Thursday, May 16, 2013

DeerLand


DeerLand


Deerland

Ok, selepas penat bermandi-manda dengan gajah², kami bersiap pula menuju ke Deerland. Sebenarnya, sebelum sampai ke Pusat Konservasi Gajah tu, dalam sebelum 3km tu, kita akan jumpa Deerland dulu. Tapi sebab dah teruja nak jumpa gajah dulu, kami plan ke Deerland after tengok gajah.

Deerland

Kami tiba di Deerland pun sudah agak lewat. Kira-kira lagi sejam nak tutup tapi ada another 2 buah kereta yang sesama join ke sini after tengok gajah, depa tak jadi tutup and benarkan kami memasuki Taman Rusa ni.

Deerland

Rusa-rusa ini sangat besar and of course, sangat jinak.... Dapat² bila dapat makanan ubi. Kalau tak silap, pihak Deerland akan berikan sorang satu mangkuk ubi untuk diberikan pada para pengunjung. Memang siukla, baik kami mahupun rusa-rusa itu. ^_^

Aku rasa lebih 30 ekor kut rusa-rusa ni. Masa ni dapatlah pegang rusa yang jinak belaka ni. Pastu, jangan lupa pula pulangkan mangkuk makanan tu sebab jalannya sehala (dalam bulatan). Kang jenuh dok memegang bekas makanan tu pula.

Deerland


Selain  Rusa Timur, Rusa Nilga dari India, ada juga haiwan lain seperti itik Kayu dari Kanada, burung unta, kucing, arnab dan ular  dan banyak lagi. Lama juga kami di booth ular sawa. Ular sawa tersebut sudah kekenyangan memakan seekor ayam...Kompem wat derkkkk je. 

Tetiba Sara cakap, " mama, kita bela ular nak??"  iiiskkkk sabo ajelah budak....Ada hati nak bela ular.


Ada kawan aku bagitau, elok bermalam sahaja di sana..Erkkkk? Macam scary merry je nak stay memalam....Aku tak nampka pun any homestay kecuali di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan....

Sebelum sampai rumah, en Syawal mengajak mengambil angin malam di genting Highlands....Sebelum itu, singgah di hentian R&R untuk solat maghrib dan mengisi perut.

 Presentation szilling steak....Menyelerakan..Maklumlah memasing semua tengah kebulur. Harga pun not bad. Rasa: Bolehla..... ^_^

Sesampai genting, kami round sahaja di Indoor Theme Park. Then lepak² di luar pintu outdoor. Budak² terus celik mata jadi terang. Sabar ajelah.

Genting Highlands

Genting Highlands

Genting Highlands
 
Tengah malam baru sampai di rumah. Sangat penat ok.....Apapun, memang enjoyla.....




Sedikit info :

LOKASI : LANCANG .
DARI TEMERLOH : 50.5 KM
KELUASAN: 10 ekar

Waktu Operasi : 11.00 pagi - 6.00 petang (Setiap hari kecuali Jumaat)

Deerland wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya sendiri iaitu En. Abdullah Ahmad B. Mahmud. Beliau telah mengeluarkan kos sendiri untuk membina dan menyelenggara tempat ini. Deerland telah dibina dan siap pada bulan Mac 1996. Ini merupakan salah satu sumbangan besar kepada kerajaan negeri Pahang dalam meningkatkan industri pelancongan.

Matlamat utama pengusaha adalah membantu kerajaan mengekalkan hidupan liar yang semakin pupus. Ini membolehkan orang ramai menikmati keindahan semulajadi disamping memahami habitatnya. Konsep yang cuba diterapkan di sini ialah membolehkan manusia bermesra dengan alam semulajadi (haiwan dan tumbuh-tumbuhan). 'NATURE BACK TO THE NATURE'


.: Selamat Hari Guru! :.




Salam...

Sempena 16 Mei 2013, saya ingin mengucapkan kepada semua guru² di seluruh dunia dan di Malaysia terutamanya....tidak kira di mana anda berada....

Semua guru saya di tadika,semua guru saya di sek rendah, semua guru saya di sek menengah, semua lecturer saya di UTM and of course my IBU & AYAH........

Tidak lupa juga kepada my sis, makcik² saya, pakcik saya, serta rakan² saya yang bergelar pendidik....


Terima Kasih Cikgu!

