Apalah nasib student veteran nih???

By kin - January 30, 2013




Salam...

huhuhuhu..:(( hati tengah rasa macam mau menangis pun ada.....Tapi nasib baiklah juga tergerak hati mahu telefon dahulu sebelum bertindak....

Untuk sekian lamanya, aku hendak membayar pinjaman JPA aku yang sekian lama aku tak bayau nih menggunakan salah satu kaedah  di KWSP/EPF. Tengok tabung pun rasa macam mencukupi untuk aku membayar pinjaman JPA aku ni.

Masuk website jpa..tertera hadis nih la plak....

"Barang siapa yang mengambil pinjaman dengan niat melunaskan, Allah akan memudahkan pembayarannya dan dengan niat melesapkan, maka Allah akan membinasakan orang itu" (Riwayat Al-Bukhari)
Tahun nih memang aku nak langsaikan segala hutang aku(Insya Allah, jikalau boleh dan diizinkan)....So, mula lah bertanya itu ini...Download borang lama sudah tapi action lembab macam siput aku nih. Baru berkira² nak ke UTM Skudai untuk menyerahkan/mengambil borang pengesahan pelajar tapi better aku bertanya dulu mana kawan² aku yang berkaitan. Sebab aku takmo lah jadi macam salah sorang kawan aku, budak MMU. Asyik ambil cuti nak uruskan pembayaran melalui EPF. Dok ulang alik sebab salah isi borang la..Itu la..Ini la...Lecehla....MMU tu masih konsider dekat (Cyberjaya), kira oklah lagi...Kalau Skudai..? Aiyo, jauh tuh....Yelah, kalau aku dok Skudai jadi dekatlah kan.....

So, sebelum aku mengambil cuti untuk bertolak ke UTM Skudai, better aku telefon apa patut. Disebabkan aku nih student veteran (AC97), so aku takleh
  1. dapatkan borang pengesahan daripada UTM Semarak sebab sekarang nih ada satu sistem (lupa sudah masa Nenny sebutkan) yang membolehkan maklumat di hujung jari anda. So, nak tak nak memang kena pi ke fakulti untuk dapatkan pengesahan.(dalam kepala dah terpikir nak minta bantuan Abg Dollah nih...hehehehe).
  2. menurut pegawai EPF yang mengambil panggilan telefonku, pembayaran menerusi EPF hanya layak untuk pengajian dari tahun 2001 dan ke atas.....Diulangi tahun 2001 dan ke atas....(dalam hati, macam nak cekik je pegawai tuh)

Ok, aku dah down...Memang rasa down....Memula hati dah berbunga² nak bayau lump sum kononnya...Terus layu bunga tuh...Cesssssssssssss......

Well, last options....Kena la bayau bulan² samada  standing instruction, or by online banking or potongan gaji (yang ni macam susah skit) or kat pejabat pos or tunai di kaunter (kalau rajin nak menapak bagai).

Hutang tetap hutang...Moga Allah permudahkan aku untuk melunaskan hutang² ku, amin!

Details:
JPA 
EPF



  • Share:

You Might Also Like

0 comments