Entri Lambat : Ganu Kite ~ Part 4

By kin - August 25, 2012

Hari Ketiga

Hari ketiga selepas sarapan pagi di Restoren AZ Selera Timur, kami menuju ke Muzium Negeri Terengganu. Aku suka pi sini sebab binaan muzium ni memang sangat klasik.



Kebetulan pula semasa kami datang, terdapat ekspo di muzium. Ada nyanyi², persembahan muzik....Budak² siap main congkak lagi. Aku cuci mata la jugak tengok barangan dan siap dapat free gift lagi. Heheheehhe. Muzium ini kalau tak silap aku, ada 4 blok bangunan. Besar wooooo....Bayaran RM5 dikenakan untuk dewasa dan kanak² antara 15-7 tahun dikenakan bayaran RM2. Kamera tidak dibenarkan masuk tapi zaman dah maju. Aku guna handphone jer...hehehehehe.....




Selepas melawat muzium, kami ke Pasar Payang. Aku cuma borong makanan sahajalah sebab memang tiada niat hendak memborong baju batik. Tapi kan, adalah orang tuh asalnya nak menunggu sahaja di kereta, sekali dia plak yang borong beli baju.....Keh keh keh.....


Rata-rata aku tengok memang banyak batik sutera. Bling² ada..Liplap pun ada....Aku ingat longgokan kain dilambakkan di lantai tuh harganya murah, sekali angkat tengok tanda harga, alamak....RM150 paling murah.....Kansella.....Lagipun, aku bukannya jenis melaram nak ke dinner ke party ker yang memerlukan baju baling²..Kalau setakat nak pergi kerja, rasa macam tak berbaloi je nak pakai. Tapi serius, memang sangat lawa...!


Selepas seharian shopping, kami nak memborong makanan laut segar yang baru naik ke darat. Satu kotak besar kami beli. Stok untuk sebulan kut. Paling best bila dapat sotong candat.....Panjang dan besar. Memang sangat puas hati. Selepas tuh, turn untuk memborong kopok lekor pula.Sadisnya terpaksa beratur hampir satu jam..Wargghhh, nasib bukan aku yang beratur.....Orang yang sangat sabar le kene beratur. Hehehehehe....


  • Share:

You Might Also Like

0 comments