Saturday, August 25, 2012

Entri Lambat : Ganu Kite ~ Part 5

Hari Keempat

Pada hari terakhir kami di bumi Ganu, Nyzal dah bekerja dan anak²nya sudah bersekolah. Nak buat macam mana sebab hari Ahad adalah permulaan berbanding kami di KL. Sempat lagi Nyzal membekalkan kami kek marble. Thanks dear......


Selepas sarapan di Restoran AZ Selera Timur (pagi dan time supper memang kami gemar ke sini; sedap woooo) dan memulangkan kunci homestay, kami bergerak perlahan² meninggalkan bumi Terengganu. Kami memutuskan untuk mencuba jalan balik menggunakan jalan Bukit Besi.

 Sesambil tuh, kami menyinggah sebentar ke beberapa buah tempat. Masjid Terapung ini sangat cantik. Dari jauh sudah nampak kesucian warna putihnya itu.

Masjid Terapung

 Nampak jer tempat menarik, kami berhenti singgah. Kami rasa gambar pulau di belakang kami itu adalah Pulau Kapas. Hehehehehhe.....

pantai kelulut


 Di sini juga kami berhenti menyinggah...Hehehehhe...Angin yang sangat kuat dengan hempasan ombak. Pemandangan yang sangat² cantik. Bestnya kalau duduk di sini. Boleh hilang stress!!!

pantai kemasik

Sudahnya, kami decided ikut jalan 'hutan' melalui Sungai Bukit Besi. Ok, perjalanan yang sangat tidak menarik berbanding jalan pantai dan agak bosan pemandangan. Hendak berhenti makan ke atau berhenti berehat pun tiada apa². Kehijauan sahaja kiri kanan. Kalau memandu malam² rasanya tidak disyorkan. Apatah lagi banyak bas ekspress dan lori kelapa sakit. Lori kelapa sawit ini betul² membuatkan perjalanan menjadi semakin perlahan dan jalan pula dalam keadaan yang tidak seberapa elok.

Ok, selepas ini kami ikut jalan pantai la. Selain pemandangan yang menarik dan boleh berhenti makan misalnya, takdelah terasa mengantuk sangat. Unless kalau lebuhraya sudah siap sepenuhnya.

Ada sekali tuh, kami nampak signboard ke Kuala Lumpur, mula masuk ke ajalan dan tetiba jalan ke arah KL ditutup dan arah Kuala Terengganu dibuka. Nak tak nak kami teruskan juga perjalanan mengikuti lebuhraya ke KL sehingga jumpa hutan(tak siap lagi ler tuh). Sebabnya kami nak u-turn tak jumpa².Hoohohohhohohohohohohoho......

Patah balik dan dalam hati sudah menyumpah². Kalau belum siap, jangan la naikkan papan tanda. Sealkan dulu ke. Rupanya selepas kami berpatah balik, kami belum lagi sampai menuju ke Bukit Besi. Aiyooooooooooo.....terasa sangat jauh. Sampai di KL, matahari sudahpun melabuhkan tirai dan badan pun terasa penat. Apa²pun, ini adalah antara perjalanan jauh kami sekeluarga dan berhasrat untuk mengunjungi lagi bumi Terengganu. Tidak lupa juga kepada Nyzal sekeluarga, terima kasih daun keladi.........Jasamu ku kenang..........



Entri Lambat : Ganu Kite ~ Part 4

Hari Ketiga

Hari ketiga selepas sarapan pagi di Restoren AZ Selera Timur, kami menuju ke Muzium Negeri Terengganu. Aku suka pi sini sebab binaan muzium ni memang sangat klasik.



Kebetulan pula semasa kami datang, terdapat ekspo di muzium. Ada nyanyi², persembahan muzik....Budak² siap main congkak lagi. Aku cuci mata la jugak tengok barangan dan siap dapat free gift lagi. Heheheehhe. Muzium ini kalau tak silap aku, ada 4 blok bangunan. Besar wooooo....Bayaran RM5 dikenakan untuk dewasa dan kanak² antara 15-7 tahun dikenakan bayaran RM2. Kamera tidak dibenarkan masuk tapi zaman dah maju. Aku guna handphone jer...hehehehehe.....




Selepas melawat muzium, kami ke Pasar Payang. Aku cuma borong makanan sahajalah sebab memang tiada niat hendak memborong baju batik. Tapi kan, adalah orang tuh asalnya nak menunggu sahaja di kereta, sekali dia plak yang borong beli baju.....Keh keh keh.....


Rata-rata aku tengok memang banyak batik sutera. Bling² ada..Liplap pun ada....Aku ingat longgokan kain dilambakkan di lantai tuh harganya murah, sekali angkat tengok tanda harga, alamak....RM150 paling murah.....Kansella.....Lagipun, aku bukannya jenis melaram nak ke dinner ke party ker yang memerlukan baju baling²..Kalau setakat nak pergi kerja, rasa macam tak berbaloi je nak pakai. Tapi serius, memang sangat lawa...!


Selepas seharian shopping, kami nak memborong makanan laut segar yang baru naik ke darat. Satu kotak besar kami beli. Stok untuk sebulan kut. Paling best bila dapat sotong candat.....Panjang dan besar. Memang sangat puas hati. Selepas tuh, turn untuk memborong kopok lekor pula.Sadisnya terpaksa beratur hampir satu jam..Wargghhh, nasib bukan aku yang beratur.....Orang yang sangat sabar le kene beratur. Hehehehehe....


Friday, August 24, 2012

Entri Lambat : Ganu Kite ~ Part 3


Balik sahaja dari Pulau Kapas, kami terus menuju ke rumah Nyzal di Chabang Tiga sempena menyambut majlis kelahiran Amjad.Happy belated Amjad!!!

Amjad
* ala, aku salah typing nama anak ko....ralat....kesulitan amat dikesali....

Kelakar tengok gelagat Amjad kene calit dengan cream cake...Siap menangis tuh...Hehehehehehe....Dapat makan kopok lekor. Ada yang goreng dan ada yang rebus. Aku suka yang rebus.


Malam itu selepas makan malam, kami menuju ke Masjid Kristal. Owwhhhh inilah Masjid Kristal. Memang sangat lawa dengan lampu yang memantul di celah² sudut.  Ada satu kejadian yang mana Hamizan entah ke mana. Memang aku agak hangin time tu sebab en Syawal yang menjaga Hamizan tapi dikatanya aku plak....Sedang sibuk mencari, rupanya dia dah berada di depan pintu gerbang. Aku takut dia terjun masuk dalam laut jer.
Masjid Kristal

Sebenarnya, dari rumah Nyzal sudah boleh nampak Masjid Kristal ni. Cumanya bila hendak ke sana, terpaksa menggunakan jalan lain sebab terhalang dek laut. Huhuhuhu......



Entri Lambat : Ganu Kite ~ Part 2

Hari Kedua


Hari kedua kami plan ke Pulau Kapas. Alhamdulillah.....Cuaca agak redup dan yang pasti tidak hujan ok....Hehehehe...Masin mulutku..hehehehehe....Selepas makan cream puff hasil tangan Nyzal, kami bertolak menuju ke Pulau Kapas.Hati dah melonjak kegirangan...Ewah, kalah budak². ^__^

Sesampai sana dan memakir kereta, kami terus ke kaunter Makcik Gemuk Chalet.  Kami terus mengambil full pakej sebab memikirkan kemungkinan di pulau nanti harga makanan adalah dua kali ganda. Selepas membayar, kami menunggu di jeti sebelum bot menjemput kami ke pulau.

pulau kapas

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 15 minit dari daratan. Perghhh lawa betul! Subhanallah.....Memang pasir yang memutih dan apalagi budak² dah tak sabar nak terjun. Kami memilih untuk menyewa bilik harian bagi meudahkan menukar pakaian, mandi, berehat dan solat. Rate dalam RM50-100. Dah tak ingat sangat. hhehehehehe......

Sementara hendak menunggu ketibaan bot untuk menjemput kami untuk snorkeling, kami mandi manda dahulu di sini. Dengan cuaca yang agak redup, takdelah terasa sangat muka macam udang kene bakar.

pulau kapas

Sesampai di tempat snorkeling, apalagi terjun juga la. Nasib pakai life jacket, sebab tengah siuk snorkeling, tak sedar paras kedalaman laut. Huhuhuhu, wa tak pandai berenang......Yang paling menariknya ialah; seekor ikan pun aku tak nampak!!!! Hampeh..........

pulau kapas
 Hamizan memang tak turun ke laut. Sekadar memandang sepi sahaja. Ajak pun dia tidak mahu. Nak juga main pasir. Yelah, time bila lagi nak main pasir. Nasib baiklah  en Syawal sporting melayan Hamizan, so aku, Syasya dan Sara pi snorkeling dan bermandi manda la sepuas-puasnya.......

pulau kapas
 Selepas pulang dari snorkeling, kami menjamu selera secara buffet. Ehmm....Aku rasa kalo aku beli ala carte lagi better di situ. Ingatkan bila makan dengan pakej, lagi murah...Rupanya disebaliknya! Warrgghhh, terkena aku...Takpe, next time aku dah tahu.......

Selepas makan, kami mandi manda lagi. Memamng bajet nak seharian di situ. Hehehehe....Tapi apakan daya, semua ahli keluargaku terkene sengatan obor-obor kecuali aku. Merah² tangan Syasya beserta pedih dan gatal. Nasib baiklah owner chalet nih ada ubat.....Habis semua kene spray dengan Ridsect.....Hahahahahaha...Itulah ubatnya....Tapi memang mujarab......

On the way nak ke bilik, Sara nak main dengan sugar glider kepunyaan salah seorang pengunjung....Haaaa sampai ke belakang badan menatang tuh cuba nak masuk..hehehehehe...


pulau kapas
 Ok, sebelum kami balik....Posing dulu ambil gambar. Kayak² yang disusun itu memang sangat menawan. Sebab terlalu colorful. Hehehehe....

pulau kapas

Ok, perjalanan kami balik ini agak mencabar sedikit. Bayangkan ombak besar dan bot kami ini hampir je nak terbalik...Aduhai.....Nasib la budak bot nih pandai handle bawa bot. Kalau tak, tak tahulah nasib macam mana........Syukur, kami selamat sampai. Sesampai di jeti, ehh...eh....Banyaknya ikan..Warna - warni lagi..Eh, ada yang berbelang....Hampeh, penat aku snorkeling, seekor pun tak nampak bayang....Huhuhuhuhu.

Entri Lambat : Ganu Kite ~ Part 1

Akhirnya pada 7 June tertunai juga hasrat ke bumi Terengganu yang indah permai ini. *wink* Plan asal pada cuti bulan Februari tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Plan kedua pula pada 31 May 2012. Baik punya plan, homestay dah bayar penuh. Tinggal nak packing dan pergi sahaja. Sekali di petang yang indah, En Syawal berkata; "Kita terpaksa mengangguhkan cuti kita. Sebab cuti dibekukan".Dalam hati agak memang sangat geram! Nasib aku belum bersiap nak packing. Memang plan nak packing malam pun. Sebab aku sejak dulu tak suka packing baju!. Nasib baik Pakcik Ayim bermurah hati dan kami dapat booked lagi for another next week.



 Kami bertolak hampir 10 pagi. Sangat rasa seronok sebab sudah agak lama tidak menjejakkan kaki di bumi Terengganu.Perjalanan kami bermula di Lebuhraya Pantai Timur dan memasuki bumi Ganu selepas highway berakhir. Singgah sebentar untuk makan tengah hari. Sedap juga nasi ayam ni.....

Sampai di Kuala Terengganu, kami berehat sebentar di Pantai Batu Buruk sementara hendak menunggu my bff; Nyzal Aaron Aziz datang menjemput kami. Sementara itu, kami menghirup angin segar di bumi Terengganu ini.

pantai batu buruk, terengganu

Anak²ku sudah merengek mau terjun ke laut. Iskkkk...Dalam wooo dan ombak pun agak galak menghempas pantai. Selepas Nyzal mai, kami lepak² kat padang permainan sambil makan kudapan sebelum menuju ke tempat penginapan.

Agak pening juga sebab bagi en Syawal dan anak²ku, inilah kali pertama mereka datang ke sini. Even aku dah banyak kali datang pun, banyak juga perubahan di sekitar bandar Kuala Terengganu ini. Nasib la ada bff aku. Kalau tidak, merewang la kami entah ke mana. Hehehehehe.....

Sebelah malamnya, selepas menjamu selera, kami menuju ke bandar. Kata Nyzal, kat sini terdapat little I-City atau ala² I-City kat Pulau Warisan. Betul² di belakang Kampung Cina dan berdekatan dengan Dataran Shah Bandar dan Pasar Payang. Kebetulan kami datang pula, hujan turun. So, takde rezeki. Takpelah, lagipun dah pergi kat I-City Shah Alam. So, di sini juga berlangsungnya pertandingan Moonsun Cup.....Owwhhhhhhhh....Baru aku tahu......

Malam itu kami berdoa agar esoknya cuaca panas terik dan tidak hujan. Sebabnya kami mahu ke Pulau Kapas! Ajak Nyzal, taubat dia tak mahu. Takut laut rupanya...Ekekekekekeke....Dia plak mendoakan semoga esoknya hujan supaya kami tak jadi ke sana...Wooooooohohohohohoho... :P

 

Wednesday, August 22, 2012

Raya 2012

Salam Aidilfitri,


Entri kali ini berkisar dengan kemeriahan hari raya kami sekeluarga. Bermula ketika berbuka puasa di Gombak sehinggalah ke Hutan Percha.

Berbuka pada hari terakhir agak special sedikit dengan kehadiran kawan sekerja Huda from US. Selepas Huda membawa berjalan² sekitar KL, kami mengajak Melanie untuk merasa kemeriahan berbuka puasa. Mel sangat suka dengan rendang ibu. Me too. ^__^


Selepas solat maghrib, kami mempulun main bunga api. Huda nih macam kerasukan bila bermain bunga api. Mengalahkan anak buahnya sahaja. Auntie Mimi plak, asyik² tanya..."ehhhh bunga api tuh dekat dengan kita ker?"  Mimi tak join main sangat dek cuak dengan percikan bunga api. Huhuhu

 Lilin takde plak. Terpaksalah membeli sebatang di kedai nun. En Syawal takmo beli sebab sebatang je. Dia kata, macam mat pit plak...Nak beli sebatang...hehehehehe

 Sekali main, aiyooooooooooo bunga api lemau lor....Masa main, bunga api Sara tercucuh di lengan Syasya. Berparut sudah.

 Main bunga api sampai tak sedar dah seratus batang. Itulah, suh beli 200 batang takmo.....

 Ok, bergambar sebelum keberangkatan Mel dan Mimi pulang.  Peace...!


Raya Pertama


 Bergambar sebelum solat Aidilfitri. Pix ini dipost di Fb untuk tatapan nenek² di Benoni. We missed you!

 Pemberian kad dan hadiah untuk birthday big boy. Eh siapa? Siapa lagi, En Syawal la...Anyway, selamat hari lahir my dear hubby....  ^__^

 Syasya with Nenek dan Pak Busu.Simple je baju raya ibu kali ni.

 Ibu dan ayah pun nak bergambar bersama. Bila lagi nak romantika di pagi raya, kan..?

 With Mak Teh. Bergambar sebelum bersalaman dan pemberian duit raya.

 Me and family. Tema kali ini adalah purple. Asalnya mahu tema biru tapi Syasya berkeras nak warna purple. Ikutlah anak ooooiiii......

 Adik² ku....Huda dan Luqman. Sudah besau erkkk korang....Tak lama lagi menunggu la turn Huda plak. eh, biler erkkkkk?????
 Me and beloved hubby... Suka posing tak tengok kamera en Syawal nih. Tudung dan bunga nih aku wat dua hari sebelum raya. Pening  uncle jahit tepi dengan aku...hahahahhaha...

 Aiseh...minum susu pakai botol la plak. Takpelah, janji dapat bergambar dengan Pak Busu yang ensem nih.

 Tak kuasa i......Senyuman Mak Teh tetap menten......

 We're flower gegurl...See...see...? hehehehehehe. Sara nih mekap tak ingat. Habis mekap aku bila aku mekap nipis². Masa nak ambil gambar, dia menghilang sekejap. Rupanya pi touch up mekap kasik tebal....Sabau ajelah....

 Syasya took the pix. Nasibla gegar...Bukan THR Gegar erkkk...hehehehe

 Pemberian kopiah oleh Mak Teh Ngah. Terima kasih daun keladi....


 Asalnya nenek bagi sorang satu rantai ni. Kebetulan dalam simpanan nenek ada 5 utas rantai, kelima² Sara kebas pakai. Kebetulan juga, Mak Ngah ada bagi rantai jugak. Pun Sara sebat pakai juga....Cincin di jari tuh ada dua. Pun Sara sebat nak pakai dua-dua.....Aiyooo, little mami jarum kaaaaa?

 Ini adalah acara tahunan kami sebelum sampai ke rumah Atok. Disebabkan hanya fast food jer yang buka 24 jam, kami serbulah KFC di Muor. hehehehehehehe...Makan kenyang² dolu.hehehehehe...


Raya Kedua


 Bergambar dengan Atok sebelum bertolak ke Hutan Percha. Pix ni ada kisah disebaliknya kenapa  muka aku jadi cenggitu...hahahhaha..Hai anakku, Hamizan.....Nasib la atok ko sporting.... ^__^

OTW nak ke Hutan Percha, kami henti-henti disebabkan cirit-birit sebab minum air gas tak ingat dunia. Cuma aku dan Hamizan jer rileks... Tuhla, dah pesan awal²...berpada² minum air gas...Haaa sekarang baru padan muka....hehehehehehe

 Sesampai di Hutan Percha, aku nampak dak Mad nih dok potong daging kambing...Nyum..nyum....

 My kazens yang sangat ringan tulang membasuh pinggan mangkuk di kolah luar......Basuh yea jangan tak basuh.....Dolu², ini tempat kitaorang cabut bulu ayam.....hehehehhehe...

 Bergambar beramai² selepas makan. Sedap sungguh masakan daging kambing masak lemak cili padi, air tangan nenek...Nyummmm, nikmat! Ikan tongkol masak asam pedas....Kari kambing ..dan etc..hehehehe..

 Aksi si jurugambar. Siap pakai dulang lagi tuh...hehehehehhe


 Bergambar beramai-ramai... Mana yang sempat je nih....hehehehe

 Tangan sapa la tak bedung nih ??? Gegar lor..

 Bergambar lagi.....
 Dan lagi.....
 Dan lagi.....hehehehehehehe
 Lagi......hehehehe
 Aksi kedua si jurugambar.....Rileks jer Papa dok borak². Langsung tak hiraukan kami yang bising semasa mengambil gambar.

 Dan lagi......
 Dan lagi.......
 Dan lagi...Siap ade back light lagi....aiseh...

 Antara cicit² nenek yang hadir. Eh, Myra bukan cicit, cucu jer... ;)

 Huda pun nak menyelit gaks.....
 Nenek pandang ke sana la plak......Ini mesti pix tak ready nih....

 Ok, dah ready......Smile...!
 Dan lagi..........................

 Ok, aksi si jurugambar lagi.......

 Dan lagi...................................
 Sara with her kazen... Nadhirah dan Naufal....

 So cute........................
 Dan lagi................

 Comel tak kami nih...Mestilah comel kan? kan?

 Sara and Nadhirah....Kami ni kalau orang tak berapa kenal, mesti ingat kami ni kembar. Lagipun kami ni sebaya tau......
 Hamizan dan Naufal....
 Tapi kami muka tak sama..Kakak Sara dan kakak Nadhirah je muka hampir sama.....

 Ok, bosan² menunggu solution kereta Mak Teh, kami bermain bas henti-henti. Syasya jadi konduktor tiket yea.....

 Rasa macam senget ke kanan je pix nih.Hehehehehehee. Jangan marah yea...........Apa-apa pun, tahun nih memang sangat-sangat hapenning dengan penuh drama.....

Selamat Hari Raya!

Maaf Zahir Batin!