Wednesday, January 30, 2013

Apalah nasib student veteran nih???




Salam...

huhuhuhu..:(( hati tengah rasa macam mau menangis pun ada.....Tapi nasib baiklah juga tergerak hati mahu telefon dahulu sebelum bertindak....

Untuk sekian lamanya, aku hendak membayar pinjaman JPA aku yang sekian lama aku tak bayau nih menggunakan salah satu kaedah  di KWSP/EPF. Tengok tabung pun rasa macam mencukupi untuk aku membayar pinjaman JPA aku ni.

Masuk website jpa..tertera hadis nih la plak....
"Barang siapa yang mengambil pinjaman dengan niat melunaskan, Allah akan memudahkan pembayarannya dan dengan niat melesapkan, maka Allah akan membinasakan orang itu" (Riwayat Al-Bukhari)
Tahun nih memang aku nak langsaikan segala hutang aku(Insya Allah, jikalau boleh dan diizinkan)....So, mula lah bertanya itu ini...Download borang lama sudah tapi action lembab macam siput aku nih. Baru berkira² nak ke UTM Skudai untuk menyerahkan/mengambil borang pengesahan pelajar tapi better aku bertanya dulu mana kawan² aku yang berkaitan. Sebab aku takmo lah jadi macam salah sorang kawan aku, budak MMU. Asyik ambil cuti nak uruskan pembayaran melalui EPF. Dok ulang alik sebab salah isi borang la..Itu la..Ini la...Lecehla....MMU tu masih konsider dekat (Cyberjaya), kira oklah lagi...Kalau Skudai..? Aiyo, jauh tuh....Yelah, kalau aku dok Skudai jadi dekatlah kan.....

So, sebelum aku mengambil cuti untuk bertolak ke UTM Skudai, better aku telefon apa patut. Disebabkan aku nih student veteran (AC97), so aku takleh
  1. dapatkan borang pengesahan daripada UTM Semarak sebab sekarang nih ada satu sistem (lupa sudah masa Nenny sebutkan) yang membolehkan maklumat di hujung jari anda. So, nak tak nak memang kena pi ke fakulti untuk dapatkan pengesahan.(dalam kepala dah terpikir nak minta bantuan Abg Dollah nih...hehehehe).
  2. menurut pegawai EPF yang mengambil panggilan telefonku, pembayaran menerusi EPF hanya layak untuk pengajian dari tahun 2001 dan ke atas.....Diulangi tahun 2001 dan ke atas....(dalam hati, macam nak cekik je pegawai tuh)

Ok, aku dah down...Memang rasa down....Memula hati dah berbunga² nak bayau lump sum kononnya...Terus layu bunga tuh...Cesssssssssssss......

Well, last options....Kena la bayau bulan² samada  standing instruction, or by online banking or potongan gaji (yang ni macam susah skit) or kat pejabat pos or tunai di kaunter (kalau rajin nak menapak bagai).

Hutang tetap hutang...Moga Allah permudahkan aku untuk melunaskan hutang² ku, amin!

Details:
JPA 
EPF



Tuesday, January 29, 2013

finally......

Salam all,

Finally, dapat jugak beli buku ni....antara kelebihannya adalah :

The Bag Making Bible" is the first book and resource of it's kind - a technique-led approach to sewing your own designer bags and purses.  It explains in detail how to create and construct the component parts of the bag.  From adding styles of bag pockets to inserting zips and closures, using interfacing and reinforcement tricks, and fitting linings and various styles of bag handles, and much, much more.  It also introduces and demonstrates the myriad  materials, hardware, and tools and techniques available to the modern crafter, including using the sewing machine.
Copy paste ajo...Makcik malas nak taip...Belit² lidah nak sebut...Janji buku ini akan dirujuk pakai untuk menaiktaraf dan membaiki cara aku menjahit beg. ^_^


the bag making, u-handbag, amy butler



Terima kasih tidak terhingga buat adik Eejay.....Penat akak round kedai buku dari sebuah kedai ke sebuah kedai..Dari MPH sampailah ke Kinokuniya (iye ke ejaan nih??)...Kalau tak sold out, takde dalam simpanan....huhuhu.....
  

