Friday, June 29, 2012

Rainbow Cake with Swiss Lemon Meringue Buttercream

As promised..here are the rainbow cake recipe I've learn from Cikgu Ita. Tapi sampai sudah tak cuba lagi. Pernah buat dolu² tapi tak menjadik...hehehehehehe......

Swiss Lemon Meringue Buttercream, rainbow cake


Bahan-bahan

 226g mentega
426g gula castor
5 putih telur
2 sudu teh esen vanilla
426g tepung gandum
4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
355ml susu segar
pewarna makanan (gel sebaiknya)


Kaedah penyediaan

  1. Panaskan oven pada 180C. Griskan loyang 9" dan lapikkan dengan kertas minyak.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan
  3. Pukul gula dan mentega dengan kelajuan sederhana hingga kembang. Masukkan putih telur dan terus pukul hingga sebati. Tuangkan esen vanilla dan kacau sebati.
  4. Tuangkan tepung selang seli dengan susu. Teruskan pukul hingga sebati.
  5. Bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan.
  6. Tuangkan setiap bahagian ke dalam loyang dan bakar selama 15 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan dari oven dan biarkan 10 minit sebelum kek diterbalikkan.
  8. Sejukkan dan hiaskan dengan buttercream.


 Ok, dah siap....Tapi kali nih cikgu Ita mengajar mengguna Swiss Lemon Meringue Buttercream. Aku macam first time la dengar. Sebelum ni tak penah dengar Swiss² nih. Ok, begini caranya.

Bahan-bahan

14 putih telur -saiz A
550g gula castor
678g butter sejuk-potong kiub
3 sudu teh perisa lemon
Air secukupnya untuk mengukus/double-boiler


Kaedah penyediaan

  1.  Panaskan air di dalam periuk kecil hingga mendidih
  2. Masukkan putih telur dan gula ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati
  3. Letakkan mangkuk di atas periuk dan kacau hingga gula larut.
  4. Tuangkan ke dalam mangkuk pengadun yang besar dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan sebati. Teruskan memukul hingga berpuncak dan berkilat.
  5. Rendahkan kelajuan dan masukkan mentega sedikit demi sedikit sehingga adunan agak berair. Masukkan perisa lemon. Teruskan memukul dengan kelajuan yang tinggi hingga mencapai ketepuan krim yang dikehendaki. Jika krim agak cair, masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit dan pukul semula sehingga tepu.
  6. Sapukan pada kek dan hiaskan mengikut citarasa.

Ok, dah siap. Baca resepi mudah mudah tapi nak menyediakan erkkkk.....Yelah, amatur kan...Memang kacau bilau.heheheheehe...Apa² pun, nak lagi sedap dan elok....Buatlah sehari sebelum dimakan supaya cantik bila potong kek tu.

Ok, selamat mencuba!


 

No comments:

Post a Comment