12 Disember 2012

By kin - December 12, 2012

Salam Semua...

12.12.12 adalah nombor yang sangat cantik pada hari....Syukurlah dengan limpah rahmatNya, kita masih lagi menghirup oksigen dan menikmati rezeki daripada Allah.^_^

Rata² status di notification facebook aku; semuanya mengutarakan nombor yang cantik ini. Dan tidak mustahil ramai yang memilih nombor ini sebagai salah satu tarikh popular untuk melangsungkan perkahwinan. Senang nak ingat orang kata....Hehehehehehe.....Di corong² radio pula, rata² tajuk/topik yang diutarakan adalah berkenaan dengan nombor 12 ini. Ada juga la cerita lawak disebalik nombor 12 yang sempat aku dengar pagi tadi semasa memandu ke tempat kerja. Hehehehe....

Sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal no 12 ni. Nak shared pengalaman makan ubat kurus.....Haaaaa, aku makan ubat kurus???? Wakakakakaka...Buang tebiat agaknya!  Alkisahnya, ini rentetan daripada temujanji aku ngan pakar O&G la... Aku kan ada masalah berkenaan dengan peranakan. So, aku memang ada masalah berkenaan dengan hormon. Sudah jadi weng-weng after several hormon intakes (pil perancang la...implanon la...what so ever. Plan sendiri tak reti...Bagi nasihat kat orang reti..wakakakaka).

So, last appoiment last month, Doc suh aku telan Metformin 850mg nih. Setahu aku la, ini bukan ubat untuk rawatan kencing manis ker????Errkkk....Aku siap tanya doc tuh, "Kalau saya takde diabetes mellitus, kalau telan ubat nih boleh kene ker?" Isssskkkk cuak juga la...Elok² takde kencing manis, skali pas makan ubat nih, ada plak. Tak ke naya tuh....! Almaklumlah, ada keturunan...Cuak juga nih...Huhuhuhuhu.

metformin 850mg

Oklah, kalau di PPUKM ubat ini kena bayarlah. Nasib wa dapat title free...Huhuhuhu....So, doc precriscribed for 3 months. Ada plak bms, so kene ambil sekali lagi after 2 months. Kena makan dua kali sehari. So, aku decided nak telan ubat ni jam 7 pagi dan 7 mlm. Senang sebab kena makan sebelum makan.

First time makan, maaaaakkkk aiiihhhh..Pahit giler ok!!! Macam makan ubat perisa peria. Ok, aku suka makan peria but this is really oouuchhhh tak tahu nak explained macam mana. Dapat² bila tersekat kat tekak...Berpinau je rasanya...Hahahhahaha..

Then, 2-3 hari memang aku takde selera....Ingat ke sampai aku abis makan ubat nih. Rupanya hujan di petang hari...After that, selera aku macam biasa. Bak kata kawanku; June..Selera Gajah!!! Hahhahaha....Then sakit perut macam makan ubat julap...aiyoyoyo....Tapi after selera kembali pulih, aku merasakan heart beat aku plak terasa laju. Macam orang ketakutan atau terlampau seronok or takut ke...Macam tuhlah heart beatnya. Kalau bercinta/berjumpa secret admirer pun begitulah juga..Ecehehehehehe....

So now, aku try makan after meal. Tengok macam mana. So far, macam ok jer. Cuma sakit pala or rasa weng² je. Ke sebab paras gula aku turun mendadak???? Itulah kuat makan gula². hehehehehehehe...

Ni sedikit info :

Nama am yang lebih biasa untuk ubat kencing manis ini adalah metformin. Ini membantu mengurangkan paras glukosa dalam darah dengan menghalang hati anda daripada menghasilkan  terlalu banyak glukosa daripada gliserol simpanan.

Metformin juga mengurangkan jumlah insulin dalam tubuh anda. Anda mungkin kehilangan beberapa kilogram selepas anda mula mengambil metformin. Kehilangan berat badan ini turut dapat membantu anda mengawal paras glukosa darah anda. Walau bagaimanapun, Metformin juga boleh meningkatkan kadar kandungan lemak atau kolesterol dalam darah, khasnya jika anda mempunyai kencing manis jenis 2.
Pesakit kencing manis biasanya dinasihat supaya mengambil Metformin dua hingga tiga kali setiap hari bersama makanan. Doktor anda akan memberitahu apa makanan yang patut makan semasa pengambilan ubat ini.

Kesan Sampingan

Bagi mereka yang meminum alcohol, Metformin boleh membawa kesakitan jika anda meminum lebih daripada dua minuman beralkohol dalam satu minggu. Jika anda minum lebih dari itu, anda perlu memberitahu doktor anda. Anda mungkin tidak harus mengambil ubat ini.
Jika anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, sisa metformin mungkin akan terkumpul di dalam tubuh anda. Pastikan doctor anda tahu bahawa buah pinggang anda berfungsi dengan baik sebelum beliau membuat preskripsi ubat kencing manis ini kepada anda.

Jika anda rasa cirri-birit, muntah-muntah, dan tidak dapat minum air yang mencukupi, anda mungkin perlu menghentikan pengambilan ubat ini selama beberapa hari untuk elakkan pengdehidratan.
Terdapat juga kes-kes di mana orang yang mengubat ini menjadi lemah, lelah, pening kepala dan sukar bernafas. Jika anda mengalami gejala-gejala tersebut selepas pengambilan Metformin, sila hubungi doktor anda atau mendapatkan perhatian perubatan segera.

Anda mungkin mengalami muntah-muntah, hilang selesa makan dan masalah perut yang lain pada peringkat awal pengambilan metformin. Simptom tersebut biasanya akan hilang selepas beberapa hari, tetapi anda masih perlu menyemak dengan doktor anda jika anda mengalami gejala ini.

Selepas mula pengambilan ubat ini, anda mungkin rasa logam di mulut anda.
Jika anda perlu menjalani sebarang pembedahan, anda perlu bagitahu kepada doktor bedah anda bahawa anda sedang mengambil ubat kencing manis jenis metformin. Anda akan diberitahu untuk berhenti mengambil ubat ini pada hari pembedahan.

Jika anda perlu menjalani sebarang ujian perubatan yang menggunakan pewarna, beritahu doktor bahawa anda mengambil metformin. Anda mungkin akan diminta untuk berhenti mengambil metformin pada hari uji dan tidak boleh makan sebarang ubat kencing manis selama 48 jam.

 kredit to : here

Ok, kurus itu hanya kesan sampingan...20++kilos to go....Sekilo nak turun pun problem...Kalau makan pun tak kontrol...Bersenam pun tidak kan??? Any produk?? ehhm.....Takut efek kat kidney plak....So, amalkan cara pemakanan yang sihat.....

Aku takdelah mau kurus macam dulu. Itu macam sekeping jer..Sedang elok oklah...hour glass ker..ehhhh..hehehehehehe...So, aku harap hormon stabil kembali...Tidaklah aku menjadi bini tarzan hari²....





  • Share:

You Might Also Like

0 comments