Tuesday, March 26, 2013

Amazing Sabah!! ~Kundasang~


 Kinabalu Pine Resort


Salam...

Kundasang ni kali ketiga aku sampai sini. Ini adalah salah satu tempat yang aku suka sangat nak bertandang. Aku rasa duduk sini pun ok jugak. Hahahaha.. Ayat tak boleh blah...

Dengan cuaca dan udara yang nyaman.. Memang sangat siuk la kalau dapat bermalam di sini. Lama sudah ku simpan harapan untuk bermalam di Kinabalu Pine Resort ni. Dua kali sebelum ni, asyik clik-clik ambil gambar je. So, tahun lepas En Syawal merealisasikan impianku ini. Chewah......


Kinabalu Pine Resort

Kami sengaja memilih blok yang mengadap landskap Gunung Kinabalu.... Dalam bilik pun not bad. Kipas pun ada walaupun cuaca pada waktu malam memang agak sejuk. 

Kinabalu Pine Resort

Kami duduk di sini untuk tiga hari dua malam...Plan asal nak 2D1N je tapi en Syawal kata, alang² kan...? So, pakej ini beserta dengan sarapan pagi.


 Kalau takda dalam pakej, sarapan pagi kene caj sampai RM16 seorang...Huhuhuhu...Mahal tu....Kalau bangun lambat, sarapan cepat habis la.....Aku je makan berapa kali round...hehehehehehe.......


Pemandangan masih sama seperti yang aku datang ziarah a few years ago. Memang sangat mendamaikan. Berdekatan blok kami ada taman arnab. Memang budak² ni suka menjengahlah taman arnab ni untuk berikan makanan yang memang disediakan di situ.

Untuk keterangan lanjut tentang Kinabalu Pine Resort ni bolehlah hubungi:

Kinabalu Pine Resorts Sdn Bhd
Locked Bag 15,
88990 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia

(+60)88 386775
(+60)88 389957



..: Happy 8th Birthday Syasya! :..


salam..

Hari ini genap hari ulangtahun kelahiran Syasya yang ke 8 tahun. Mama dan papa sentiasa mendoakan semoga Syasya mendapat rahmat, perlindungan, dimurahkan rezeki, dijauhkan segala bahaya dan penyakit  serta keberkatan hidup daripada Allah swt.

masa Syasya masih kecil lagi.....


last year pic





Happy Birthday Syasya!!! We love you so much!



Wednesday, March 20, 2013

Penang....




Salam semua..

Lama che tak mai Penang ni no.... Last sekali mai berbelas tahun kut masa umuq 20-an...ekekekekekeke....macam le tua sangat...Alang² dari Kedah nak menuju ke Kuala Lumpur, kami singgah di Pulau Pinang. Hasrat cuma mahu singgah 2-3 jam cuma tapinya......................wargghhh.




penang

Sangat teruja semasa melalui jambatan pulau pinang yang terkenal ini. Nasib baiklah tak jem.....

penang
Sekitar pemandangan semasa menuju ke Bukit Bendera. Kami ikut papan tanda je. Malas nak juga gps. Masa ni dah nampak jalan semakin jem menuju ke Bukit Bendera. Destinasi pertama adalah Bukit Bendera. Jalan menuju ke sana pun sudah nampak kesesakan laulintas. Sesampai sahaja, dari kejauhan dah nampak ramainya orang!

bukit bendera

Bergambar seketika di depan pintu masuk Bukit Bendera. Hohohohoho..Dah la panas terik, ramai pula pengunjung...Barisan memang panjangla. Aku dengan anak² pi beratur dulu sementara en Syawal mencari parking kereta.

bukit bendera

See, punyalah panjang beratur. Siap ada yang potong barisan. Dari sekeluarga enam jahanam beranak sehinggalah pakcik makcik tua. Ikutkan hati, nak je aku sound ke tazkirah ke kat orang tua nih..Cuaca panas terik, hangpa wat hal pula...Nasib aku senyum je bagi can....Hampir 2 jam beratur, akhirnya sampai juga ke puncak Bukit Bendera.

bukit bendera

Masa train sampai, boleh pula berebut pula dengan sekumpulan pelajar universiti..I guess sebab dari segi gaya dan tutur bahasa. Tak hormat langsung. Ni lagi satu aku nak sound...Memang time tuh dua kali aku sound direct. Nasib la...Sila la hormat pada orang tua dan yang mempunyai anak² kecil. Hangpa nak membuli anak aku, meh sini mak budak sound...Mu jangan nak kecek² macam aku ni dok pahe....Emo plak....kui kui kui.

bukit bendera

Bila dah sampai atas, barulah rasa lega..Hilang segala keemoan yang melanda. Cuaca memang dalam keadaan yang sangat cantik so memang pemandangan memang sangat lawa. Subhanallah..!