Semoga Allah memberkati jasa baik guru dan pengorbanan yang diberikan kepada anak² murid terutamanya kepada saya sekeluarga (untuk guru² Syasya & Sara juga). Didiklah anak bangsamu dengan redha, Insya Allah ilmu yang diberikan akan bermanfaat kepada anak muridmu....

selamat hari guru, happy teacher's day
Special dedicated to my teachers : SRK Taman Seri Gombak, SK Taman Selasih & Sek Men Sains Muzaffar Syah, Melaka (Mozac)

daripada anak muridmu yang suka melawan cakap cikgu ^_^

Wednesday, May 15, 2013

Kuala Gandah



Salam semua,

Sempena cuti sekolah bulan Mac lepas, kami sekeluarga berkesempatan melawat gajah² di Kuala Gandah, Lanchang Pahang. Lama sudah aku aimed nak datang ke sini, cuma pada 28 March 2013 barulah ada kesempatan. Itupun setelah aku paksa - rela en suami untuk mengambil cuti tanpa rekod semasa aku menghadiri bakat tempoh hari. Maklumlah cuti kena beku dek Op Daulat.

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

 Kami bertolak di awal pagi.Senang if anything happen kan sebab program bermula pada tengah hari.  Sesampai je, kami daftar dulu. Maklumlah teruja nak mandi bersama gajah katanya....En Syawal malas nak berebut² and kami terus ambil pakej yang ada guide. Senang pepehal dia boleh info kami sahaja.

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

 Memandangkan kami sampai awal, macam biasalah kan..Kita snap -snap pix dulu. Bukan kamera DLSR pun, huhuhuhuhu..(takda bakat pun)...Pakai kamera phone cukup. Hehehehehe

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

Sementara nak tunggu tayangan video, kami menuju ke kawasan aktiviti gajah. Hendak masuk ke kawasan ini, kami kena berjalan lebih kurang 15 minit.  Gajah² yang ada semuanya comel belaka. Orang kata, masih remaja gitu....So cute....

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

Di sini ada disediakan makanan untuk diberikan pada gajah² cute ini. Seikat kecil tebu dan pisang  dalam RM3. Kami beli tebu je bebanyak....Seronok tengok budak² ni memberikan makanan kepada gajah² cute ini. And of course, me also la....hehehehehehe ^_^

Sesudah tu, kami patah balik untuk menonton tayangan video di auditorium selama 15 minit. Perghhh, baru rasa sejuk sebab cuaca di luar memang agak panas. Selepas itu, kami bersiap sedia dengan pakaian untuk terjun bersama gajah.Hahahahaha....

Sebelum nak terjun tu, kami dipertontonkan dahulu pertunjukan gajah² dewasa. Makanan gajah seperti betik juga disediakan. Sesi mengambil gajah pun ada. Tapi kena tengok juga mood gajah ni...Oh yea, sesi menunggang gajah kali ini tiada disediakan. Nasib budak² dah puas menunggang gajah di Lok Kawi (2 pusingan RM5).

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

Selepas itu kami dibawa untuk melihat gajah mandi...eh..eh...Jangan sampai tumbuh ketumbit dah le yea...Hahahahaha....Ada 2 ekor gajah syiok dimandikan. Dalam hati anak² ke maknya?hahahhaha...Dah tak sabar² nak mandikan gajah ni. Heheheheehehhe...

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

Selepas itu, barulah bermula aktiviti mandi bersama gajah....Yeahhhhh....Hanya yang ada pelekat oren jer dibenarkan sebab limited kerana gajah pun ponat nak mandi. Sebab kedudukan gajah dalam sungai ni bukannya depa berdiri. Anak gajah ini cuma mencangkung sahaja. Penatlah kan..

Macam biasa kene beratur dan macam biasa juga ada orang potong Q. Dah la panas makin panas tapi kali ni aku takde mood nak sound. Sudahnya, kami sekeluarga orang paling last. Gajah² pun dah penat nak mandi.

Pusat Konservasi Gajah, Lanchang Pahang.

Sampai turn kami, berus kulit gajah pakai pasir la. Nampak air sungai macam tak deras, tapi sebenarnya arusnya deras juga bila masuk ke dalam sungai. Selepas gosok² gajah dengan pasir, dengan kami² sekali kena simbah bersama gajah dek staf² Pusat Konservasi Gajah ini. Anyway, memang seronokla.

Disebabkan cuaca pun panas, aktiviti semua pun sudah berakhir.Orang lain dah naik ke darat, kami meneruskan mandi manda di sungai. Hahahahaha.....Mandi manda bersama adik² staf Pusat Konservasi Gajah. Bau badan pun dah macam gajah. Air sungai plak sejuk dan deras. Sara pula nyaris dihanyutkan. Itulah, keding nau.....

Setengah jam kemudian, barulah naik ke darat. Memang nampak wajah anak² berasa puas. Memang seronokla..

Sedikit info:


Lokasi : 49.1 km dari Temerloh
               2 jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur Kuala Lumpur – Kuantan
Waktu Operasi : 8.00 pg – 4.30 ptg setiap hari termasuk cuti umum


So, siapa² ada kesempatan sempena cuti sekolah tak lama lagi...Marilah ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan ini. Seronok tau budak².... ^_^