala
mengerjakannya.]
sumber: di sini
*tetapi menurut ustaz di dalam radio ikim tadi, kita disarankan membaca surah alam....rakaat pertama alam nasrah....rakaat kedua alam tarakai....
Ini kerana antara kelebihan melakukan solat sunat ini adalah Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah
r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:
"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."
Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:
"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."
Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
Allahu Akhbar...Sebagai peringatan bersama, marilah kita sama² meluangkan sedikit masa untuk melakukan solat sunat Subuh ini.
*google* |
Jazakallahu khairah