Sambil berjalan..snap...snap....Memang suka kut laa ni bergambar...huhuhuhuhu...First time bawa anak² ke sini.

Bukit Bendera, Penang Hill

Snap lagi....
 Bukit Bendera, Penang Hill

Snap lagi dan lagi....

Bukit Bendera, Penang Hill
On the way, jumpa la seorang badut ni. Bebudak beratur lagi nak dapatkan belon bentuk macam² tu. Hamizan sikit punya seriau tengok badut macam tak serupa sangat badutnya.  Perut pula dah berkeroncong, yela jam dah menunjukkan 3 petang. Mana sempat lunch lagi...Bajet pukul 3 petang dah turun daripada Bukit Bendera tapi baru nak sampainya. On the way nak ke Muzium Burung Hantu tuh, ada cafe. So mari menjamu makan...



Ok, makanan not bad. Sedap pun sedap. Ke sebab dah kebulur sangat²?  Heheheehe...One more thing, harganya tidaklah mahal sangat. Harga biasa je. Maksud aku, yela nak naik atas bukit nih, kut² harganya dua kali ganda ke.....So, boleh thumbs up!!!


Bukit Bendera, Penang Hill

Ok, dah kenyang barulah ada tenaga nak berjalan dan bermain di padang permainan...Seronoklah budak² nih. Depa memang pantang kalau nampak padang permainan. Macam jakun pun ada...Huhuhuhu....

Sebelum nak balik tuh, nampakla kalau saper² gatai nak bergambar dengan ular ni. Si Sara la requested nak bergambar. Kalau masa kat Melaka dulu, beriya² nak bergambar tapi sudahnya cabut sebab takut dan geli. Hamizan macam biasa la..Dok picit² badan ular tuh. Bayaran RM10 beserta sekeping gambar 4R dan frame kertas. Oklah tuh...Anak punya pasal.......

Bukit Bendera, Penang Hill

Ok, kita masih berposing lagi dan lagi.......


Bukit Bendera, Penang Hill
 
Another posing....

Bukit Bendera, Penang Hill
 Masa nak balik, nasib baik Q tak panjang macam masa nak naik atas. So, dapatlah kami duduk yang paling last berdekatan dengan driver train. Seronokla Hamizan sambil² tu tengok di screen monitor.

Bukit Bendera, Penang Hill

Rileks je driver train nih bawa. Teringat 15 tahun lepas masa naik Bukit Bendera nih pakai train kabel.(laa ni pun pakai tapi lagi maju).Huhuhuhu...Turun dan naik lebih kurang 15 minit kalau tak silap.


Bukit Bendera, Penang Hill

Ok, sudah sampai di penghujung cerita Bukit Bendera. Pergghhhh...Makcik berpeluh² masa beratur semasa nak naik ke Bukit Bendera nih. Hampir 2 jam dok beratur. Punyalah ramai orang!

Selepas ke Bukit Bendera, cadangannya nak ke Batu Feringgi...huhuhuu...Stucked again sebab jem teruk sampai waktu maghrib. Sudahnya solat di masjid terapung. Dan konon² nak makan malam di padang tapi kereta tak gerak² disebabkan jem jugak...hangin je..Sudahnya berhenti di stesen minyak dan kami beli roti je. Makan dalam kereta.Konon² nak beli jeruk Penang pun tak dapat..Apa pun takde.

Akhirnya, hampir pukul 10 malam kami melalui sekali lagi jambatan Pulau Pinang dan balik menuju ke Kuala Lumpur. Plan asalnya, by 5 pm, kami dah bertolak ke KL. Punya la drag masa disebabkan jem dek manusia dan dek kenderaan.

Insya Allah, ada masa dan dimurahkan rezeki sekali lagi, kami akan berkunjung lagi dan mungkin akan tidur di Penang plak..... ^_^

Penang adalah destinasi percutian terakhir kami tahun 2012. Harap ketemu di lain waktu..........


Wednesday, March 13, 2013

Ke Pekan Rabu dan sekitarnya....



Habis melawat di Menara Alor Setar, kami menuju ke Pekan Rabu pula.Sepanjang perjalanan ke Pekan Rabu (tak jauh mana pun dari Menara Alor Setar), kami singgah sebentar di sebuah dataran ( aku pun tak tahu namanya ni...hehehehe).


