~Nostalgia Beraya Kampung~

By kin - August 17, 2012

Rata-rata mengatakan zaman kanak²lah paling best berhari raya. Persiapan semua ibu bapa dah sediakan. Tinggal tunggu menadah tangan untuk mengutip tol eh duit raya.hehehehehehe.....Masa aku kecil² dahulu, aku suka balik kampung aku di Melaka. Sebab? Kerana aku ada auntie² yang sporting and at the same time kazen² yang boleh geng la orang kata.

Sehari sebelum raya, neneklah antara CEO paling busy di dapur dan diikuti oleh ibuku untuk membantu di dapur. Mana² auntie aku yang  sporting, lepak beramai-ramai di katil nenek sampai pernah sekali katil patah. Tidak ketinggalan juga, aku pun nak menyelit sekali. Maklumlah, time beginilah nak mendengar gossip² hangat keluaran auntie² aku nih. Hik hik hik......Masa tuh aku masih tak sedar diri nak menolong ibuku dan nenekku di dapur.

Berbalik pada zaman aku sekolah rendah, petang raya biasanya aku dan kazen² ku akan mengejar ayam walaupun di dalam reban. Hahahaha........Pakcik² akan menyembelih ayam dan kerja kami sekali lagi mencari ayam² di dalam semak. Selepas tu, bermulalah episod siapa dapat cabut bulu ayam dengan pantas! Part ni paling best....Selepas ayam dicelur dalam air panas, kami akan berlumba - lumba mencabut bulu ayam. Siapa paling banyak ayam togel, dikira pemenang. Tapi pemenang tanpa hadiahla....Sekadar menghilangkan rasa lapar berpuasa dan merasai happening nak sambut raya!

Sebelah malamnya, masing² akan duduk mengadap tv buruk sambil di tangan masing² menganyam ketupat. Aku try sekali pastu blah main kad tepuk lagi best! Hahahahaha....Nak tengok tv time tuh pun, Pak Long dah pegang remote kontrol tv. So, kene ikut dia nye taste nak tengok saluran RTM atau TV3 jer. Daripada nak bertekak nak tengok channel mana, kami yang masih comel ni bermain sesama sendiri.

Kalau bosan main tepuk kad (masih ingatkah?), kami bermain kad One Happy Family. Time ni memang best! Masa tuh tak terfikir nak main bunga api ataupun mercun. Yang penting, suasana hiruk pikuk @ happening tuh penting. Dengan suasana hiruk pikuk, bau rendang dimasak...ehmmmmmm...Sodapnya....

Ada beberapa kali insiden pada malam raya bilamana pada pukul 9 malam jer, beberapa tiang di jalan kampung akan bergelap. Aduh! Sebab penggunaan elektrik yang berlebihan. Yelah, time tuh la nak blander...nak iron baju raya la....


Pagi² raya pula, ayah selalu berpesan bangun awal. Kalau lambat, kompem Q panjang untuk ke bilik air! Bilik air ada satu, rumah di kampung besar. Macam kami sekali berkumpul dalam 50+ orang (tahun 1996). Tapi, memang aku biasanya akan bangun awal la. Mana² budak lelaki kami suh ajer main kat bilik air luar yang tiada berbumbung tuh. Kalau budak² perempuan plak, sumbat je reramai mandi dalam bilik air satu ni. Berkemban la bukannya bogel. huhuhuhuhu...

Bila aku dah meningkat remaja, disebabkan aku bersekolah di Melaka, aku akan balik terus ke kampung. Biasanya aku akan menolong nenek aku mengemas rumah. Petang raya aku dah start buat rendang ayam atas tunjuk ajar nenekku. Pernah sekali aku buat rendang itik, first time wooo. Daging itik ni agak liat sedikit. Tapi disebabkan pada pagi raya perut aku susah nak terima makanan pada jam 7 pagi..(Kitaorang makan di pagi raya pada jam 7 pagi before ke kubur dan solat sunat Aidilfitri). Aku becadang nak makan rendang itik yang aku masak tu selepas solat sunat Aidilfitri. Sekali buka tudung saji, rendang itik dah licin. Kempunan wa.....hohohohoho...Then salah seorang auntie aku memujuk untuk memasak rendang ayam. Memang dia masak masa tuh juga. Tapi yelah ayam itik tak sama..Sedih time tuh sampai aku giler makan rendang sampai cirit - birit. Hahahahahahaha

Kalau kampung aku di Muar pula, aku paling suka tengok deco kad raya. Macam² pattern susunan Mak Itam aku letak. Dan kuih muih raya memang banyak. Aku paling suka batang burok Muar. Sedap!!! Pastu, kat Muar atok tak pakai air bancuhan..Pakai air botol. Budak² memang syiokla. Berwarna - warni botol air diminum. Pastu kembung perut dek angin....huhuhuhu....

Depan rumah atok ada parit. Dolu² parit ni kami boleh mandi. Terjun je ke dalam parit. Air yang sangat jernih..Nak tangkap ikan pun boleh. Tapi sekarang...erkkkkk.....Air hitam (bukan kat Ayer Hitam erkk), keruh...berbau....huhuhuhuhuhu......

Patern kami beraya pula, baik di Melaka ke atau di Muar, kami akan beraya sakan dari pagi sampai ke tengah malam. Berkumpulan @ berkereta beramai-ramai. Sampai kadang² sampai satu tahap perut dah tak boleh tampung lagi makanan dan mata pun sudah berat. Maklumlah bukan senang nak berkumpul beramai-ramai.



Sekarang, kenangan tinggal kenangan. Masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri dan rumah nenek pun sudah diubahsuai mengikut peredaran masa. Rendang ayam pun tiada diambil dari reban dan hanya dibeli dari pasar. Keenakan rendang ibu @ nenek memang top tapi kenangan dulu masih dalam ingatan. Zamanku tidak sama sekali dengan zaman anak²ku.

Apa² pun, semoga Aidilfitri disambut dengan meriah dengan tali siraturrahim dieratkan. Mana yang jauh, kita dekatkan...Yang dekat, kita rapatkan. Semoga persaudaraan sesama umat Islam semakin utuh.


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga dan maaf zahir batin.


* erkkk tetiba teringat tahun 2009...Aku tengah sarat mengandung..patut kene serah diri 1 Syawal tapi mintak tangguh....tengah syiok melantak, tetiba prrgghhhhppffff.... erk, kerusi patah beb! Malu betul aku dengan tuan rumah...huhuhuhuhuhu.....


  • Share:

You Might Also Like

0 comments