Rainbow Cake & Me

By kin - May 31, 2012


Sebenarnya, aku penah membuat rainbow cake nih based on resepi from internet. But, unfortunately tak menjadi. Puncanya : aku beat lama sangat dan kedua aku salah pakai jenis whipping cream. Woohohohohoho. Takpa, belajar dari kesilapan.


So, selepas lama mendaftar dengan Kolej Komuniti Kuala Langat, akhirnya pada 22 Mei 2012, aku mendapat panggilan untuk pengesahan kehadiran. Ehm, memula ingat dapat di Shah Alam tapi takpelah sebab nak belajar punya pasal kan?

Memula ingat nak drive sendiri sahaja walaupun aku tak pernah ke Banting. Tapi macam biasalah En Syawal mesti nak menghantar juga walaupun dekat. Hehehehe. Dah pesan awal² pada En Syawal yang kolej ini terletak di Kuala Langat. Diulangi Kuala Langat. Aku siap mentioned lagi dekat dengan Banting. Dia angguk jer.

Pada hari Ahad lepas (27 Mei 2012), bermulalah episod sesat dan hendak mencuba jalan baru. Ceh! Orang dah bagitau awal² dah, Kuala Langat bukan Hulu Langat. Haaaa amik ko.....Kelas start kul 9 pagi, memang tepat² aku sampai di depan pintu kelas. Jauh betul perjalanan. Sambil² tu mulanya kena bebel. Resepi kat internat kan ada banyak? Takyah la nak pi kelas..Jauh...Bla..Bla..Bla...

Bagi aku senang je jawapannya. Memang betul tapi TEKNIK tuh aku nak belajar dan korek rahsia/petua dari orang yang banyak pengalaman ni. Yea dak?



Kena tepek dulu pix aku ngan Cikgu Ita ni. Sangat informatif dan paling penting sangat tidak kedekut ilmu. Tak sia² aku mai dari jauh!

Kelas dimulakan dengan teori dan diikuti oleh praktikal daripada Cikgu Ita. Masa tuh apalagi salin la apa patut. Then dari situ aku boleh figure out...Owh no wonder la....Masa tu mulalah teringat petua ibu aku. Aku jer yang malas nak ikut. Hehehehe..So, pasni kene ikut balik la ajaran ibuku. Hehehehe...

kolej komuniti kuala langat
 Group akak² veteran. Memang cepat siap dan smooth aje. Masing² dah banyak pengalaman.

 Gambar senget ni aku tak tahu macam mana nak betulkan dalam blog ni. Masa ini Cikgu Ita beri penerangan secara teori. Aku apalagi, sambil mencatat sambil amik gambar. Hehhehe.

 Ini antara ahli kumpulan aku. Sangat unik sebab 1Malaysia...Hahahahaha..Group kitaorg sahaja tau!

 Tengah sibuk mengadun mengikut warna. Sayangnya warna merah sudah habis dikebas oleh akak² sebelah sana nun. Ala, lagipun warna merah tak banyak. So, kami gunalah apa yang ada. Janji ada warna!

 Well, me and Uma. pix tak ready ni. Tapi takpe.....

rainbow cake
 See?? Kek setelah dikeluarkan daripada oven. Very nice colors! Tengah menunggu untuk disejukkan.


 Me nak try pula la....Quite mencabar sebab yelah aku bukannya sokmo menepek aising kek nih selalu. Boleh tengok tangan Ara (one of our team). Perfect dia buat sebab dia memang otai buat kek. Orang otai pun mai belajar juga. Apatah lagi aku yang zero knowledge...

rainbow cake
 Bergambar curi dengan potongan rainbow kek yang Cikgu Ita buat.heheheheheheheheh

rainbow cake
Gambar di bawah adalah kek yang telah dihias oleh Cikgu Ita sebelum dipotong seperti gambar di sebelah atas. Yummy.....!!!!!!

Next post; aku post resepi nya pulak yea.........





  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. wah...bley order kek plak lepas ni kat kak kin

    ReplyDelete
  2. Waahhh..syabas..kepas ni boleh ajr aku..

    ReplyDelete
  3. Oooooowhhh order? Alamak, masih blom mahir lg
    Nak ajar? Boleh ajer....:-)

    ReplyDelete