~ Musim demam ~

By kin - May 11, 2012


 Hampir seminggu Syasya demam panas. Suhu sokmo cecah 40C. Kalau dah makan ubat demam selang 4jam skali pun, setakat cecah 38C. Memula aku takdelah serisau masa hari kedua dia demam. Maybe demam panas biasa. tapi bila dah masuk hari ke-3 dan menjadi-jadi, aku mula naik risau.


Semasa sambutan birthday kawan, orang ramai semua sedang bergumbira, Syasya terlantar. Sara tolong kipas konon nak hilangkan panas badan Syasya.


 So, bawa terus ke Jabatan Kecemasan di PPUKM. ehmm..as usual, masa melahu menunggu agak lama tapi Syasya hanya menunggu sejam sahaja (itupun kerana hendak menunggu result darah dia). Doktor cuma saspek Syasya demam virus/ denggi. Kemungkinan besar adalah virus sebab platlet darah Syasya di tahap yang normal.

Masa MA nak ambil darah, Syasya dah pucat lesi dan nak meronta-ronta. Dan as usual Sara menjadi penemannya. Bak kata Sara, "Ala, macam kene gigit semut jer kak" huhuhuhuhu...Dalam hati nak tergelak jer sebab Syasya nih penakut jarum ikut papanya. Baru nampak jarum, dah terjerit-jerit. Bikin malu je kat emergency tuh....>_<
emergency ppukm
muka tengah tahan sakit sebab kene drip
Lepas doktor berpuas hati dengan result darah, drip IV pun dibuka dan kami dibenarkan balik. Pesanan doktor, banyakkan minum air. Ehmmm...masalahnya Syasya takde selera. Makan minum jauh sekali. Memang aku paksa rela Syasya!

Selasa, 24 April 2012

Demam Syasya masih tak kebah-kebah. Malam minggu tuh dia dah start meracau-racau. Dah tak kenal siapa dah. Huh, cuak gaks aku. Memang aku minggu tuh EL. Dan EL lak entittle only 3 ELs for a year. Satu dah kene tolak masa pengasuh ada emergency.huhuhuhuhu...Disebabkan Syasya kene cek darah lagi, kami menunggu dan menunggu sehingga temujanji Sara yang sepatutnya bermula jam 2.30 petang terpaksa dibatalkan. Masa nih Syasya dok merengek-rengek. Mungkin tak selesa. Iskkkk...macam budak kecil sebab merengek sampai semua dok pandang-pandang. Apa boleh buat, anak tak sihat sebab terlampau panas.......

asyik merengek jer

Masa chek up, Syasya bagitau dia sakit perut dan muntah-muntah hampir 2 kali. Nak tak nak, doktor terpaksa menunggu semasa rawatan sebab nak ke toilet. Then, doktor saspek mebi usus kecilnya terbelit/tersimpul. So, doktor sarankan Syasya pi x-ray perutnya.

Ehm, time nak x ray pun penakut. Aku pesan, macam ambil gambar (mmg pun, dah namanya pun Imaging Department, huhuhuhuhu). Sara berkeras nak tengok dekat-dekat tapi aku tak bagi.

Selepas doktor tengok result x-ray, syukur tiada apa-apa yang abnormal. So, as usual again, doktor sarankan bagi Syasya minum air masak banyak-banyak or any juicy. At the same time, aku pun memberitahu pada doktor yang Syasya nih pernah kencing kotor tapi masa doktor diagnosis, tiada pula.lagipun, Syasya tidak mengalami kesakitan semasa membuang air kecil. So, hampir pukul 5 petang, kami pun pulang.

Setiba di rumah, aku memang dah rasa flat. Penat bangat. Sejam kemudian dapat panggilan daripada ibu menyuarakan rasa kebimbangan terhadap cucu sulungnya. Ayah pula mencadangkan kami ke Hospital Pusrawi for more further investigation.

8.00 malam

Kami bertolak selepas maghrib. Hujan turun dengan renyai-renyai menyebabkan perjalanan kami agak lambat disebabkan ada kereta rosak melintang di Jalan Tun Razak. Sesampai di Hospital Pusrawi, jam menunjukkan pukul 9 malam. Ketibaan kami di Emergency Department disambut dengan kelibat kedua ibu bapaku.

hospital pusrawi
time nih meronta

Hampir 15 minit menunggu, Syasya diperiksa oleh doktor ( I was thiking he is a specialist sbb one of my ayah's fren was specialist ~ lagipun agak berumur...syyhhhhhhh ~ ). Doktor mahu memeriksa result darah again. And AGAIN Syasya was cried loudly and this MA agak tegas orangnya. Memang Syasya kene soundla. Kali ni kene drip di tepi pergelangan tangan. Kawasan tuh memang agak sakit. Dan drip tuh dibalut untuk mengelakkan tercabut dek rontaan Syasya. (macam budak kecik)

12 tengah malam - Observation Ward

Kepala aku dah weng-weng. Gila pening. Sesekali tengok Syasya, suhu makin menurun. Alhamdulillah tapi doktor mahu sampel urinnya. But 2kali Syasya terasa nak terkucil dan muntah tapi masih tak jadi. Paling aku kesian was my parents still menunggu sehingga kesihatan Syasya benar-benar pulih. Aku menyarankan depa balik sahaja and anything happens aku akan bagitahu tapi depa masih berkeras mahu menunggu.

kencing berdarah
Atok sebagai peneman Syasya

Akhirnya, atas saranan doktor, Syasya dimasukkan ubat kat totttt supaya kadar pembungan air besar berlaku (sebab dia tak membuang hampir seminggu dek takde selera nak makan). Ala, ubat montot masa nak bersalin dolu-dolu..opsss kaum ibu jerk tau! Tak sampai 5 minit, agak kelam kabut nak berjumpa dengan Doc Tan. Akula kene temankan sebab tangannya amsih drip. Hohohohohoho. Wa rasa mahu pengsan! Seminggu beb!. Then barulah Syasya dapat memberikan sampel urinnya.

Menunggu lagi untuk result urin. Aduh, time nih aku kehulur kehilir macam mak kucing dok carik anak kucing pi dating tak balik-balik nih. hahahahahaha. Dah ler sejuk, pakai baju kurang tebal. Nasibla cik abang Syawal memberikan blazernya pada aku. hohohohoho....

The result

After a few hours, ( masa nih parents aku dah balik sebab ibuku sudah pening-pening). Doktor berjumpa dan menunjukkan result urin. Memang kompem disebabkan oleh  kencing kotor. Memang nampak urin tuh keruh sedikit dengan darah (tapi tidak sekeruh bulan Januari 2012 yang lepas, totally nampak darah sahaja). Yang membimbangkan aku adalah, terdapat peratusan kecil protein di dalam urin Syasya. Erkkkkk..Apakah..?

So, doktor kata tak perlu warded. Syukur......Tapi perlu berjumpa lagi for further check up. Aku ada bertanya doktor adalah pembedahan/ masalah hernia dia adalah salah satu punca kencing kotor or sebagai trigger? Doktor menafikan sebab tiada kaitan. Takpe, I will do the researching later.

Doktor just suruh Syasya continued the antibiotik drug which was given from doktor PPUKM.

kencing kotor
Muka semasa kene drip
hospital pusrawi
Baru nampak bermaya


Later

Syukur Alhamdulillah, Syasya semakin pulih but aku, Sara dan Hamizan pass baton demam panas bergilir-gilir. I'm totally lesu, penat, and a little bit stresfull sebab badan dah tak larat and at the same time kene menjaga Sara & Hamizan. Sebenarnya, wa tak larat nak breastfeed budak dua orang nih. Aiyoookkk! Sudah lebih 2 tahun ma, masih mahu BF. Iskkkkk.....Syukur, En Syawal sangat memahami (as usual), tolong masak dan mengemas. Luv you!

Hamizan plak demam
demam panas
pass baton pada Sara pula....

So, aku hendak berkongsi punca dan  penyebab kencing kotor nih.


Apakah penyebabnya?

 Ada banyak sebab terjadinya hematuria.Sesetengahnya tidaklah begitu serius.Bagi sesetengah orang,darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya.Tetapi tidak kepada sesetengah individu yang lain di mana ianya memerlukan rawatan perubatan.

Antara penyebab berlakunya hematuria kepada seseorang ialah:

 Jangkitan pada saluran kencing.
Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita.Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki.Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing,ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.

 Batu dalam buah pinggang atau pundi kencing.
Beberapa zat di dalam urin anda, terutamanya bila ia berkumpul,boleh membentuk batu kristal kecil. Kadang-kadang,batu kristal ini dapat menjadi lebih besar bila berada dalam jangka masa yang lama di dalam buah pinggang atau pundi kencing anda.Batu yang terbentuk pada struktur saluran kencing yang lebih kecil boleh menyebabkan rasa sakit dan hematuria.

