Entri Lambat : Ganu Kite ~ Part 1

By kin - August 24, 2012

Akhirnya pada 7 June tertunai juga hasrat ke bumi Terengganu yang indah permai ini. *wink* Plan asal pada cuti bulan Februari tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Plan kedua pula pada 31 May 2012. Baik punya plan, homestay dah bayar penuh. Tinggal nak packing dan pergi sahaja. Sekali di petang yang indah, En Syawal berkata; "Kita terpaksa mengangguhkan cuti kita. Sebab cuti dibekukan".Dalam hati agak memang sangat geram! Nasib aku belum bersiap nak packing. Memang plan nak packing malam pun. Sebab aku sejak dulu tak suka packing baju!. Nasib baik Pakcik Ayim bermurah hati dan kami dapat booked lagi for another next week.



 Kami bertolak hampir 10 pagi. Sangat rasa seronok sebab sudah agak lama tidak menjejakkan kaki di bumi Terengganu.Perjalanan kami bermula di Lebuhraya Pantai Timur dan memasuki bumi Ganu selepas highway berakhir. Singgah sebentar untuk makan tengah hari. Sedap juga nasi ayam ni.....

Sampai di Kuala Terengganu, kami berehat sebentar di Pantai Batu Buruk sementara hendak menunggu my bff; Nyzal Aaron Aziz datang menjemput kami. Sementara itu, kami menghirup angin segar di bumi Terengganu ini.

pantai batu buruk, terengganu

Anak²ku sudah merengek mau terjun ke laut. Iskkkk...Dalam wooo dan ombak pun agak galak menghempas pantai. Selepas Nyzal mai, kami lepak² kat padang permainan sambil makan kudapan sebelum menuju ke tempat penginapan.

Agak pening juga sebab bagi en Syawal dan anak²ku, inilah kali pertama mereka datang ke sini. Even aku dah banyak kali datang pun, banyak juga perubahan di sekitar bandar Kuala Terengganu ini. Nasib la ada bff aku. Kalau tidak, merewang la kami entah ke mana. Hehehehehe.....

Sebelah malamnya, selepas menjamu selera, kami menuju ke bandar. Kata Nyzal, kat sini terdapat little I-City atau ala² I-City kat Pulau Warisan. Betul² di belakang Kampung Cina dan berdekatan dengan Dataran Shah Bandar dan Pasar Payang. Kebetulan kami datang pula, hujan turun. So, takde rezeki. Takpelah, lagipun dah pergi kat I-City Shah Alam. So, di sini juga berlangsungnya pertandingan Moonsun Cup.....Owwhhhhhhhh....Baru aku tahu......

Malam itu kami berdoa agar esoknya cuaca panas terik dan tidak hujan. Sebabnya kami mahu ke Pulau Kapas! Ajak Nyzal, taubat dia tak mahu. Takut laut rupanya...Ekekekekekeke....Dia plak mendoakan semoga esoknya hujan supaya kami tak jadi ke sana...Wooooooohohohohohoho... :P

 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments