Friday, June 29, 2012

Rainbow Cake with Swiss Lemon Meringue Buttercream

As promised..here are the rainbow cake recipe I've learn from Cikgu Ita. Tapi sampai sudah tak cuba lagi. Pernah buat dolu² tapi tak menjadik...hehehehehehe......

Swiss Lemon Meringue Buttercream, rainbow cake


Bahan-bahan

 226g mentega
426g gula castor
5 putih telur
2 sudu teh esen vanilla
426g tepung gandum
4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
355ml susu segar
pewarna makanan (gel sebaiknya)


Kaedah penyediaan

  1. Panaskan oven pada 180C. Griskan loyang 9" dan lapikkan dengan kertas minyak.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan
  3. Pukul gula dan mentega dengan kelajuan sederhana hingga kembang. Masukkan putih telur dan terus pukul hingga sebati. Tuangkan esen vanilla dan kacau sebati.
  4. Tuangkan tepung selang seli dengan susu. Teruskan pukul hingga sebati.
  5. Bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan.
  6. Tuangkan setiap bahagian ke dalam loyang dan bakar selama 15 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan dari oven dan biarkan 10 minit sebelum kek diterbalikkan.
  8. Sejukkan dan hiaskan dengan buttercream.


 Ok, dah siap....Tapi kali nih cikgu Ita mengajar mengguna Swiss Lemon Meringue Buttercream. Aku macam first time la dengar. Sebelum ni tak penah dengar Swiss² nih. Ok, begini caranya.

Bahan-bahan

14 putih telur -saiz A
550g gula castor
678g butter sejuk-potong kiub
3 sudu teh perisa lemon
Air secukupnya untuk mengukus/double-boiler


Kaedah penyediaan

  1.  Panaskan air di dalam periuk kecil hingga mendidih
  2. Masukkan putih telur dan gula ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati
  3. Letakkan mangkuk di atas periuk dan kacau hingga gula larut.
  4. Tuangkan ke dalam mangkuk pengadun yang besar dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan sebati. Teruskan memukul hingga berpuncak dan berkilat.
  5. Rendahkan kelajuan dan masukkan mentega sedikit demi sedikit sehingga adunan agak berair. Masukkan perisa lemon. Teruskan memukul dengan kelajuan yang tinggi hingga mencapai ketepuan krim yang dikehendaki. Jika krim agak cair, masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit dan pukul semula sehingga tepu.
  6. Sapukan pada kek dan hiaskan mengikut citarasa.

Ok, dah siap. Baca resepi mudah mudah tapi nak menyediakan erkkkk.....Yelah, amatur kan...Memang kacau bilau.heheheheehe...Apa² pun, nak lagi sedap dan elok....Buatlah sehari sebelum dimakan supaya cantik bila potong kek tu.

Ok, selamat mencuba!


 

Monday, June 25, 2012

As S.W.E.E.T as Pavlova!

Yup, today 25 June 2012 is our 8th anniversary....8 years ago, I still remember the feeling of being belonging forever ( I hope so) to someone I rarely known before. Until now, I still pinch myself that ...Hey, he is definitely person who are really suitable for me and a very kind person I ever met!


 So, yesterday...I made a pavlova cake as our sweet memory together for those years we ever shared.

pavlova





anniversary


 I hope that our sweet memories remains together as sweet as pavlova! Happy anniversary to us! Syukran ya Allah for lovely and beautiful family you gave to us....

* I will post the recipes later..... *wink*

 

Friday, June 22, 2012

~Solat Dhuha~

KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA 

 
"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktuMu, kecantikan itu ialah KecantikanMu, keindahan itu ialah keindahanMu, kekuatan itu ialah kekuatanMu, kekuasaan itu ialah kekuasaan Mu, dan perlindungan itu ialah perlindunganMu, Ya Allah, jika rezekiku masih dilangit turunkanlah, jika ada didalam bumi keluarkanlah, jika masih jauh dekatkanlah, jika sukar mudahkan lah, jika haram sucikanlah dan jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha Mu, keagunan Mu, keindahan Mu, kekuatan Mu dan kekuasaanMu, Limpahkanlah kepadaku apa yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yg soleh"


Ya Allah banyakkanlah hartaku dan anak-anakku,
luaskanlah rumahku,berkatikanlah semua yg Kau beri kepadaku,
perbaiki amalanku, dan ampunkan untukku.

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah 


Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut.

 Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

 يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

 Maksudnya:

 Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah.

 Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

 Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari


Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari.

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

 يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. -

Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.


 Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah


 Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah.

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

 مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:

 Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah.

 Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat

 Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin).

Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha.

 Baginda lalu bersabda: صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

 Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

 -kredit to fb sham kamikaze

 .: sesungguhnya solat ini banyak manfaatnya kepada kita semasa di dunia ini dan juga di akhirat:.

Selamat beramal! 

 
 

Wednesday, June 13, 2012

.: Ganu Osem! :.

Pulau Kapas


 
pulau kapas



pulau kapas

 

Masjid Kristal


masjid kristal

masjid kristal




Muzium Negeri


muzium negeri terengganu


muzium negeri terengganu


muzium negeri terengganu



Pasar Payang


pasar payang


Sekitar di bandar Kuala Terengganu


kuala terengganu

kuala terengganu

pantai batu burok

pantai batu burok

kuala terengganu

kuala terengganu

istana badariah

istana badariah

istana badariah


 

Masjid Terapung


masjid terapung

masjid terapung

masjid terapung
masjid terapung




Pantai Kelulut 



pantai kelulut

pantai kelulut

pantai kelulut

pantai kelulut

pantai kelulut

 

 

Pantai Kemasik


pantai kemasik

pantai kemasik

pantai kemasik

pantai kemasik, dungun

dungun

pantai kemasik

pantai kemasik