Tuesday, January 22, 2013

Amazing Sabah!!! ~Rumah Terbalik~



The Upside Down House a.k.a Rumah Terbalik


Salam...

Kali ini perjalanan kami menuju ke Kundasang....On the way nak ke Kundasang, mesti kena lalu Tamparuli kan...? Alang² tuh, kami singgah la di Rumah Terbalik. Nak pi sana, mula la pasang GPS....Hahahahah....tak tahu kat mana punya pasal....

Sebenarnya Rumah Terbalik ni terletak di Kampung Telibong, Mile 21, Jalan Telibong, Tamparuli, Sabah.  Betul² berhampiran stesyen minyak Shell kalau tidak silap. Lagipun rumah ni memang di tepi jalan besar, jadi tidak ada masalah la kalau hendak mencarinya.





rumah terbalik, tamparuli sabah

Dengan keunikan rumah terbalik ni, nak masuk mesti kena bayar kan? Takda menda free di dunia ini kecuali kasih sayang...hehehehehe.... Bayaran masuk adalah  RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak². Selepas membayar tiket, kami diberi peluang untuk bergambar seketika di kawasan luar sebelum dibenarkan masuk. Kami masuk mengikut kumpulan² kecil. 

Dan² Sara bertanya kuat²...

"Mama, kenapa kakak tu pakai kain????"

Waduh anakku.....Kenapa bertanya dengan nada suara yang tinggi??? Hohohhoo...Semua (dalam kumpulan) memandang Sara....Masa tuh kami sedang mendengar penerangan sebelum melangkah masuk ke rumah yang terbalik ni. Sebelum masuk, kita pukul gong dulu.....GONGGGGGGGG!






rumah terbalik, tamparuli sabah


 Bayangkanlah kalau kita seekor cicak. Macam mana pandangan cicak terhadap kita di rumah, begitulah kita menjadi cicak(wakakakakaka) semasa berada di dalam rumah terbalik ni. Hehehehehe. Semuanya terbalik aku tengok cuma ada a few benda yang tak terbalik. Antaranya adalah cctv dan aircon. Hahahahahaha....

Sambil² tu, mengikut penerangan kakak berkain batik itu...Owner rumah terbalik ini mendapat ilham selepas mengembara ke luar negara. So, menjadilah rumah terbalik ni di Tamparuli ni.....

Maaflah yea, tiada gambar di dalam rumah terbalik ni. Tuan tanah tak bagi....Siap bagi warning lagi nih...

rumah terbalik, tamparuli 

Keluar sahaja dari rumah terbalik ini, kami singgah ke Cafe dan kedai cenderahati.. As usual, haruslah kan membeli cenderahati...Fridge magnet la...Apalagi...hehehehehe....Selepas itu, bergambar lagi.... ^_^


Selepas penat bergambar, kami menuju ke Kundasang. Dalam hati sudah tidak sabar..... Sambil tu, kami menyinggah lagi di Jambatan Gantung Tamparuli yang terkenal ni. Selama ni kalau ke Kundasang, tak pernah pula terlintas di hati hendak singgah. Tapi kali ini, kami dapat peluang.......

rumah terbalik, tamparuli sabah


Kalau datang ke Sabah, jemputlah singgah ke Rumah Terbalik ini. Salah satu pengalaman yang menyeronokkan bagi kami sekeluarga.

 

Monday, January 21, 2013

.....when 3 + 1 = 34




Today is a very special day: My birthday!



 May me be blessed with endless joyful moments all year through.Amin.....
 Love the cake and the handmade cards from my lovely Syasya and Sara...Mama so lurve it!!! Thanks dear......
 




 As predicted, the kids were so excited more than  birthday mom ...hehehehe....Everyone claimed as it was their birthday. ^_^

 Thanks to En Syawal and lovely Syasya, Sara & Hamizan... Love you all....Muaaahhhhssssss


 

Saturday, January 19, 2013

Amazing Sabah! ~Lok Kawi Wildlife Park~

~Lok Kawi Wildlife Park~



Salam...........

Sebenarnya dah lama nak ke Lok Kawi Wildlife Park ni...Asyik dok berulang alik namun tiada kesempatan sebelum ni. Jadinya, tahun 2012 aku dah rancang awal² dah. Elok juga melihat tempat orang ni daripada terperap je kan....mak mertua aku baca kompem cekik aku..heheheehe...

~Lok Kawi Wildlife Park~
map


Memula pi, terpaksa patah balik sebab hari pun dah petang.Dekat pukul 4.30 petang. Lagipun tengok langit macam gelap jer. Takut nanti tak puas nak berjalan pula.  Sudahnya lepak saja di Tanjung Aru.

Lok Kawi Wildlife Park

So another day tuh, en Syawal ajak pi di waktu pagi. Kira cantikla sebab ada banyak masa dan takdelah sangat nak rushing².Lok Kawi Wildlife Park ini terletak di Lok Kawi. Kira tempat ini macam zoo juga.^_^ Kalau bawa budak² datang sini memang sangat seronok.

Lok Kawi Wildlife Park
Entrance Fees
Pelawat yang mengunjungi taman ini bukan dari pada sekitar Sabah malahan juga dikunjungi oleh pelancong luar negara namun begitu tiket yangg ditawarkan kepada pelawat adalah berbeza. Berikut adalah harga atau pun bayaran masuk ( Entrance Fees ) yang ditawarkan.

1.Pelawat 18 thn ke atas ( visitors 18 yrs old and above)  


      i) Warganegara Malasia ( Malaysian Citizen ) RM 10.00

      ii) Bukan Warganegara Malaysia ( Non Malaysian citizen) RM20.00


2.Pelawat di bawah 18 thn (Visitor below 18 yrs old)

     i) Warganegara Malaysia ( Malaysian Citizen ) RM5.00

     ii)Bukan warganegara Malaysia ( Non Malaysian Citizen) RM10.00


Warga Tua ( 60 thn ke atas ) Warga nagara malaysia sahaja  - PERCUMA


Orang-orang kurang upaya (OKU)                                            - PERCUMA

 


Masa memula sampai je jam dah hampir pukul 10 pagi. Selepas membeli tiket, Hamizan merengek nak naik train. Bayaran seorang cuma RM2.00 sahaja. Tapi masalahnya waktu show dan waktu menaiki train pula adalah sama iaitu jam 11.00 pagi. Nak naik train nih pun bukan macam train kat Zoo Negara, kat sini kene mengikut waktu yang telah ditetapkan. So, kami memilih untuk melihat show jam 11 pagi.

Masa masuk tempat tuh, sempat juga la merayau² sekitar tuh.Melihat gajah...Mak aihhh..banyaknya gajah....Then, kami pi ke amphiteater untuk melihat show. Ruang duduk masih banyak kosong, so apalagi ambil seat depan la. Sara awal² lagi dah memilih tempat paling depan di ground.


Memang thumb up la!!!! Sangat² terhibur dengan show yang dipamerkan. Aku rasa ini adalah show yang terhebat dalam banyak² show di zoo yang penah aku pi.Sedar tak sedar jam dah pukul 12 lebih. Kira sejam juga lah show nih.


Habis je show, kami ambil kesempatan untuk memegang dan melihat haiwan yang membuat pertunjukan. Memula budak² ni geli la nak pegang ular, tapi lelama jadi seronok pula. Aku ambil kesempatan nak bergambar la.



Habis je show di amphiteater, kami menuju ke lokasi² haiwan berhampiran. Memang sangat seronok!!! Here are some pics untuk buktikan betapa enjoynya taman ni.....^_^



Cumanya masa sampai di lokasi orang utan je ditutup. I think depa masuk spital kut..hehehehehe...just kidding.....


~Lok Kawi Wildlife Park~

Disebabkan muka bumi di Lok Kawi Wildlife Park ini agak berbukit sedikit, Hamizan requested nak berdukung la gamaknya....Super serius best dan penat sebab cuaca agak terik. Stok air bekalan pun habis juga. So, belila di cafe. ..Ehmm..Memang agak mahal tapi dah dahaga sangat beli saje.

