Selam....Selam...Tapi tak selam...

By kin - July 18, 2012

Baru² ni balik ke kampung untuk menghantar nenek terchenta balik kampung. Kami ni suka sangat berjalan² di negeri Hang Tuah ni. Banyak sangat attraction yang boleh disinggah. Disebabkan asyik² ke Bandau Hilir, kami bercadang nak tengoklah juga kapal selam kat Pantai Klebang nun tuh.


Kapal Selam Melaka


On the way, jalan ke Pantai Klebang tuh, jalan agak jem. Rupa²nya orang beratur panjang nak menikmati Coconut Shake. Yummmmmm...Tetiba teringat coconut shake di Kuala Terengganu.

Sampai je di Pantai Klebang, akan nampak satu arca 1 Malaysia. Orang panggil tempat tuh Dataran Klebang. Dari jauh dah nampak happening. Wah!!! Syasya siap cakap, "Eh, macam kat Ganu la" Kelibat layang² berwarna-warni seperti di Pantai Batu Burok tuh.


pantai Klebang Melaka



Sampai habis satu pusingan dataran. Satu bayang kapal selam pun tak nampak. Bukan kapal selam nih besau gabak ker? Bila berpatah balik, lor rupanya don't belok². Kena lalu ke depan sampai jumpa simpang then belok ke kiri. Ya Rabbi, masya Allah...Jalannya layak dipanggil macam tempat jin bertandang. Kalaulah musim hujan....Kotorlah keretaku ini. Huhuhuhuhuhuhuhu



Sesampai sahaja, kami dah tersalah jalan sebab banyak lorong. Ntah mana² walaupun kapal selam tuh ada je di depan mata. Patah balik...Patah balik...Eiii sabau ajelah. Masa nak bayar tiket, En Penjual Tiket bagi diskaun. Wah, ini sudah cukup baik. Terubat sedikit rasa berbuku dengan jalan yang sangat cantik itu.



Info:


Tempat : Pantai Klebang
Harga Tiket : Dewasa RM1 Kanak² RM0.50

kapal selam smd quessant

kapal selam melaka
Besau tak dik???



posing tak ingat anak dara ni


saya comel tak?
 Dapat tengok di luar sahaja. Kalau dapat masuk ke dalam agak best juga tapi macam seriau je nak masuk ke dalam. Perasan nanti² tak leh nak bernafas dan panas woooo. Hahahahahaha



info tentang kapal selam




Pemandangan ketika mahu pulang.Ingat nak singgah lepak² tepi pantai. Happening katakan. Tapi takut terlewat balik ke KL sebab hari Ahad kan.....



Disebabkan alang² dah sampai Klebang, En Syawal sanggup beratur nak beli Coconut Shake tuh. Yummy..... Sangat sedap and thanks so much sebab sanggup beratur untuk kami. Hehehehehe

 

 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments