Jom pi Menara Alor Star, Kedah

By kin - March 12, 2013


Cuti sekolah akhir tahun 2012 baru-baru ni, dengan tak dirancangnya pergi ke Menara Alor Setar pula...haha. Niat asal nak memang nak ke majlis kenduri Bib, tapi dah alang-alang kan, baik ronda sat ke Kedah, dah lama tak menjenguk Alor Setar. ^_^


Menara Alor Star


Tempat paling wajib kalau melawat Alor Setar tentunya Menara Alor Setar.Dari atas Menara ni boleh tengok sebahagian besar pemandangan Alor Setar hingga nun jauh di sana...hehehehehe. Kat atas menara ni, selain ada ruang tinjau, ada juga restoran berputar yang konsepnya hampir sama dengan Menara KL.



Menara Alor Star

 Kalau waktu malam nampak lampu menara Alor Setar dari jauh warna kebiru-biruan. Di perkarangan bawah menara terdapat taman permainan kanak-kanak. Memang suka la budak² ni. Tapi paling budak² suka bila dapat teropong nun jauh....Free aja tak perlu nak masukkan syiling.

Menara Alor Star, Kedah


Sedikit info :

Simbol kebanggaan negara dan mercu tanda terkemuka Bandaraya Alor Setar, Menara Alor Setar menjulang di atas cakerawala bandar pada ketinggian 165.5 meter. Keadaan menara seni komunikasi adalah yang ke 19 tertinggi di dunia dan ke 2 tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Dari kejauhan, rekabentuk menara adalah yang menyerupai rumpunan jerami padi yang diikat. Pastikan anda melawat palangan pemerhatin di aras 88 meter dari permukaan tanah untuk menikmati panorama sekitar Bandaraya Alor Setar, dari Gunung Jerai ke Selat Melaka. Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan ekslusif dikelilingi awan di Restoran Berputar Seri Angkasa pada ketinggian 94 meter.



Menara Telekom atau lebih dikenali sebagai Menara Alor Setar berdiri megah di bandar Alor Setar merupakan menara yang ke-19 tertinggi di dunia. Pembinaannya melibatkan kos sebanyak RM40 juta dengan ketinggian 165.5 meter dan berperanan sebagai menara telekomunikasi bagi kawasan utara Malaysia yang mana menjadi tarikan utama pelancong di Kedah. Mercu tanda di dalam bandar Alor Setar ini direka mengikut citarasa tradisional dan moden. Strukturnya berlandaskan ciri-ciri tradisional rumpun padi yang mempunyai fungsi dan keindahan yang tersendiri. Tiang seri merupakan bahagian tengah yang paling kukuh dipacakkan ke atas bumi supaya ia mampu menahan hentakan daripada tiupan angin dan juga unsur-unsur alam yang lain, juga sebagai lambang keteguhan rakyat Kedah. Serambi menara pula merupakan bahagian menara yang membolehkan para pelawat menikmati panorama daripada puncaknya.


ps: kalau mai Kedah, jangn lupa singgah sini nooo...best!


  • Share:

You Might Also Like

0 comments