Amazing Sabah!! ~ ‘Tagal’ Sungai Moroli~

By kin - August 16, 2013

“Tagal” Sungai Moroli Kg. Luanti

Dari ladang teh Sabah, kami menuju  ke satu tempat iaitu “Tagal” Sungai Moroli Kg. Luanti (terletak 131km dari Kota Kinabalu). Di sini terdapatnya beratus-ratus dan beribu-ribu ikan kelah jinak di sepanjang sungai Moroli ni.

Untuk pengetahuan tentang harga:

  • Tiket masuk ke sini adalah RM5 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • RM2 untuk pelajar dan mereka di bawah 18 tahun. 
  • Warganegara asing dikenakan bayaran RM10.
 *  tapi bagi mereka yang tinggal di kawasan Ranau atau Kota Kinabalu tiket berharga RM3.00. Aku pun tak tahu kenapa tapi sebab penduduk tempatan aje kut.....


Di sini, boleh pilih samada nak mandi ataupun nak berendam kaki. Tapi limit hanya untuk 15 minit sahaja. Dan kalau nak bagi ikan² ni makan, boleh beli makanan ikan dalam RM1 atau RM0.80 kalau tak silap.Tapi kalau nak ikan mengerumuni kaki² korang, taburlah makanan ikan tuh. Confirm banyak gila ikan!!! 


tagal sungai moroli,sabah, Kampung Luanti, Ranau Sabah.
Untuk makluman tempat ni pernah memenangi anugerah “Malaysia River Care” pada tahun 2006.


Memang siuk la...Confirm aku sorang je turun ke sungai....Hahahahahaha....Syasya dan Sara ada hati nak turun tapi dok terjerit². Tak tahu plak aku jerit sebab takut ke geli....Tapi yang pastinya anak teruna aku sorang nih, memang duduk jauh....Turun di gigi air pun takmo...Paling suka, dok baling batu²...eiiii nak kene nih!! 

Memang best la!!! Terbaik!! Sampai ada satu tahap...ikan kelah yang agak besar ni gigit kaki aku...Eiii..sakit wooo....Ingat jemari kakiku ini hotdog ke apa? Hahahahaha....Kalau yang kecik² tuh ala, macam gigitan manja je....... Aku letak makanan dalam genggaman tangan.. Ada juga  letak je dalam air sungai.. Pastu gerenti banyak ikan kelah yang akan datang..Cuma ada sedikit annoying sebab pengusaha tuh pakai loud speaker untuk memanggil pelancong² naik ke darat and giliran untuk bertagal pula. Tapi lantakla...Janji happy and of course, sungainya sangat² bersih bah.



Sedikit Info

Untuk pengetahuan semua, Ikan Kelah jinak ni tak boleh ditangkap atau dipancing sesuka hati kerana ianya dinamakan “Tagal” oleh masyarakat Sabah.

Apa itu “Tagal” ?

Tagal merupakan satu sistem di mana ianya adalah bermaksud pemulihan dan penjagaan sungai. Sekiranya berada di Sabah dan terlihat papan tanda “Tagal” ianya bermaksud  dilarang sama sekali menangkap segala hidupan air di sungai ini, dilarang mencemarkan sungai, semua alat yang digunakan untuk menangkap hidupan air dan hasil tangkapan akan dirampas dan boleh didenda maksimum RM50k.

Kalau zaman dulu-dulu sesiapa yang melanggar sistem Tagal ni akan dikenakan “Sogit” iaitu denda seekor babi. Ikan Kelah Garap ataupun Tortombroides adalah species ikan kelah yang banyak terdapat di Kg. Luanti ni..


  Dalam bahasa Kadazandusun, "tagal" bermaksud tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai. Ini adalah untuk menjaga alam sekitar dan juga ekosistem untuk kegunaan terhadap generasi pada masa akan datang. Jenis ikan yang popular yang terdapat di sini ialah:

 • Ikan Pelian yang berasal dari spesis Cyprinidae. Ikan ini dikatakan dapat menyembuhkan penyakit kulit seperti Psoriasis.
Jika 'fish massage' tidak membuatkan anda teruja, anda boleh juga mencuba aktiviti lain seperti:
• Meredah Hutan (Jungle Trekking)
• Meredah Sungai (River Trekking)
• Berkhemah
• Karaoke
• Persembahan Tarian Tradisional
• Menaiki jambatan gantung
• "White Water Rafting" 
Kampung Luanti juga menyediakan program Homestay yang membuatkan pelancong lebih selesa dan mendapat pengalaman baru tinggal bersama dengan orang lampung.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments