Salam Semua...
Kundasang adalah salah satu tempat kesukaan aku..Tapi sayang aku belum pernah naik gunung lagi..Ajak en Syawal, macam² alasan ..Apa boleh buat kalau sudah tiada minat..Sudahnya, pancitla aku..Huhuhuhu.
Kali ni nak share satu tempat yang best! Serius macam pi New Zealand....Dengan cuaca yang dingin..pemandangan yang sangat mempesonakan....Ehmm....Rasanya mau lagi kami ke sini....Ladang lembu ni milik Desa Cattle Dairy Farm. Terletak di Mesilau Highland,
Kundasang.
Dengan cuaca yang sejuk, ladang rumput yang luas dan
berlatar belakangkan Gunung Kinabalu perghhhh... memang macam kat
New Zealand.
Aku lupa plak bayaran masuk kalau tak silap aku dewasa RM4.00, kanak-kanak@student RM2.00 murah kan? Tempat ini dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Macam biasa, kami mesti posing bergambar dahulu. Best wooo....Memang macam pi obersea...Hahahaha
berlatarbelakangkan kawanan lembu |
Selepas puas bergambar dari kejauhan, kami berhenti di tepi jalan untuk melihat dengan lebih dekat. Maklumlah, lembu biasanya berwarna coklat, putih atau hitam. Tapi di sini bertompok² hitam putih. Memang sangat sesuai dengan tema baju Syasya dan Sara! Hahahahaha....
Memula kami bergambar di tepi pagar sahaja. Sudahnya, aku, Syasya dan Sara memanjat pagar dan mendekati kawanan lembu dan bergambar. Haaaa tak keje giler apa?Bukan selalu wat keje giler. Sara pula nyaris terpijak lembu nye crepe....hahahaha....
Selepas puas bergambar dengan lembu²...macam tak pernah tengok lembu kan? Kami menuju ke atas bukit.....Untuk melihat sendiri ada apa di sana?
Pemandangan semuanya berkabus... Masa bergambar di batu ni, tetiba perasan ada ulat bulu besau jari kelingking di tudungku. Warghhhh...Ini mesti ikut masa aku dok panjat pagar tuh. Sebab rumput yang diragut kawanan lembu ni, lain skit. Masa aku pijak, memang tenggelam kaki....
Dalam bangunan tuh, ada tempat lembu2 diproses untuk mendapatkan hasil tenusu. Kedai cenderamata pun ada. Tapi kami hendak meninjau anak² lembu dulu....Hehehehe
kambing² ni sangat rakus makan.... |
Ada sebuah bangsal yang menempatkan anak-anak lembu dan kambing. Di sinilah budak² berasa sangat seronok kerana boleh memberi makan haiwan-haiwan tu. Tapi tak boleh bagi makan sesuka
hati, cuma boleh beri makanan yang disediakan. Susu untuk lembu dan
rumput untuk kambing. Boleh beli kat situ.Kalau tak silap, seikat RM3.00 kut. Lupa suda......
Dah penat bagi makan, kami naik semula masuk bangunan. Konon² nak membeli susu segar. Habis suda ok....Cuma kebetulan tinggal susu yang boleh diminum di dalam cawan plastik. Nak beli dalam kotak semuanya licin........Sedap gaks susu ni....
Sebelum balik, terperasan sebuah rumah ni. Mak aiihhh lawanya bunga² loceng dia......Sempat snap sekeping....ehehehehehe
Nak tahu mengenai ladang ni layari FB : http://www.facebook.com/desacattlefarm. Kat Desa Cattle Farm ni juga dijual susu segar (kena datang awal jam 8.00 pagi ,kalau tak melepas macam aku) dan berperisa dan juga cenderahati. Dan aku macam biasa la...Kompem beli fridge magnet!
Salam semua,
Masih lagi bersiaran sekitar Ranau. Selepas bertagal kami bergegas ke Poring Hot Spring. Masa sudah suntuk tetapi demi anak² kami turutkan. Hehehehe...
Poring Hot Spring ni terletak lebih kurang 40 km dari Kinabalu National Park dan lebih kurang 13 km dari Ranau. Tiket untuk masuk Poring Hot Spring bernilai RM3.00 untuk warganegara Malaysia dan RM15 untuk warganegara asing. Kalau dah beli tiket semasa di Kinabalu National Park, tak perlu bayar lagi untuk masuk ke PHS sebab boleh gunakan tiket yang sama.
Kali ni, PHS berwajah baru. Dulu kena berjalan di atas jambatan gantung untuk ke kolam. Sekarang sudah dibina jambatan konkrit nan gah. So, takdelah gayat dan takut²..Ngeeee. Kolam² di situ pun berwajah baru juga. Dah ada stesyen untuk rendam kaki sahaja. ^_^
Kami sampai pun agak lewat, budak² nak mandi manda kawasan yang ada slider tuh. Dapat mandi 10 minit di situ pun jadilah. Memang best! Di situ, airnya biasa² sahaja. Bukan jenis air panas. Selepas tempat tuh ditutup, barulah kami berpindah mandi manda di kawasan kolam panas.
Rock Poll |
sukanya budak² |
kawasan mata air panas |
Kali ni aku malas nak berendam dalam kolam air panas. Baju basahan memang dah ready tapi malas ya amat. Maklumlah ini kali ke-3 bertandang. Sudahnya aku berendam kaki sahajalah. Merah² kakiku, ingatkan aku berendam di dalam kolam yang paling panas, rupanya yang paling kurang panas. Hahahaha....Memang tak tahan panas gamaknya.
ada jambatan lama..air sungai yang sangat cantik |
Poring Hot Spring ni diiktiraf sebagai
“World Heritage Site” atau
“Tapak Warisan Dunia” oleh UNESCO dan sebagai salah satu tempat
pelancongan yang harus pergi kalau berada di Sabah. Orang kata mata air
panasnya mengandungi mineral sulfurik secara semulajadi ni memang
sesuai
untuk mengubati pelbagai penyakit luar dan dalaman kita. Sebab tu aku
rendam kaki je. (kes malas)
jangan tak tahu, toilet pun lawa |
Selain aktiviti mandi manda, ada juga aktiviti dan tempat menarik yang lain :
- Kolam Air Panas
- Taman Kupu-Kupu
- Jambatan Kanopi
- Air Terjun Kipungit
- Gua Kelawar
- Air Terjun Langanan
Tapi disebabkan fokus kami hanya berendam dan bermandi-manda dan
lagipun masa agak terhad...Tak dapatla meneruskan aktiviti yang ada ni.
Maybe next time la kut. ^_^
Untuk pengetahuan, tempat
dibuka setiap hari dari jam 7 pagi sehingga 6 petang. Ada kolam air
panas tertutup tetapi perlu disewa mengikut jam. So, senang nak mandi di
kolam tertutup ni, aurat pun boleh terpelihara atau ada orang nak
privacy ke.
di kawasan sekitarnya |
On the way nak mulih ke hotel, kami singgah tengok gerai² kraftangan di situ. Ehmm, harga lagi murah berbanding di pasar Filipina tu. Apalagi, rembatla selai dua. Hehehehe....
Pastu kekonon nak singgah tengok bunga Rafflesia@pakma. Kira musim mengembang pula tuh. Singgahla sebentar di Eva Rafflesia Garden. Sekali owner dia minta seorang dikenakan bayaran sebanyak RM40. Sorry naik lori la sebab sebelum ke sana ada orang tempatan bagitau yang kadar bayaran hanya RM3. Tak kuasa mak...Patah balikla sebab tak berbaloi. Dulu bunga pakma ni, ibu aku wat ubat herba jer.
Salam semua...
Hari ni nak berkongsi satu item yang best terutamanya sesiapa yang hendak mendirikan rumah tangga. Heheehhehehe.....
Apa kemendalah yang nak dikongsinya..Poyo je lebih. Sebenarnya aku nak kongsi pasal inai...Lorrrr...hahahaha....
Bukan apa, dolu² masa aku kahwin dolu²....Aku siap pakai inai 3hari 2 malam tau ...Dah jadi macam pakej honeymoon la plak... Tak merah² pun... Macam² petua aku guna.....Sudahnya tetap warna oren....huwaaaa tak lawa...warna oren....Tak pekat pun kalernya.....
Masa aku balik ke Sabah last year, gatai nak berinai...So, masa pi pekan Papar tu, aku rembatla 2-3 tiub inai.....Wah, gelap & hampir hitam walaupun pakai sekejap sahaja. Itulah first time tengok kuku pakai inai warna golap..Hahahaha....
Disebabkan aku beli banyak, borong ehhh....Sehari sebelum raya, aku pakai lagi....Hehehehe....Pakai dalam 45 minit je...Wah, cantik² (puji sendiri ja).
setelah seminggu pakai |
Inai jenis ni, selepas pakai warnanya memang agak gelap sedikit. Tetapi selepas sehari, barulah nampak merahnya. Dan tak sampai 2 minggu (basuh pinggan, basuh baju...basuh itu ini), inai ni akan jadi pudar oren sehingga orang lain takkan sedar kita ni pakai inai. Sangat² rekemenkan kepada para pengantin baru yang nak berinai merah tapi dalam tempoh yang singkat. Yela, ade orang segan berjari merah....Orang macam aku suka la....Hahahahaha......
inilah rupa tiub inai ni |
Kalau pakai di kulit pula, warnanya akan menjadi coklat gelap, tetapi akan menjadi oren dan tak sampai seminggu akan pudar. Harga tiub inai ni aku beli dalam RM1.50 je. Kenyit² mata kat tokey dapatlah murah.Hahahah...Tak kenyit mata harga dalam RM2 seketui.......
“Tagal” Sungai Moroli Kg. Luanti
Dari ladang teh Sabah, kami menuju ke satu tempat iaitu “Tagal” Sungai Moroli Kg. Luanti (terletak 131km dari Kota Kinabalu). Di sini terdapatnya beratus-ratus dan beribu-ribu ikan kelah jinak di sepanjang sungai Moroli ni.
Untuk pengetahuan tentang harga:
- Tiket masuk ke sini adalah RM5 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- RM2 untuk pelajar dan mereka di bawah 18 tahun.
- Warganegara asing dikenakan bayaran RM10.
* tapi bagi mereka yang tinggal di kawasan Ranau atau Kota Kinabalu tiket berharga RM3.00. Aku pun tak tahu kenapa tapi sebab penduduk tempatan aje kut.....
Di sini, boleh pilih samada nak mandi ataupun nak berendam kaki. Tapi limit hanya untuk 15 minit sahaja. Dan kalau nak bagi ikan² ni makan, boleh beli makanan ikan dalam RM1 atau RM0.80 kalau tak silap.Tapi kalau nak ikan mengerumuni kaki² korang, taburlah makanan ikan tuh. Confirm banyak gila ikan!!!
Memang siuk la...Confirm aku sorang je turun ke sungai....Hahahahahaha....Syasya dan Sara ada hati nak turun tapi dok terjerit². Tak tahu plak aku jerit sebab takut ke geli....Tapi yang pastinya anak teruna aku sorang nih, memang duduk jauh....Turun di gigi air pun takmo...Paling suka, dok baling batu²...eiiii nak kene nih!!
Memang best la!!! Terbaik!! Sampai ada satu tahap...ikan kelah yang agak besar ni gigit kaki aku...Eiii..sakit wooo....Ingat jemari kakiku ini hotdog ke apa? Hahahahaha....Kalau yang kecik² tuh ala, macam gigitan manja je....... Aku letak makanan dalam genggaman tangan.. Ada juga letak je dalam air sungai..
Pastu gerenti banyak ikan kelah yang akan datang..Cuma ada sedikit annoying sebab pengusaha tuh pakai loud speaker untuk memanggil pelancong² naik ke darat and giliran untuk bertagal pula. Tapi lantakla...Janji happy and of course, sungainya sangat² bersih bah.
Sedikit Info
Untuk pengetahuan semua, Ikan Kelah jinak ni tak boleh ditangkap atau dipancing sesuka hati kerana ianya dinamakan “Tagal” oleh masyarakat Sabah.
Apa itu “Tagal” ?
Tagal merupakan satu sistem di mana ianya adalah bermaksud pemulihan dan penjagaan sungai. Sekiranya berada di Sabah dan terlihat papan tanda “Tagal” ianya bermaksud dilarang sama sekali menangkap segala hidupan air di sungai ini, dilarang mencemarkan sungai, semua alat yang digunakan untuk menangkap hidupan air dan hasil tangkapan akan dirampas dan boleh didenda maksimum RM50k.
Kalau zaman dulu-dulu sesiapa yang melanggar sistem Tagal ni akan dikenakan “Sogit” iaitu denda seekor babi. Ikan Kelah Garap ataupun Tortombroides adalah species ikan kelah yang banyak terdapat di Kg. Luanti ni..
Apa itu “Tagal” ?
Tagal merupakan satu sistem di mana ianya adalah bermaksud pemulihan dan penjagaan sungai. Sekiranya berada di Sabah dan terlihat papan tanda “Tagal” ianya bermaksud dilarang sama sekali menangkap segala hidupan air di sungai ini, dilarang mencemarkan sungai, semua alat yang digunakan untuk menangkap hidupan air dan hasil tangkapan akan dirampas dan boleh didenda maksimum RM50k.