Memula aku ingat Pekan Rabu ni hanya pada hari Rabu je rupanya hari² ada. Jadi, maknanya  Pekan Rabu ni  merupakan sebuah pusat perniagaan orang Melayu yang tersohor sejak tahun 1930-an lagi. Jadi, kalau tak singgah ke Pekan Rabu, rasa macam tak lengkap pula yaaa....





 Jikalau dahulunya, kita terpaksa mendaki anak-anak tangga jejantas yang agak tinggi juga untuk melintas ke Pekan Rabu. Tapi sekarang sudah ada sebuah eskalator bagi memberikan kemudahan pada para pengunjung. Ini sudah bagus kan? Bak kata orang Kedah, sudah ada tangga karan....



Pelbagai jenis kedai yang terdapat di Pekan Rabu, dari menjual pakaian, barangan kemas dan perhiasan, ubat-ubatan, buku-buku, makanan dan kuih-kuih tradisional (seperti kuih bahulu, kuih karas, emping beras, air gamat), hinggalah ke barangan moden dan antarabangsa seperti seluar jeans, jersi bola, handphone dan peralatan muzik. Dan ia seratus peratus diusahakan oleh orang Melayu. Aku sekeluarga apalagi, rembatla membeli.....Datang pun agak lewat, banyak juga kedai dah tutup....Tapi memang happening la pada waktu malam....Pening nak layan karenah bebudak nak itu ini...... ^_^


Keesokan harinya, sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada negeri Jelapang Padi, kami menyinggah sebentar di tepi RNR yang ada sawah padi...Jakun sebentar..Hahahahah..But truely, so beautiful scene here....


Selamat tinggal Kedah.....Ada rezeki, kami mai lagi noooo.... ^_^

Tuesday, March 12, 2013

Jom pi Menara Alor Star, Kedah


Cuti sekolah akhir tahun 2012 baru-baru ni, dengan tak dirancangnya pergi ke Menara Alor Setar pula...haha. Niat asal nak memang nak ke majlis kenduri Bib, tapi dah alang-alang kan, baik ronda sat ke Kedah, dah lama tak menjenguk Alor Setar. ^_^


Menara Alor Star


Tempat paling wajib kalau melawat Alor Setar tentunya Menara Alor Setar.Dari atas Menara ni boleh tengok sebahagian besar pemandangan Alor Setar hingga nun jauh di sana...hehehehehe. Kat atas menara ni, selain ada ruang tinjau, ada juga restoran berputar yang konsepnya hampir sama dengan Menara KL.



Menara Alor Star

 Kalau waktu malam nampak lampu menara Alor Setar dari jauh warna kebiru-biruan. Di perkarangan bawah menara terdapat taman permainan kanak-kanak. Memang suka la budak² ni. Tapi paling budak² suka bila dapat teropong nun jauh....Free aja tak perlu nak masukkan syiling.

Menara Alor Star, Kedah


Sedikit info :

Simbol kebanggaan negara dan mercu tanda terkemuka Bandaraya Alor Setar, Menara Alor Setar menjulang di atas cakerawala bandar pada ketinggian 165.5 meter. Keadaan menara seni komunikasi adalah yang ke 19 tertinggi di dunia dan ke 2 tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Dari kejauhan, rekabentuk menara adalah yang menyerupai rumpunan jerami padi yang diikat. Pastikan anda melawat palangan pemerhatin di aras 88 meter dari permukaan tanah untuk menikmati panorama sekitar Bandaraya Alor Setar, dari Gunung Jerai ke Selat Melaka. Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan ekslusif dikelilingi awan di Restoran Berputar Seri Angkasa pada ketinggian 94 meter.



Menara Telekom atau lebih dikenali sebagai Menara Alor Setar berdiri megah di bandar Alor Setar merupakan menara yang ke-19 tertinggi di dunia. Pembinaannya melibatkan kos sebanyak RM40 juta dengan ketinggian 165.5 meter dan berperanan sebagai menara telekomunikasi bagi kawasan utara Malaysia yang mana menjadi tarikan utama pelancong di Kedah. Mercu tanda di dalam bandar Alor Setar ini direka mengikut citarasa tradisional dan moden. Strukturnya berlandaskan ciri-ciri tradisional rumpun padi yang mempunyai fungsi dan keindahan yang tersendiri. Tiang seri merupakan bahagian tengah yang paling kukuh dipacakkan ke atas bumi supaya ia mampu menahan hentakan daripada tiupan angin dan juga unsur-unsur alam yang lain, juga sebagai lambang keteguhan rakyat Kedah. Serambi menara pula merupakan bahagian menara yang membolehkan para pelawat menikmati panorama daripada puncaknya.


ps: kalau mai Kedah, jangn lupa singgah sini nooo...best!