Ketika sampai di lokasi Child's Zoo, ada disediakan tempat untuk menaiki gajah dengan bayaran sebanyak RM4. (kalau tak silap la, lupa sudah). Kami terpaksa menunggu sekejap sebab menunggang gajah ni buka pada jam 2 petang. Dari jauh sudah ku nampak gajah menaiki tangga menuju ke lokasi Child's Zoo ni. Hebat betul gajah ni.......

 Syasya naik dua kali la sebab first round naik bersama Sara. Second trip naik bersama Hamizan. Selepas Hamizan turun baru ku tahu rupanya bukan sahaja budak² yang boleh menunggang gajah. Mak dan pak pun boleh. Aiseh!!!! Terlepas peluang daaaa......



~Lok Kawi Wildlife Park~

Apa-apa pun, kenangan di Lok Kawi Wildlife Park memang sangat menyeronokkan.....Berbaloi² dan sangat menarik. Bersih pun bersih.....Siuk bah......^_^ Kepada sesiapa yang berkesempatan berada di Kota Kinabalu, lokasi Lok Kawi Wildlife Park ni tak berapa jauh sangat, dalam 25 km lebih kurang. Berada di belakang Kem Lok Kawi. Dalam 20 minit sampai sudah......Silalah singgah ke sini, antara wildlife terbesar di Malaysia. Feel free to enjoy yourself. ^_^


Friday, January 18, 2013

Amazing Sabah! ~Kami mulih bah....~


Kami mulih bah....

Salam....

Kali ni nak shared our trip sepanjang kami di negeri di bawah bayu; Sabah.

Selepas mengenjoykan diri bersama Nyzal sekeluarga, hari Isnin tuh 14 Nov 2012 kami bergerak menuju ke transit di Kementah untuk melaporkan diri sebelum berlepas ke KLIA untuk pulang ke kampung. Yeay...!

Sementara menunggu en Syawal mendengar taklimat dan mengambil tiket flight, aku dan anak² melepak dan mengisi perut dulu kat cafe.....Masuk² jer, mak aiihhh. Ini sudah macam di rumah...Best nih... ^_^

best nih duduk di sofa sambil tengok tv


meja makan pun macam kat rumah dah ni

ok, tiket waran sudah dapat
 Habis taklimat, apalagi kene berkumpul dan beratur naik konvoi bas menuju ke KLIA. Lebih kurang dalam 4 buah bas la. Silap² penuh sekapal warga ATM je nih. 

KLIA
posing dulu...


KLIA
lawa jugak deco nih

KLIA
main...main...

KLIA
main lagi.....
Sementara nak tunggu tuh, macam biasa bergambar dahulu dan bagi anak² bermain di tempat permainan depan KFC. Nak makan pun rasanya tak perlu sebab masa berbaki setengah jam lagi sebelum nak berlepas.

bersama akak dan abang MAS

Dah lama tak naik Mas nih. Tak sangka pula uniform untuk pramugara sudah bertukar daripada warna hijau kepada kelabu. Rasanya yang kelabu ini lagi nampak koprat la.

choc....choc......



Budak² ni masing² menuding nak coklat. Boleh tahan juga mahalnya even sudah free duty di sini.....Hohohohoho..Tak kuasa nak melayan.....

MAS Flight
haaaa tengok
 Sebenarnya tak tahu pun flight la nih dah ada screen. Dolu² untuk penerbangan antarabangsa je. Sekarang domestik pun sudah ada. Best atu.....Senang nak senyapkan budak² ni...Bagi tengok cerita kartun. Aku layan movie ajelah.
MAS Flight
nyummmmmmmmmmmm

Makanan yang disediakan not bad. Dua tahun lepas dalam kotak.La nih lain pulak. Ehmmmm..Sedapnya Hamizan makan yea.....

MAS Flight


Selepas makan yang sedap², mata pun mengantuk. Macam biasalah karenah budak², kompem berebut nak duduk tepi tingkap...Tidur dulu la yea....

Aku dok melayan tengok awan yang cantik² ni...Hehehehehe



 
Ok, after 2jam 45 minit (lebih kurang), dengan selamatnya kami sampai di bumi di bawah bayu.....Sampai suda bah.....yeay...Masa untuk surprisekan mertuaku di kampung...hehehehehe.....
 



Thursday, January 17, 2013

kasut oh kasut....

Salam...

Kalau bercerita bab kasut ni, sejak aku kecik..memang aku ada masalah kasut...sebab apa? Sebab kakiku yang besau dan lebau....uwaaaaa…Dahle aku ni sedikit cerewet, bila dapat yang cun atau berkenan di hati, saiz plak takde...

"dik, saiz paling besar saiz 8 jer..."

takpun...

" habisla saiz yg awak nak tuh"

Huwaa..bosannya aku......


Teringat la kisah dolu²  masa aku kecik...disebabkan kaki ku yang besar, semasa arwah datukku hendak membelikan ku kasut..Masa tuh dah nak raya kalo tak silap..
Datuk memilih sepasang kasut bertumit sedikit tinggi berwarna merah cili api...
Merah cili tau….

sepatu merah, red shoe
sepatu merah

Waaaaaa....Mati- matian aku takmo sebab masa kecik, aku nih sangatlah pemalu..Apatah lagi mau pakai kasut merah menyala? oh nooooo...
Disebabkan datuk nak belanja, aku terpaksa terima…..Tersenyum kelat sedikit....Takpa, janji hati datuk berbunga riang...
Misssed my datuk....... :(  Al – Fatihah…


Kadang²  aku sangat geram jugaklah, sebab zaman kanak²ku...aku tidak berpeluang hendak memakai kasut yang comei²…Kasut budak² kan comel belaka....Semuanya macam kasut dewasa....bengkek je..Jelous pun ada tau….Sudahnya, aku akan pakai selipar time raya..Tapi yang cun sedikitla daripada selipar jepun….Hahahahah…..

Masa zaman persekolahan menegah pula..
Zaman tu memang tengah giler kasut boyyish..kasut jantan pun aku pakai
Jenama Doc Martin le paling popular...mahal ke tak mahal ke, kene ikat perut la..hhahahaha..
Bila tengok balik gambar..mcm lawak je pakai kasut ala2 but tapi berbaju kurung
Time tuh dah rasa cukup ayu la...hahahahahahaha

kasut Doc Marteen
kasut Doc Martin
Apabila dah bekerja, masa nih la aku melaram kasut bertumit tinggi..tiga inci wooo..Giler...
Masa pi keja kalau tak berjalan kaki, naik bas dan lrt mesti tak sah bertumit tinggi!
Kalau tertinggal bas, aku sanggup berlari kejau bas dengan kasut tumit tinggi tuh....

Pernah sekali tuh, aku wat iklan mentos depan Menara Kautsar depan Jaya Jusco (sekarang AEON) Alpha Angel, Wangsa Maju. Time nih, aku on the way nak balik dari kerja...Masa tuh berjalan kaki dari Wisma Sri Rampai ke Lrt Wangsa Maju.

Masa betui²  depan Menara tuh tetiba aku jatuh terduduk..uwaaa...Tumit kasutku patah....bengkek betui..
Dan²  depan orang yang dok tunggu bas di hentian bas dan jalan tengah jem masa itu!!! Gile tebal muka…..Tapi aku wat ala² iklan mentos….Bangun pelan²....Jalan macam biasa..Hahahaha
Dalam hati...Malu gile..Nak tergelak je...kuwa kuwa kuwa...

Bila dah kawen plak..dah beranak pinak...Baru perasan yang saiz kakiku naik kepada dua saiz..Kalau dulu saiz 7@8 depends on design...

Kali nih saiz 9@10...pun depends on design....Maklumlah gemuk sudah kan? And for surely, noo nooo to high heels...Sebenarnya awal kawen dulu, en Syawal tak suka aku pakai heels..Dia takmo aku bergaya sangat..Yela......hheheehehe


Well, tiap kali nak bertukar kasut..aku pasti runsing sebab yang berkenan di hati takde saiz..yang kureng, ade plak..

Kedai Princess memang ade jual saiz kasut bangak²  tapi  masalahnya..ya ammmpuuunnnnn, design  zaman bile ni?.??
Kasut Monobo
Kasut Monobo

Kasut Jelly Bunny
Kasut Jelly Bunny
ehmmm.....Dari satu kedai ke kedai yang lain aku pasti keluar dengan penuh kehampaan....
Nak beli from internet, so sure aku tak sanggup nak hadapi risiko…Macam kasut Jelly Bunny ke…Atau kasut Monobo…Menarik dan tertarik tapi maklum sajalah, untuk kes aku ni..Aku mesti mencuba dahulu…..
Kalau yang betul² lawa dan ada saiz, kena cari jenama antarabangsa la…Barulah ada saiz tapi fulus plak….Aku kalau kasut nak pakai hari² or orang kata nak lenjan hari² malas la nak beli sampai beratus…Hahahahaha…Berkira….Kalau beli yang murah sedikit, boleh beli banyak and boleh tukar²……Aci tak?


  
kasutku sekarang....

 Kasutku sekarang sudah menjadi mulut buaya...waaaa...Bila mau pi beli nih? Adakah ke KLCC untuk kasut Jelly Bunny??? Huhuhuhuhu.......

Misi mencari kasut bermula.....Yehaaaaaa

* semua gambar kecuali gambar terakhir adalah sumber daripada Google. ^_^

Monday, January 7, 2013

KL Aku Datang!! ~part 2~



Aquaria KLCC

Selepas mengisi perut masing², kitaorang pi Aquaria KLCC. Kira ini pengalaman pertama juga la untuk kami sekeluarga. Harap jer dok area Lembah Klang, tapi ke sini pun tak penah terdetik. Even kawan aku dari Yamen pun dah sampai.Hehehehehe..Atas saranan aku juga. ^_^

Aquaria KLCC
Sesampai di Aquaria KLCC, kitaorang kejar schedule untuk tengok pertunjukan shark. Tapi malangnya, terlalu ramai orang. Kuwa kuwa.... So patah balik ke main entrance untuk menikmati pemandangan hidupan laut ini.

Aquaria KLCC

 Kebetulan di pintu masuk ada 'mini show' hidupan laut seperti tapak sulaiman, ikan dan gamat. Cuma aku dan Sara je berani pegang. Syasya dan Hamizan geli nak pegang specially yang gamat tuh. Huhuhuhuhu

Aquaria KLCC
 Pemandangan hidupan laut memang sangat menenangkan jiwa...So blue....Tengok ikan² pun boleh release tension.....

aquria klcc

aquria klcc

aquria klcc

Aquaria KLCC

Terowong ni kami ulang pusing² sampai 5 kali!!!! Hahahahaha....Nak snap² gambar la. Tapi sayang, gambo tak brape nak lawa dek nak menghormati hidupan laut ini. Flashed tidak dibenarkan sama sekali...Kecian ikan² nih nanti. 

Pastu, kononya nak ambil pakej gambar dalam terowong ni...Punya la posing itu ini berlatarbelakangkan ikan jerung. Bila di kaunter masa nak memilih gambar, ya aaammmmpunnn! Sangat tidak lawa ok! Sudahnya, aku batalkan sahaja. Sebab deal ngan sorang akak photographer nih....Skali yang ambil gambar kitaorang orang lain. Hasil really sucks! Then akak tuh offer kembali la...Kali ini dia plak nak ambilkan. Aku cakap enough sebab Hamizan sudah tidur kepenatan. Malas aku...Maybe next time.
 Aquaria KLCC

Aquaria KLCC

Macam biasa la, sebelum pulang, mesti singgah beli fridget magnet untuk buat kenang-kenangan......Huhuhuhuhu.... Harap Nyzal sefamily enjoy the trip kali ini. Ada kelapangan kita berjumpa lagi....Lagipun tahun 2013 adalah tahun melawat Terengganu.... ^_^