Wednesday, August 22, 2012

~Tragedi Kedua~

Salam Aidilfitri semua,

 Kisah ini bukan berkaitan terus dengan aku.Ini kisah Huda The McGyver. Hehehehehehehe....Alkisahnya selepas beraya di Muor, kami bertolak beraya di Hutan Percha. Maklumlah nenek sedang membuat kenduri doa selamat. Jadinya memang ramailah sanak saudara. Happening habis..! Sesudah sampai, Huda pun memakirkan kereta Viosnya betul² ditengah² halaman rumah baru nenek. Dah habis melantak dan bergambar beramai², tetiba aku dihimpit oleh Huda lalu membisikkan; "kak, kereta aku terlock, kunci kat dalam bonet kereta...."

Pelik aku. Rupanya ketika Huda hendak mencari@mengambil barang² dibonetnya...Kunci kereta dia letak di tepi dalam bonet. Selepas tuh terus tutup dan keretanya terus locked.

"Jangan kecoh²", ujar Huda. Aku pun macam tahu nak buka kereta dia..Hahahaha...Yang si Man bagitahu pada Yus. Yus pula bagitahu pada Pak Busu.

"Haaaaa, mana kereta tak boleh bukak tuh?", tanya Pak Busu. So, kitaorang pun sibuk la nak cari pembaris panjang la, macam ada, sudahnya pakai hanger besi. Time nih semua seisi rumah sudah keluar. Asalnya takmo kecoh² sudah jadi kecoh. Hahhaahahhaha.....


 Lihatlah aksi - aksi yang sangat menarik ini. Huhuhuhuhuhu........


 Tengah dok fikir macama mana nak buat nih. Adakah pakai frekuensi telefon bersama kunci pendua atau dawai atau pembaris?
 Aku tak paham fesyen apa si Huda ini. Adakah bercakap dengan tayar atau telefon? Atau menjadikan tayar sebagai sumber inspirasi? Hahahahahaha

 Ok, sambil cakap² pegang batu. Ala² romantik gitu.... Auuuwwwww

 Mak Teh ni cakap dengan telefon ke tayar? Ini mesti Syasya fikir sebegitu. Yelah agak lama keadaannya. Iskkkk....Iskkkkk.....

 Ok, bagi peluang pada Uncle Sam plak nak berlatih menjadi pencuri kereta.Hahahahahhaha

 Eh...eh....Macam mana nih? Payah juga nak jadi pencuri kereta amatur ni. Kene praktis lagi ni....

 Jom, kene tenyeh...Bila lagi dapat peluang nak godek² kereta orang nih. Heheheheheheh

 Aiyaaaaaa......Agak susah gak nih.....Macam mana nih? Pak Teh dok tengok jer. Iskkkk takde talent langsung.....

"Ok, my turn", kata si Ahmad. Kita cuba korek kat bonet la plak....hahahahhaha

Ok, closed up skit. Apa yang korek tuh Mad oooiiiiit???? Hehehehehehehe...


 See, Pak Busu antara  orang yang paling bz menelefon sana sini, dok mencari solution A sampai Z. Papa siap panggil orang kampung tuh ( berbaju putih dan berketayap putih). Hahahahhahaha.....Orang kampung siap berhenti depan rumah tengok kitaorang dok berkerumun di depan rumah.

 Ok, bosan masih tiada solution untuk Vios nih, Afiq Afdali petik dulu buah mangga ni. Sedap juga cecah dengan kicap pedas..Nyum...nyum.... Oppssss..Orang yang cirit - birit tuh, jangan nak memandai makan mangga muda nih. Takde kuasa nak berhenti di setiap perhentian / stesyen minyak.

Nah mangga.....hehehehe.. Scene pastu kene marah manja dengan Mak Teh sebab panjat kereta dia...huhuhuhuhhu...Hahahahahah..Sebelum tuh, si Qistan try mengumpil di kereta Mak Teh....Berjaya maaaaa..Nampak sangat kereta local nih..iskkkkkk....

Tetiba bunyi alarm kereta Huda berbunyi. Aku ingatkan Qistan nih dah berjaya membuka lock rupernya dia pergi tiltkan kereta tuh. Itu kereta sangat sensitif woooo. Nasib alarm kejap. Membingitkan telinga jer.

Iskkk kecoh la pakcik² dan atok² nih. Kami yang comel ni main buaian lagi best.....Main bas henti-henti. Hehehehehehehehhhhhhhe


Sudahnya.......................

Solution terakhir adalah, Huda dan Man ikut aku balik ke KL malam itu juga semata nak mengambil kunci pendua. Suh pecahkan cermin kecil Huda takmo. Sayang duit woooooo....Sukati lah...heheheheehehe.....


Sekian.

* kejadian adalah pada Hari Raya Kedua......heheheehhe    ^__^

Selamat Hari Raya!!!


 

2 comments:

  1. terbaik la.hahahha tu dh amik ke lom kete kt kg?

    ReplyDelete
  2. Dah...semalam....heehehehehe...

    ReplyDelete