Kalau zaman dulu-dulu sesiapa yang melanggar sistem Tagal ni akan dikenakan “Sogit” iaitu denda seekor babi. Ikan Kelah Garap ataupun Tortombroides adalah species ikan kelah yang banyak terdapat di Kg. Luanti ni..
Dalam bahasa Kadazandusun, "tagal" bermaksud tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai. Ini adalah untuk menjaga alam sekitar dan juga ekosistem untuk kegunaan terhadap generasi pada masa akan datang. Jenis ikan yang popular yang terdapat di sini ialah:
• Ikan Pelian yang berasal dari spesis Cyprinidae. Ikan ini dikatakan dapat menyembuhkan penyakit kulit seperti Psoriasis.
Jika 'fish massage' tidak membuatkan anda teruja, anda boleh juga mencuba aktiviti lain seperti:
• Meredah Hutan (Jungle Trekking)
• Meredah Sungai (River Trekking)
• Berkhemah
• Karaoke
• Persembahan Tarian Tradisional
• Menaiki jambatan gantung
• "White Water Rafting"
Kampung Luanti juga menyediakan program Homestay yang membuatkan pelancong lebih selesa dan mendapat pengalaman baru tinggal bersama dengan orang lampung.
Ladang Teh Sabah
Salam Semua....
(sambungan coretan perjalanan yang hampir berbulan² tangguh..hihihi)
Setiba kami kami di Kundasan, destinasi pertama adalah hendak ke Ladang Teh sebelum kami menuju ke Tagal ikan di Sungai Meroli yang berada berdekatan di situ. Kalau ikut geografinya, Ladang Teh Sabah ini terletak di Kampung Nalapak Ranau
Lebih kurang dalam 17 kilometer dari Ranau akan nampak Kampung Nalapak, then belok ke kiri sejauh kira-kira tiga (3) kilometer untuk sampai ke ladang teh ini. Ladangnya luas terbentang dikatakan di pinggiran kaki Gunung Kinabalu. Tapilah kan...Ini pendapat peribadi aku la...Aku lebih suka tengok ladang teh di Cameron Highlands. Mungkin faktor jalan dan cara pengurusannya kut......
Di sini terdapat sebuah restoran di kompleks kilang teh ini, di samping tempat jualan produk teh serta cenderamata lainnya, untuk dibawa pulang sebagai kenangan.So, aku beli la juga beberapa teh Sabah ni dan macam biasalah....Bergambar di sana sini sebelum menuju ke Sungai Meroli....heheheehehehehe
Marhaban ya Ramadhan...
Sedar tak sedar masa sudah menginjak ke bulan Syawal sudah. Sedihnya meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Moga kita dapat ketemu lagi. Lebih² lagi bulan yang mana Allah memberikan bonus kepada hamba²Nya yang beriman.
Ramdhan kali ini betul² menduga kami sekeluarga. Apa² senantiasa bersangka baik kepada Allah. :)
Minggu kedua berpuasa, seluruh keluarga mengalami demam panas. Nak tak nak, aku terpaksa cuti untuk menjaga en Syawal terutamanya. Sebab memang sangat teruk dan dia memang jarang sekali sakit. Serentak dengan itu, anak²ku pula. Aku yang memang steady pun leh kantoi. Sudahnya aku pun sama demam sebab penat menjaga depa semua....Huhuhuhu.
Syukur, Alhamdulillah demam sudah kebah. Rupernya demam nak kena campak. Sabo ajelah kan.....
En Syawal kena 3 botol air, aku plak kena sebotol aje tapi sebab kena masukkan 2 jenis ubat dalam drip tuh..Aduyai....sakitnya....Ampunkanlah dosa² hambaMu ini....Amin...
Pastu, dalam pala hotak..Dah fikir macam²...Rasa macam nak kansel aje order kuih raya. Takut tak sempat!
Itulah, tahun ni gatai sangat nak menjual kuih raya. Konon nak testing market. Terus wat 3 jenis kuih pula tuh..Tamak....Apa² pun, semuanya sudah selamat dihantar. Harap semuanya berpuas hati yea. Ada 2 orang rakanku betul² order last minute; ikutkan hati aku memang dah malas...Tapi aku inda mau hampakan permintaan...Itu pun sudah selamat dihantar. Aku jual yea!!!! ^_^
Sekembali bekerja selepas demam, gaji pun baru dapat (lambat seh..). Apalagi, time lunch kami keluar la cuci² mata. Kebetulan ada jualan gudang air botol di seksyen 13, Bandar Baru Bangi. Rembat jangan tak rembat. Beli di kilang Pemanis; berdekatan dengan balai bomba Bangi.
Rembat tak ingat, datang sampai 6 orang...Pastu baru terfikir, erkkkkkk botol² ni camner ni? Hahahahahaha...Lawak je and aku terpaksa bawa kereta dengan penuh sopan dan santun...Auuuwwww...
Pada 2 Ogos 2013 pula, ada reunion aka iffar bersama rakan² seperjuangan Jiran Muda di Santai Cafe, Bandar Tasik Permaisuri. Agak kelam kabut aku dibuatnya. Time tu plak isu banyak masuk dan kebetulan hari terakhir sesi persekolahan. Mana² pi sangat jem ok. Kami sampai pun azan maghrib hampir berkumandang.
Memang sangat happening sebab ada yang berbelas tahun tak jumpa. Masing² membesar dengan jayanya. Hahahahahahaha. Jangan marah erkkkk.....
Alang² tu, sambutlah birthday untuk orang² tua ni seperti abang Nan @ batman dan Afat dan juga untuk Sara. Alang² birthday jatuh pada bulan Ramadhan kan? Anyway, happy birthday!!!!
Paling best, kenakan abang Nan dengan palitan krim kek di mukanya ketika dia tengah ketidakupayaan untuk membalas serangan kitaorang. Orang tengah menyusukan anak...Sampai Ecah pun pelik dengan kisah ayahnya. Awat muka lagu tu noooo? Hahahahaha...Kita gurau² yea...
Hari Sabtunya plak, gatai sopping ke Sogo & jalan TAR. Hamik ko....Penat....Dengan membawa Hamizan, ya Allah..Berikanlah kekuatan..Sabo ajelah dugaan. Sebab dah berjanji nak naik train kan....Aku pi berdua. Dapat le menjala skit di Sogo. Sebelum Hamizan banyak songeh, aku belikan set kenderaan berat, bagi makan kenyang² sebelum bertolak ke Jalan TAR plak.
Sesampai sana, padat dan jem dengan pelbagai ragam manusia. Tudung entah ke mana aku nak rembat...Sudahnya masuk ke kedai kain untuk membeli kain ela untuk dibuat tudung lagi bagus! Murah, tak jarang, labuh dan puas hati! Jalan Tar tuh, aku jalan suku je. Tak larat sebab sambil mendukung Hamizan (kang hilang payah plak) dan membawa hasil jalaan di Sogo.
Tahun ni gatai nak pakai halfmoon. Kui kui kui......Bila dah siap jahit, tetiba.......Alamak, macam tudung nikah pun ada..Ehmmmm..Lantak la....Aku rasa raya tahun ni ramai yang pakai baju tunang dan baju nikah. Banyak jual baju kosong tapi bermanik dan berlace ala² baju tunang dan baju nikah. Raya nanti kita tengok! kui kui kui........
Sebelum terlewat, kami iffar sekeluarga di rumah ibunda di Gombak. Sambil menyambut hari kelahiran adik bongsuku; Luqman yang ke 21 tahun. Moga mendapat keberkatan usia dan menjadi anak yang soleh hendaknya,amin!
Masa inilah barulah kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga baru kami; Aqilah Humairah. Hamizan dan Sara sangat teruja dengan baby. *erk, nak baby lagi kena minta kat papa yea?* kuwang kuwang kuwang
Hari ini, tanggal 6 Ogos 2013, Allah meminjamkan lagi kepada kami Dayang Nurul Qaisara selama 6 tahun, ♥ Syukur ya Allah! Kami sekeluarga sayang Sara ketat²!!!!
Selepas bergambar menyusuri ladang teh, kami teruskan perjalanan...Mana nampak berkenan (sebab banyak kedai strawberry merry kan..) barulah berhenti...Then tetiba nampak Lavender Garden. Rasanya ini taman baru kut. Betul-betul tepi jalan utama dari Lojing-Gua Musang.Lavendar Garden
posing lagi.... |
me & Syasya |
Memang pemandangan yang sangat mengujakan....! I wish that I could have these flowers at home...Heheheehehehe...Iyalah tuh.....
bersama tersayang |
Info:
Isnin - Kamis : 9am - 6pm
Jumaat - Ahad : 9am -7pm
Harga tiket
Dewasa : RM5
Kanak² : RM3
♥thanks to Nyzal sebab belanja tiket masuk♥