 Kanser.
 Dalam beberapa kes,adanya darah di dalam air kencing mungkin menjadi tanda bahawa terdapatnya sel kenser di dalam salah satu organ perkencingan anda.Namun,sebaiknya berjumpalah dengan doktor kerana merekalah yang akan menentukan adakah hematuria anda disebabkan oleh kanser atau tidak.

 Ubat-ubatan.
 Sesetengah ubat boleh menyebabkan berlakunya hematuria terjadi, seperti aspirin, heparin dan antiobiotik tertentu.

Senaman.
 Kadang-kadang,hematuria juga boleh disebabkan dengan melakukan senaman yang berat.Ahli-ahli perubatan juga masih tidak mengetahui mengapa senaman boleh menyebabkan hematuria. Sesetengah dari mereka percaya ianya berlaku mungkin kerana berlaku kecederaan pada pundi kencing. Dalam beberapa kes hematuria, penyebab yang sebenarnya tidak dapat dijumpai.

 Diagnosis 
 Doktor anda mungkin akan bertanya tentang masalah-masalah yang anda hadapi dan akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Kadang-kadang,mereka juga akan mencadangkan kepada anda beberapa bentuk ujian dan prosuder untuk mencari penyebab masalah anda dan juga untuk mengubati penyakit lain yang mungkin anda hidapi. Contoh ujian yang mungkin akan dicadangkan ialah menganalisa sampel air kencing dan juga ujian pengimejan, seperti computerized tomography (CT) scan atau magnetic resonance imaging (MRI), dan cystoscopy.

 SUMBER : DI SINI (TQ)


Another info..from here

RADANG PUNDI KENCING (CYSTITIS)

Pundi kencing adalah merupakan otot-otot kenyal seperti beg dan ia merupakan tempat takungan sementara untuk segala jenis bahan buangan termasuk air kencing.Ia terdedah kepada pelbagai masalah dan jangkitan kuman

Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Punca penyakit:
1. Hubungan seks
- Ia lebih kerap berlaku selepas hubungan seks kerana ia memudahkan penyebaran bakteria dari dubur ke faraj. Faraj yang terbuka memudahkan merebaknya jangkitan kuman.

2. Kehamilan
3. Bakteria
- ‘Cystitis’ disebabkan oleh ‘Escherichia coli’ atau ‘Streptococcus faecalis’ iaitu sejenis bakteria yang tidak merbahaya dan tinggal di dalam saluran usus. Masalah akan timbul jika ia berpindah ke saluran kencing
4. Persekitaran yang kotor
5. Alahan / Allergy
6. Bahan-bahan kimia
7. Hormon
- Ketidakseimbangan hormon boleh menjejaskan kandungan asid dan alkali yang terdapat dalam faraj. Serangan ‘cystitis’ boleh berlaku semasa haid pertama, semasa hamil, selepas melahirkan anak, selepas ‘hysterectomy’ atau semasa menopaus
8. Alat pencegah kehamilan
9. Kanak-kanak
- Kelainan struktur saluran kencing (tiub yang menyalurkan air kencing dari pundi kencing dan dari buah pinggang) yang masuk ke pundi kencing. Ia mengakibatkan ‘vesicoureteric reflux’ iaitu pengaliran balik air kencing masuk semula ke saluran ureter apabila pundi kencing mengecut
- Secara tidak langsung ia mencetuskan risiko jangkitan pundi kencing
10. Pembesaran kelenjar prostat bagi lelaki
- Pembesaran kelenjar prostat di kalangan orang tua menyebabkan sisa air kencing masuk semula ke dalam pundi kencing. Saluran kencing yang pecah mengakibatkan saluran kencing sempit


Simptom/Tanda-tanda
1. Rase pedih atau bisa ketika membuang air kecil
2. Kerap membuang air kecik dengan kadar yang sedikit
3. Air kencing berbau atau hanyir
4. Perubahan pada warna air kencing iaitu menjadi pekat atau bercampur darah
5. Demam menandakan jangkitan telah merebak ke buah pinggang


Insya Allah, Isnin ni (14 Mei 2012) Syasya ada follow up kat PPUKM. Harap dapat perkembangan result positifla. Amin...........



 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments